Jun 24, 2014

Formulasi Qaseh Gold Kekanda dan Adinda


1. KURMA
Buah 1001 fungsi yang dikisahkan dalam surah Maryam! Kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal & minda. Kajian menunjukkan kurma mengandungi konsentrasi anti oksidan polyphenol yang tertinggi di kalangan buah-buahan kering. Amalan memakan kurma turut boleh membantu menstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasan.

2. MADU
Dalam surah Al-Nahlu ayat 69 ALLAH telah memberi penegasan tentang kehebatan madu sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Tidak dapat disangkal lagi, madu kaya dengan vitamin & mineral untuk menyokong system tubuh yang sihat. Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda & menguatkan tenaga! Madu bercirikan anti bakteria, anti oksidan & anti virus untuk menguatkan system imun.

3. HABBATUS SAUDA’
Juga dikenali sebagai jintan hitam. Dalam satu hadisyang cukup memberi harapan, Nabi Muhammad SAW menyifatkan Habbatus Sauda’ sebagai penawar kepada pelbagai penyakit melainkan mati. Kajian menunjukkan habbatus sauda’ berupaya meningkatkan system imun & membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti bakteria, anti bakteria, anti histamine, anti fungus & anti oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asma, bronchitis, eczema, alahan & batuk.

4. BUAH TIIN
Buah yang enak ini dipilih oleh ALLAH untuk bersumpah dengannya dalam surah At Tin & pastinya mempunyai nilai kesihatan yang banyak! Merupakan sumber mineral, vitamin & anti oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan system ketahanan tubuh bagi melawan jangkitan. Buah tiin juga dikatakan berupaya melegakan keletihan & merangsangkuasa otak.

5. ZAITUN
Minyak zaitun cukup popular di Negara Mediterranean & merupakan salah satu makanan warisan Rasulullah SAW yang cukup unik! Minyak zaitun kaya dengan vitamin E & polyphenols, sejenis anti oksidan yang berupaya melindungi sel tubuh daripada kerosakan. Mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu memberi perlindungan awal kepada tubuh daripada risiko penyakit berbahaya seperti masalah jantung.

6. DELIMA
Antara buah yang disebut di dalam Al-Quran. Pepatah Melayu ada memberi kiasan ‘merah bak delima merekah’! Secantik isinya, delima juga kaya dengan vitamin & mineral serta anti oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancer ke seluruh tubuh serta membantu membaikpulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.

7. AIR ZAM-ZAM
Air yang penuh dengan keberkatan & berupaya merawat pelbagai penyakit. Mengandungi mineral yang lengkap & seimbang yang dapat meningkatkan system imun tubuh.

8. GAM ARAB (MANNA)
Juga dikenali sebagai Gam Akasia kerana didapati daripada pokok jenis tersebut. Merupakan prebiotic semulajadi yang dapat membantu menyihatkan usus & melegakan masalah sembelit.

9. ZA’FARAN
Dikatakan rempah termahal di dunia tetapi padat dengan khasiat kesihatan! Merupakan sumber mineral yang baik seperti kalsium, potassium, zat besi & zink yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat & kuat. Baik untuk membantu melegakan masalah asma, insomnia, batuk, kemurungan & penghadaman.

10. GINGKO
Gingko biloba terkenal sebagai ‘herba minda’! Kajian menunjukkan gingko berupaya merangsang fungsi minda & menguatkan ingatan. Gingko mengandungi anti oksidan flavonoid & terpenoid yang melindungi saraf, oto, jantung, pembuluh darah & retina mata.

11. SIREH
Perubatan tradisional banyak menggunakan daun sirih untuk meredakan kesakitan. Hasil penemuan kajian saintifik oleh pakar-pakar kajian herba produk mengatakan sirih mengandungi komponen-komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Daun sirih mengandungi eugenol yang bersifat antifungal. Ia berfungsi untuk menghalang perkembangan yis dari Candida albicans. Daun sirih juga mengandungi antiseptik yang berperanan membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan. Sifat antiseptiknya lima kali lebih efektif.

