Aug 31, 2014

Belajar terima kesilapan diri

Menyalahkan orang lain apabila timbul sesuatu masalah memang mudah. Namun belum tentu kita mampu mengakui kesilapan diri. Malah ramai yang mengakui bahawa hal ini adalah antara yang paling sukar dilakukan dalam hidup.

Tidak banyak antara kita sedar bahawa sikap tidak mahu mengakui kelemahan dan kesalahan diri ini boleh merugikan diri sendiri. Malah ia boleh menyebabkan kita tidak disukai oleh keluarga dan kawan-kawan.


Lantaran itu, ada baiknya jika kita ambil sedikit masa untuk bermuhasabah diri. Apa yang penting kita sedar bahawa tidak rugi kita merendah diri dan mengakui sebarang kesalahan yang kita lakukan. Bukan sahaja orang yang akan lebih menghargai, malah mereka juga akan memandang tinggi terhadap kita.

Oleh itu, sebelum anda hendak 'menyerang' orang, berhenti dan berfikir sejenak. Fikirkan apakah tindakan tersebut menguntungkan kita? Jika tidak, lupakan sahaja dan bertindaklah dengan tenang.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Aug 26, 2014

Petua untuk puting cedera, luka dan bernanah ataupun merekah

Petua untuk puting cedera, luka dan bernanah ataupun merekah

Petua yang ketiga saya janjikan untuk petua bagi puting cedera, luka dan bernanah ataupun merekah ketika menyusukan bayi adalah:-
  • Sepotong ubi kayu diparut dan disapukan pada kesan luka. Batang pohon ubi kayu yang masih muda ditumbuk dan disapu pada kesan luka terutamanya yang sudah bernanah. 
  • Bagi puting merekah, minyak kelapa hijau dibancuh bersama halba dan sapu pada puting. 
  • Sapukan krim lanolin agak sesuai kerana kita tidak perlu membersihkan payudara apabila menyusu. 
  • Gel gamat yang tidak mengandungi parafin juga berkesan membaik pulih kecederaan dan luka-luka di daerah sensitif seperti puting. 
  • Bagi luka baru, kunyah beberapa helai daun tapak dara atau rumput jalang dan sapukan hasil kunyahan itu pada puting. 
  • Ambil sedikit susu yang meleleh dan sapukan di tempat yang luka. 
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia binti Mudzakir

Aug 24, 2014

Masalah bengkak susu dan mastitis

Masalah bengkak susu dan mastitis
  • Apabila payudara berat, padat dan bengkak, perah susu keluar dan simpan. Walaupun sesudah anak kenyang, perah sehingga payudara kembali selesa dan lembut. Anak lebih mudah disusukan apabila payudara tidak terlalu kejang dan keras.
  • Segenggam daun gelang susu yang biasa dijumpai di tepi-tepi jalan dan dua sudu biji kacang soya direbus dan diminum dua kali sehari sebanyak satu cawan. Selain itu, ia dapat mengubati payudara yang bengkak sekalipun yang sudah pada tahap radang payudara. Caranya, daun gelang susu yang masih segar ditumbuk halus bersama garam kasar dan dilumurkan di kawasan yang bengkak. Elakkan terkena puting susu.
  • Apabila banyak susu juga menyebabkan bengkak. Bagi mengurangkan susu, empat helai daun sirih disapukan minyak kelapa dan disalai di atas bahang api. Dalam keadaan daun sirih yang masih hangat atau suam, tampal di sekeliling payudara.
  • 30 hingga 60 gram daun setawar dikisar dan diperah airnya. Campurkan dengan madu dan diminum. Hampasnya disapukan pada payudara yang terkena radang payudara atau mastitis.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Petua untuk menambah pengeluaran susu