[KHUSUS UNTUK QASEH GOLD KEKANDA]

12. TIBULUS
Tribulus Terrestris mengandungi steroidal saponins, alkaloids, flavanoids dan kandungan protodioscinnya dipercayai mempengaruhi kesannya terhadap hormon, libido dan komposisi tubuh. Kajian klinikal Tribulus Terrestris menunjukkan herba ini mampu menguatkan kesihatan fungsi libido manusia dan mampu menambah kesihatan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam kadar yang normal.

13. GUARANA
Guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Pada masa sekarang, ia dianggap sebagai sejenis herba sedia ada yang telah dikenali pasti mempunyai nilai khasiat tertinggi. Ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine.

14. ASHWAGANDA
Ashwagandha (Withania somnifera) merupakan herba yang biasa digunakan dalam ayurveda (perubatan tradisional India). Kajian menunjukkan bahawa Ashwagandha, atau juga dikenali sebagai Indian Ginseng, adalah agen kepada anti-tumor dan anti-stress.

[KHUSUS UNTUK QASEH GOLD ADINDA]
15. PASSIFLORA
Buah Markisa telah dikaji secara saintifik akan khasiatnya yang mampu merawat masalah kulit. Buah markisa mengandungi nutrien seperti vitamin A dan C. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tisu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pencerah yang menjadikan kulit lebih gebu dan bersih.

16. PEGAGA
Pegaga juga dikenali sebagai gotu kola, mengandungi banyak manfaat kesihatan! Antaranya untuk membantu melegakan masalah eczema, jangkitan pernafasan, asma, demam, selsema & imsomnia. Pegaga juga dipercayai dapat meningkatkan keupayaan mental & mencergaskan tubuh.

17. MANJAKANI
Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, anti oksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Jun 23, 2014

Hypnobreastfeeding

Hypnobreastfeeding


Tarik nafas dalam-dalam, tahan, hembus dengan bunyi HAAA dalam keadaan tenang dan yakinkan diri.

Alhamdulillah, Allah s.w.t dah beri susu yang cukup untuk anak saya.

Saya yakin susu saya cukup.

Saya nak menyusukan anak dengan susu ibu sahaja.

Saya yakin saya boleh menyusukan anak saya sehingga (Target sasaran secara berperingkat: 6 bulan, 12 bulan, 18 bulan, 24 bulan)

Tiada apa yang boleh menghalang usaha saya untuk menyusukan anak saya kecuali dengan izin Allah s.w.t.

Insya-Allah!

JOM mommy yang hebat, kita cuba sama-sama! :)

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Menyusukan anak ketika berpuasa

Tips menyusukan anak ketika berpuasa

Menyusukan anak ketika berpuasa adalah selamat. Namun sekiranya ibu merasakan ia akan membahayakan kesihatannya atau anaknya, wanita itu dibenarkan untuk berbuka puasa.

Asasnya berpuasa tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. Bagaimana pun, dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, pastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.


Berikut adalah antara tips pemakanan sihat yang membantu ibu-ibu menyusukan anak ketika berpuasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.
  1. Ketika berbuka puasa, minum air, makan kurma dan madu dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu-ibu yang keletihan berpuasa sepanjang hari.
  2. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  3. Sebelum tidur, minum jus buah buahan segar atau air coklat suam.
  4. Minum air secukupnya.
  5. Pastikan anda bersahur. Makan seperti biasa. Sebaiknya kurangkan makan makanan yang bergoreng.
  6. Minum shake kurma yang dicampur dengan susu/susu soya. Tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama.
  7. Kurangkan minuman yang mengandungi banyak gula seperti minuman berkarbonat dan minuman berkafein seperti kopi atau teh.
  8. Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Penyusuan


Happy breastfeeding untuk ibu-ibu semua.

Semoga kita dapat menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 160 hari (6 bulan).

Amin!

Perkongsian tanpa batasan,

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Jun 19, 2014

Ingin Hamil

Kehadiran Zuriat
Bagaimanapun, kehamilan agak sukar diduga. Ada isteri yang terus hamil dalam bulan pertama perkahwinan; ada juga yang terpaksa menunggu bertahun-tahun sekalipun mereka suami isteri tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang menganggu usaha tersebut.

Sekiranya hasrat untuk menimang cahayamata tidak berjaya selepas setahun berkahwin (dan anda tidak mengamalkan sebarang kaedah merancang keluarga), mungkin ada baiknya untuk anda berjumpa dengan doktor pakar bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anda mahupun pasangan anda.




Tempoh subur

Seperkara yang boleh dilakukan oleh isteri bagi membantu proses hamil ialah dengan mengetahui tempoh suburnya, iaitu semasa ovulasi telurnya. Persetubuhan dengan suami pada masa subur ini dapat meningkatkan kebarangkalian mereka untuk hamil.

Untuk mengira waktu subur, anda perlu mengetahui kitaran haid iaitu hari pertama darah haid bermula sehingga ke hari pertama darah haid seterusnya. Jumlah hari di antara kedua-dua hari itu adalah kitaran haid anda.


Setiap wanita mempunyai kitaran haid berbeza-beza, antara 22 hari hingga 44 hari. Yang lazim ialah 28 hari, Bagi mereka yang mempunyai kitaran haid yang tetap, tempoh subur boleh ditentukan dengan mudah. Lazimnya ovulasi terhadi pada hari ke-11 hingga hari ke-21 kitaran haid wanita, dikira dari hari pertama darah haidnya bermula.


Faktor Sukar Hamil

Pelbagai faktor yang menyebabkan ketidaksuburan seseorang seperti:-
  1. Penyakit organ peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis.
  2. Kegagalan ovulasi.
  3. Ketidakseimbangan hormon.
  4. Masalah sengugut.
  5. Masalah keputihan.
  6. Anemia.
  7. Umur.
  8. Stress
  9. Merokok/Minum alkohol.
  10. Haid tidak teratur.
Set Ingin Hamil yang ditawarkan oleh Ana Edar


QASEH GOLD KEKANDA 
  • Merawat dan penambahan tenaga batin
  • Melancarkan perjalanan darah dengan lebih baik.
  • Meningkatkan bilangan dan kuantiti sperma.
  • Menambah daya seksual lelaki dan kesuburan lelaki.
QASEH GOLD ADINDA
  • Menguatkan rahim
  • Meningkatkan tahap kesuburan
  • Membina sel darah merah
  • Membekalkan nutrisi kepada sistem peranakan.
  • Mengatasi masalah keputihan.
  • Melegakan stress.
  • Menstabilkan hormon.
  • Merangsang fungsi ovari untuk mudah hamil.
SOLE
Sole merupakan minuman beralkali. Badan akan menjadi neutral dan akan mengeluarkan semua kotoran dalaman.


Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Pelancaran Web Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor

Alhamdulillah,

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor melangkah setapak lagi ke hadapan.


Insya-Allah, pada 21 Jun 2014 (Sabtu) bermula pada jam 1.00 petang, pelancaran laman web rasmi akan dibuat oleh Dr Hairin Anisa binti Tajuddin.


Kemudian, SGM (Support Group Mother) bagi bulan Jun yang akan dikendalikan oleh moderator Puan Rozaimah binti Mat Ali dengan tajuk 'Coping With Breastfeeding During Ramadhan' akan dijalankan.


Jemput hadir beramai-ramai untuk menunjukkan sokongan anda kepada kami ya.




Ekzema

Apa itu Ekzema
Anak anda berkemungkinan mendapat ekzema jika ada ahli keluarga yang mempunyai masalah ini atau mengalami alahan yang lain. Ekzema boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur. Kira-kira 85 peratus kanak-kanak yang menghidap ekzema, mengidapnya pada umur bawah 5 tahun.



Tanda

Tanda-tandanya ialah kulit kering dan gatal, tompok merah dan kasar pada pipi, celah siku, lutut dan buku lali, kulit kepala dan leher. Pada bayi, ruam ekzema biasanya muncul pada bahagian pipi dan dipanggil ruam susu. Kadang-kadang ia boleh timbul pada kulit kepala, menyerupai kelumumur.