Petua untuk menambah pengeluaran susu

  • Daun buas-buas atau bebuas direbus lalu diminum pada minggu awal kelahiran, secawan setiap hari. 
  • Daun selasih direndam di dalam air panas dan diminum sekerap yang mungkin. 
  • Air rebusan halba dan jintan manis diminum dengan susu hangat. 
  • Terdapat rumusan selepas bersalin di farmasi yang mengandungi chaste tree berry, red clover, nettle, milk thistle dan vervain dimakan setiap hari. 
  • Temu lawak juga mempunyai khasiat menambah pengeluaran susu. Ia diparut dan digaul bersama tepung sagu dengan air mendidih sehingga berubah menjadi larutan seumpama bubur yang pekat dimakan apabila bermasalah. Bagi puting tersumbat, gunakan campuran temu lawak parut dengan sedikit gula nira ataupun melaka dan tepung sagu dididih dengan satu liter air. Selepas itu, ditapis airnya dan minum secawan dua kali sehari secara teratur. 
  • Batang bayam duri iaitu rumpai yang sering melekapkan bebola duri pada pakaian semasa berjalan di dalam semak ada juga kebaikannya. Tumbuk halus daun, bunga dan akarnya dan sapukan di sekeliling payudara. 
  • Kunyit juga apabila diparut dan disapukan pada payudara dapat melancarkan penghasilan susu. 
  • Bagi mengelakkan susu kering, makan jamu Kacip Fatimah dua bulan selepas berpantang. 
  • Buah betik muda dibelah, separuh direbus dengan air bersama kulitnya dan yang sebelah lagi direbus dengan cuka. Minum dua hingga tiga sudu kecil air rebusan ini setiap hari dengan cara teratur. 
  • Daun turi yang masih muda dikukus dan dimakan sebagai lauk 

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Aug 16, 2014

Mamografi dan wanita 40

Statistik menunjukkan peningkatan kes kanser payudara dalam kalangan wanita. Insiden penghidap kanser payudara ialah 1:19 di negara ini menjadikannya kanser yang biasa dalam kalangan semua etnik di negara ini.

Imbasan biasanya dapat mengesan kanser pada peringkat satu dan dua dan kemungkinan besar masih boleh diubati. Bagi kanser peringkat satu, hampir 90 peratus boleh dipulihkan.


Menurut piawaian Amerika Syarikat (AS), wanita yang berusia lebih 40 tahun disarankan membuat pemeriksaan mamografi setahun sekali sehingga berusia 50 tahun bagi pemeriksaan dua tahun sekali. Selepas berusia 70 tahun, mamografi boleh dilakukan pada bila-bila masa diperlukan.

Semua wanita mempunyai risiko mendapat kanser payudara, bagaimanapun lebih 70 peratus kes yang berlaku tidak dapat dikenalpasti punca. Biasanya risiko mendapat kanser payudara bertambah dengan peningkatan usia, tetapi wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kanser mempunyai peluang uang tinggi menghadapinya.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Apa itu GOUT

Kawal pemakanan
Pemakanan yang tidak terkawal boleh mengundang pelbagai jenis penyakit, misalnya gout. Penyakit ini banyak menyerang lelaki berusia 40 tahun ke atas. Namun terdapat juga mereka yang berusia 30 tahun ke bawah akan menghidap penyakit ini.

Tahukah anda apa itu sakit GOUT?
GOUT adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Bagaimana tercetusnya kompilasi gout?
Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’.
Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, Darah Tinggi, Hiperlipidemia dan Diabetes.


Siapa yang berisiko menghadapi gout?
  • Lelaki
  • Wanita menopos
  • Obesiti / berat badan berlebihan
  • Makanan berprotein tinggi yg diambil secara berlebihan
  • Makan makanan dari organ dalaman haiwan seperti hati,limpa dan sebagainya.
Adakah anda pengidap atau mempunyai simptom gout?
Berikhtiarlah dengan mengamalkan QASEH KRISTAL SOLE dan QASEH GOLD untuk membantu mengatasi masalah gout anda.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Aug 10, 2014

Panduan mengurangkan sakit kepala

Antara panduan mengurangkan sakit kepala: 

• Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak.

• Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain.

• Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal.

• Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala.

• Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan.

• Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala.

• Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala.

• Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala.

• Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.



Saya juga menyarankan supaya pesakit migrain untuk mencuba Qaseh Gold sebagai salah satu usaha untuk berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit.


Testimoni pengguna Qaseh Gold.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...