Punca

Masalah kulit ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dan ini menyukarkan rawatannya. Antara pencetus ekzema ialah:
  • Alahan terhadap susu lembu.
  • Wangian pada sabun, syampu dan losyen.
  • Faktor persekitaran seperti habuk, debunga dan bulu haiwan.
  • Alahan terhadap makanan - bayi yang menyusu juga tidak terkecuali kerana dia mungkin alah kepada sesuatu yang dimakan oleh ibunya.
Rawatan tidak dapat menyembuhkan masalah ini sepenuhnya, tetapi ia dapat dikawal.

Pencegahan
Sekiranya anak anda mempunyai masalah ekzema, segera bawanya berjumpa doktor. Selain itu, anda dapat mencegahnya dengan:-
  1. Memastikan pakaian anak anda diperbuat daripada gentian semulajadi seperti kain kapas.
  2. Elakkan daripada menggunakan sabun basuh dan pelembut kain yang mengandungi wangian.
  3. Pastikan air mandian tidak terlalu panas dan guna pembersih kulit tanpa wangian. Gunakan krim pelembap tanpa wangian selepas mandi.
  4. Bilik tidur dan tempat bermain perlu bebas daripada permaidani.
  5. Elakkan daripada memelihara haiwan kerana bulunya boleh menyebabkan alahan.




Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Jun 18, 2014

Mengendalikan kanak-kanak bermasalah

Setiap kanak-kanak mempunyai masalah dalam tingkah lakunya yang kadang-kadang merisaukan ibu bapa. Lazimnya, kita akan mengatakan anak bermasalah apabila dia menunjukkan sikap agresif, bermusuhan dan sukar untuk dikendalikan.



Disertakan tips-tips untuk mengendalikan kanak-kanak yang bermasalah.
  1. Ajar mengenai disiplin dan katakan ia bukan hukuman. Disiplin mengajar kanak-kanak untuk mengawal dirinya dan sedar akan had kanak-kanak.
  2. Belajar untuk mengenali tanda awal kekecewaan si kecil. Sedarilah bahawa apabila kanak-kanak menghadapi masalah atau situasi yang mereka tidak dapat kendalikan, kebimbangan bermula untuk mengambil-alih.
  3. Menggunakan cara 'time-out' (berhenti seketika) untuk mengajar si kecil mengawal diri sendiri. Dia 'berhenti seketika' mungkin di kawasan sudut sebuah kerusi, sedang melangkah atau dimana-mana sahaja. Pastikan ketika itu dia bukan bermain dengan alat-alat permainan, televisyen atau aktiviti-aktiviti lain.
  4. Apabila anda mengambil keputusan untuk bertindak balas terhadap anak, segera lakukan. Kelewatan memberi tidak balas terhadap tingkah lakunya akan memberi kesan kepada dirinya.
  5. Jangan menunggu sehingga anda hilang sabar dengan kerenah anak anda. Berikan amaran kepadanya terlebih dahulu.
  6. Kenal pasti ganjaran yang dapat membantu anda menguruskan tingkah laku anak anda. Bagaimanapun, peningkatan-peningkatan dalam tingkah laku ini bergantung kepada bentuk apa ganjaran yang diberi.

Jun 17, 2014

Sembelit dan najis berdarah

Kanak-kanak yang mengalami sembelit selalunya akan mengalami kesakitan ketika membuang air besar, lebih-lebih lagi jika najis terlalu keras dan mereka akan mengalami pendarahan. Ini akan menyebabkan mereka berasa takut untuk membuang air besar dan akan cuba untuk mengelakkan rasa sakit. Ini membuatkan mereka tidak membuang najis dan menyebabkan najis yang tidak dikeluarkan bertambah keras.

Perkara utama yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan najis mereka tidak keras dan cuba hilangkan perasaan takut untuk membuang. Ibu bapa harus memastikan pemakanan yang seimbang dan mempunyai fiber yang mencukupi untuk melawaskan pembuangan air besar. Kanak-kanak yang tidak gemar makan atau terlalu memilih makanan atau yang hanya bergantung kepada susu selalunya akan mengalami masalah sembelit.


Ibu bapa harus memastikan bahawa anak membuang air besar apabila terasa hendak membuang dan cuba elakkan daripada menahannya kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Ubat dengan pengawasan doktor perubatan boleh diberikan untuk melembutkan najis dan krim boleh disapu di bahagian punggung untuk mengurangkan kesakitan.





Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.
Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Pemakanan untuk otak cergas bagi kanak-kanak

Rahsia pemakanan genius menurut Islam untuk kanak-kanak

Formula pemakanan yang menjadi amalan para genius Islam silam menunjukkan amalan pemakanan mampu melahirkan insan yang cemerlang. Kajian saintifik yang dilakukan turut membuktikan kebenarannya khususnya terhadap susu, madu, dan telur.


Berikut adalah antara formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan untuk kanak-kanak.


MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai 'shifa', iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasulullah s.a.w bersabda, 'Siapa yang ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu'.




KISMIS & KURMA

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen yang menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab, dan mengalami kelemahan dalam berfikir.





SUSU SEGAR

Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat kerana mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Telur terutama kuning telur berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.



DAGING BURUNG MERPATI

Ia banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpatu didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya.

KEKACANG

Antara jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w, 'Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal'.



Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Bayi enggan menyusu

Terdapat beberapa situasi yang menyebabkan bayi ini menolak untuk disusukan oleh ibunya. Antara tanda-tanda bayi yang enggan menyusu adalah:-
  1. Selalunya, bayi ini berkelakuan seperti ingin menyusu tetapi apabila disuakan puting oleh ibunya, bayi akan menolak atau menangis.
  2. Kadang-kala, bayi sudah menyusu sekejap sebelum berhenti dan menangis seperti tidak mahu lagi disusukan.

Antara punca bayi yang enggan menyusu adalah:-
  1. Posisi bayi ketika menyusu tidak selesa.
  2. Pelekapan tidak betul. Contoh kerana lidah pendek (tongue tie) atau payudara bengkak.
  3. Bayi keliru puting.
  4. Bayi yang kesakitan atau tidak sihat.
  5. Bayi yang cerewet (bunyi bising/bauan ibu yang berbeza)
  6. Perkembangan fungsi otot motornya - bayi menunjukkan tanda sudah kenyang tetapi masih menunjukkan tanda-tanda seperti ingin menyusu semula seperti memasukkan jari ke dalam mulut.
  7. Perkembangan sosial. Bayi ingin berinteraksi dengan ibubapa. Ibu beranggapan bayinya masih lagi mahu menyusu sedangkan bayi masih kenyang. Justeru, bayi menolah atau menangis bila disusukan.
  8. Penghasilan susu berkurangan atau pengeluaran susu yang tidak lancar. Contoh: Duktus tersumbat.
  9. Bayi tersedak akibat pengeluaran susu yang bertambah secara tiba-tiba semasa refleks pancutan (let-down refleks).
  10. Bayi telah diberi susu formula melalui botol.
  11. Bayi yang lemah seperti bayi pramatang, kurang gula dalam darah, masalah metabolik, kurang hormon tiroid. Bayi tidak menangis tetapi hanya membiarkan puting di dalam mulutnya tanpa menghisap dan tidak aktif.
Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Jun 13, 2014

G6PD

Gkucose 6 Phospate Dehydrogenase Deficiency atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah masalah kekurangan enzim Glucose 6 Phospate Dehydrogenase dalam sel darah merah yang berfungsi untuk menstabilkan membran sel darah merah atau dalam erti kata lain melindungi sel darah merah daripada pecah disebabkan oleh proses oksidasi iaitu proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen.

Diseluruh dunia, dianggarkan seramai 400 juta orang mengalami masalah ini. Penyakit ini biasanya dikesan melalui ujian darah sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan. Di Malaysia, ujian darah sebaik sahaja bayi dilahirkan adalah satu perkara yang normal.

Antara masalah yang biasa berlaku pada bayi baru lahir ialah jaundis atau demam kuning. Kekurangan enzim Glucose 6 Phospate Dehydrogenase boleh menyebabkan sel darah merah bayi mudah pecah. Keadaan ini menyebabkan kandungan bilirubin tinggi. Bilirubin yang tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik pada otak. Hal ini jika tidak ditangani segera, dikhuatiri akan menyebabkan kecacatan pada bayi. Biasanya, pakar perubatan akan menahan bayi G6PD di dalam wad selama lima hari sebelum dibenarkan pulang.

Selain daripada itu, bayi G6PD turut berpontensi untuk mendapat serangan acute hemolysis iaitu sel darah merah pecah dalam kuantiti yang terlalu banyak. Akibatnya, bayi yang terlibat akan berasa penat dan kelihatan pucat secara tiba-tiba. Gejala lain yang mungkin berlaku ialah seperti sakit perut, sakit pinggang dan air kencing bertukar menjadi gelap.

Tidak dinafikan bahawa ada juga penghidap G6PD tidak menunjukkan sebarang gejala. Namun, bagi kes yang serius, mereka mungkin mengalami anemia, degupan jantung yang laju, limpa membesar, tercungap-cungap ataupun bernafas laju.

Ketahuilah bahawa memakan kacang parang ataupun memakan ubat-ubatan yang dilarang boleh meninggikan oksidasi. Ubat-ubatan seperti antibiotik dan yang digunakan untuk merawat penyakit malaria biasanya mengandungi sulfur. Inilah yang perlu dielakkan. Sebagai langkah berjaga-jaga, ibubapa yang mempunyai anak G6PD perlu memberitahu doktor atau pengamal perubatan tentang masalah yang dialami anak mereka supaya tidak tersalah beri ubat yang akhirnya boleh menyebabkan komplikasi.

Bagi kebanyakan penghidap G6PD, pengambilan vitamin dan mineral tambahan selamat selagi tidak mengandungi bahan-bahan yang dilarang. Namun begitu, pengambilan vitamin C dan vitamin K perlu mendapatkan nasihat daripada doktor untuk mengelakkan sebarang masalah.

Dalam kebanyakan kes, penghidap G6PD yang mengalami komplikasi akibat terkena atau termakan bahan-bahan yang dilarang akan dirawat di hospital untuk memulihkan keadaan. Mereka lazimnya akan diberikan oksigen, cecair dan jika perlu pemindahan darah akan dilakukan.


Cara terbaik untuk menjaga anak yang menghidap G6PD ialah dengan memastikan mereka tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh mendatangkan risiko seperti ubat gegat, ubat-ubatan yang dilarang dan yang pentingnya jangan benarkan anak anda makan kacang parang. Akan tetapi, ini tidaklah bermakna anak anda tidak boleh melakukan aktiviti sosial dan riadah seperti kanak-kanak yang lain. Cuma, anda perlu peka pada persekitarannya. Barulah anak anda sentiasa sihat.



Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Laktasi yang dicetuskan




Bagaimana cara untuk Laktasi yang Dicetuskan (Induced Lactation)

+ Ibu perlu bercuti panjang dan berusaha.

+ Ubat galactagouge diberi jika perlu dengan pengawasan doktor perubatan.

+ Bincangkan amaun susu lain yang patut diberi sementara susuibu di hasilkan.

+ Bayi memerlukan 150ml/kg susu setiap hari.

+ Apabila susu ibu sudah di hasilkan, susu formula boleh dikurangkan sebanyak 30ml sehari.

+ Cara memberi susu dengan menggunakan cawan atau alat bantuan penyusuan yang lain.

+ Awasi carta berat badan dan air kencing bayi.

+ Penghisapan payudara dengan kerap sebagai rangsangan penghasilan prolaktin.


Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Menambah penghasilan susuibu

PRINSIP dan KAEDAH dalam MENAMBAH PENGHASILAN SUSU.


+ Menyusu/penghisapan seberapa kerap yang boleh. 10-12 kali dalam tempoh 24 jam dan tempoh yang lebih lama.

+ Posisi dan teknik penyusuan yang betul.

+ Praktis cara terbaik untuk merangsang refleks prolaktin.

+ Ibu perlu rehat yang mencukupi.

+ Ibu perlu mendapat makan dan minum mengikut keperluan.

+ Bertenang semasa menyusu.

+ Amalkan petua-petua dalam sesetengah komuniti.

+ Keyakinan yang tinggi dan sokongan dari orang di sekeliling ibu.

+ Ibu dan anak memerlukan sentuhan kulit ke kulit.

+ Ubat-ubatan seperti maxalon dan domperidone (dalam pengawasan doktor perubatan) dapat membantu dalam keadaan terdesak.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504
L

Sembang Niaga dan Taklimat Sole

Sembang niaga

Insya-Allah, sembang santai niaga dan taklimat sole akan diadakan di Dewan Kuliah, Masjid Mutiara Rini.
Qaseh, Seminar,
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk saya dan RANIA saya juga.

Insya-Allah, misi 5K pada Disember 2014 akan tercapai dan seterusnya 30K.


Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Penyusuan susuibu ketika berpantang

Penyusuan susu ibu

Seawal jam 7.00 pagi, anda perlulah menyusukan bayi terlebih dahulu. Jika bayi masih tidur, kejutkan dan susukan dia mengikut keperluan yang diinginkannya. Pastikan posisi penyusuan adalah betul. Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyebabkan anda sakit dan pada masa yang sama mengecewakan bayi. 

Pastikan anda mengalami refleks let-down (pancutan susu). Refleks ini adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi berada pada posisi yang betul.

Paling penting, sepanjang tempoh berpantang ini, bayi perlu disusukan mengikut permintaan biasanya setiap dua atau tiga jam sekali. Untuk mengetahui dia mahu menyusu, dia akan menangis bila lapar. Namun, jika selepas tiga jam, dia masih tidur, anda perlu mengejutkannya untuk menyusu badan. Langkah ini penting kerana kekerapan penyusuan akan merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak susu dan seterusnya memudahkan anda menyusukan bayi.


Susukan bayi di kedua-dua belah payu dara pada setiap sesi. Selepas dia berhenti menghisap di sebelah payudara, tawarkannya ke sebelah payudara lagi. Selepas menyusu di kedua-dua belah payudara, masukkan hujung jari kelengkeng di hujung mulut bayi untuk melepaskan mulutnya daripada payudara anda. Jangan lupa sendawakan bayi selepas menyusu kerana dia mungkin memuntahkan kembali susu.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Keselamatan semasa penyusuan

Sendawa

Sendawakan bayi setelah habis memberinya susu. Diketahui bahawa kembung yang dialami oleh bayi mempunyai kaitan dengan sendawa. Ini kerana pada waktu bayi minum susu dikatakan sejumlah kecil udara secara tidak langsung akan ikut serta masuk ke dalam badannya. Malah banyak udara akan masuk jika bayi menangis ketika menyusu.

Terdapat beberapa cara untuk mengusir udara itu dari perutnya supaya bayi dapat tidur lena dan tidak meragam sepanjang hari iaitu gendong bayi dengan posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Telangkupkan (meniarap) bayi di paha dengan posisi melintang sehingga salah satu peha menekan perut dan pangku menghadap ke depan sambil dudukkan bayi di pangkuan anda sambil mengusap perlahan pada bahagian belakangnya. Jika tidak percaya, cuba kaedah dukung sambil membawanya berjalan sehingga dia sendawa.




Info
Jika bayi tidak sendawa selepas 30 saat, dia tidak perlu lagi disendawakan.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Jun 1, 2014

Garam Masakan Kristal

Garam yang diambil secara BERLEBIHAN boleh mendedahkan diri kita kepada pelbagai risiko penyakit berbahaya.

Di Malaysia, pengambilan makanan di luar dan kekerapan pengambilan makanan yang diproses dianggap sebagai kegemaran yang utama.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO telah mencadangkan keperluan natrium sehari (yang terkandung dalam garam) hanya 200 mg atau menyamai satu sudu teh.


Tetapi di Malaysia, menurut sumber Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Keempat (IPH,2011), orang dewasa Malaysia telah mengambil keperluan garam melebihi dari jumlah yang dicadangkan iaitu sebanyak 2575 mg (28.75%).


Namun demikian, badan kita tidak dapat berfungsi tanpa keperluan NATRIUM. Yang penting, kita memilih GARAM yang betul.


Jadi, bertukarlah kepada GARAM MASAKAN KRISTAL. Ia seberat 800 gram dan ia boleh bertahan selama berbulan-bulan (mengikut kuantiti yang digunakan).




Harga garam ini adalah RM 15.90 (Semenanjung Malaysia) tidak termasuk pos.





Perkongsian ilmu tanpa batasan,


Ida Kamilia Mudzakir

019-6558504

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...