Jan 26, 2017

10 manfaat untuk anak anda bila mengamalkan Junior












Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Jan 24, 2017

Bunga Passiflora Penenang Minda?

Bunga Passiflora Penenang Minda?

Setelah seharian penat bekerja dan menguruskan diri serta keluarga, pasti para wanita akan merasa stress atau tertekan. 


Tahukah anda, Qaseh Gold Adinda mengandungi bunga unik iaitu Passiflora yang berkhasiat untuk membantu wanita untuk menjadi lebih tenang?

Bila kita tenang, fikiran akan menjadi lebih tajam, tambah bersemangat dan hubungan kekeluargaan dan tempat kerja akan menjadi lebih mesra.

Hendak mencuba Qaseh Gold Adinda?

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Reward untuk RANIA

Bulan ini REWARD sangat istimewa.


Kepada semua RANIA Ana Edar, jangan lepaskan peluang anda ya.

Hanya 1 saham (175NM), dan coaching ini cukup istimewa dari Kak Ida kerana boleh coaching secara PERSONAL.

... dan ianya PERCUMA.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504


Restok 24 Januari 2017

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Doakan stok Qaseh saya sampai dengan selamatnya.


Amin YRA.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Jan 23, 2017

Petua Sakit Gigi

Sakit gigi merupakan sakit yang paling Kak Ida tidak sanggup untuk menahan sakit.


Allahuakbar.

Serba tidak kena jadinya.

Semalam, Kak Ida sempat berbual-bual dengan mama di meja makan.

Bertanya khabar tentang sakit gigi yang mama alami.

Rupa-rupanya, ada sahabat semengaji mama berkongsi bagaimana hendak meredakan sakit gigi yang berdenyut-denyut.

Cara-caranya:-
  1. Ambil beberapa biji bunga cengkih dan beberapa batang serai untuk direbus. 
  2. Tunggu air rebusan sehingga suam. 
  3. Berkumur dengan air rebusan itu dengan kerap.
Insya Allah, sakit gigi akan lega dengan petua ini.

Allahuakbar, bahan yang memang sentiasa ada di dapur.

Semoga petua ini memberi manfaat pada yang mengalami sakit gigi.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
0196558504

Jan 21, 2017

10 perkara paling diminati

Cabaran 31 hari menulis.

Cabaran PERTAMA:

10 perkara yang paling Kak Ida minati.

1. Laksa penang.
Antara menu kegemaran Kak Ida adalah Laksa Penang. Laksa yang paling tidak dapat dilupakan adalah Laksa Pokok Asam Limau di Kuala Kangsar. Laksa yang ada telur dadar di atas laksanya. Ya Tuhan, sungguh sedap.


2. Membaca
Membaca novel genre romantis adalah kegemaran Kak Ida. Penulis kegemaran Kak Ida adalah Puan Siti Rosmizah yang terkenal dengan novel "Tujuh Hari Mencintaiku", Puan Norhayati Berahim dan lain-lain. Alhamdulillah, setakat ini koleksi penulis-penulis Kak Ida mesti wajib ada dalam simpanan.


Manakala majalah yang Kak Ida suka adalah PA&MA yang kaya dengan ilmu tentang keibubapaan.

3. Melancong
Dari zaman muda belia kegemaran Kak Ida adalah melancong. Buat masa ini Kak Ida banyak menghabiskan masa melancong di dalam Malaysia sahaja.

4. Menulis
Menulis bagi Kak Ida adalah terapi. Banyak sangat perkara yang boleh dikongsikan apabila menulis. Lebih-lebih lagi menulis dari hati. Ibarat jurnal satu kehidupan.

5. Coach
Iye, itu jenama beg yang paling Kak Ida minati. 


6. Facebook atau surfing internet
Dalam sehari, rasanya tidak sah kalau tiada status yang dinaikkan. Salah satu cara Kak Ida meredakan terapi.


7. Melepak
Antara tempat melepak Kak Ida terutama bersama si dia adalah di Olive Music Cafe. Sambil mendengar muzik live dari band jemputan, Kak Ida dan suami akan berbual-bual untuk berbincang atau pun komunikasi. Salah satu cara Kak Ida dalam mengeratkan perhubungan suami isteri. 

8. Makan
Pantang mendengar tempat makanan yang sedap adalah satu perkara yang tidak dapat Kak Ida lepaskan. Makanan yang sedap, MURAH , bersih dan layanan baik dari tuan kedai membuatkan Kak Ida tidak akan segan-segan untuk bantu promosi secara PERCUMA!

9. Kenangan bersama si dia dan keluarga
Kak Ida suka mengimbas kembali kenangan bersama si dia dengan menyimpan segala surat, email, pemberian hadiah (walaupun sudah rosak), untuk Kak Ida lebih menghargai yang Kak Ida sayang. Cukup berharga bagi Kak Ida.

10. Tidur.
Ya, bahagian ini adalah bahagian yang paling Kak Ida nantikan. Kak Ida akan cuba rehat dengan tidur yang lena.

Ok semua, perkongsian 10 perkara yang Kak Ida minati ini membuatkan Kak Ida rasa kehidupan ini indah.

Jan 20, 2017

Kerana Qaseh ku turutkan

Alhamdulillah,

Ini kali pertama Kak Ida jejakkan kaki ke utara. Selama ini memang antara hajat Kak Ida adalah untuk ke utara.

Syukur,

Allah tunaikan hari ini apa yang Kak Ida hajatkan. Ya, kerana Qaseh Kak Ida turutkan. Bila mana, leader di utara menjemput Kak Ida ke utara, adalah satu peluang yang tidak dapat Kak Ida tolak.

Tanpa berfikir panjang, terus Kak Ida memberi kata setuju. Kemudian, baru termenung panjang.

Pertama kali Kak Ida hendak menyebarkan ilmu. Selama ini, Kak Ida lebih suka duduk dibelakang tabir. Lebih suka orang tidak mengenali Kak Ida.

Sesungguhnya, besar rahmat Allah.

Selang beberapa hari Kak Ida ke utara, Allah beri kesempatan untuk Kak Ida menambahkan lagi keyakinan diri untuk menyebarkan ilmu blog tentang EKSA di pejabat.

Walaupun banyak kelemahan yang harus diperbaiki, FOKUS utama adalah menyebarkan ilmu.

Insya Allah, dalam beberapa jam lagi Kak Ida akan berangkat ke utara. Doakan keselamatan dan urusan Kak Ida dipermudahkan oleh Allah swt.

Kepada RANIA yang akan menghadiri kelas blog esok, Kak Ida doakan setiap langkah untuk menuntut ilmu, Allah balas dengan sebaik-baik ganjaran.

Terima kasih kepada PP di Utara, Siti Fahrulina kerana banyak membantu Kak Ida.

Terima kasih kepada RANIA di utara.

Insya Allah, nantikan perkongsian terbaru Kak Ida ya.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
0196558504

Jan 18, 2017

Trivia Kick Off 2017

Alhamdulillah.

Allah beri kesempatan waktu untuk Kak Ida menghadiri Kick Off 2017 yang telah berlangsung di Audotorium UIA, Gombak.


Trivia

1. Kick Off 2017 merupakan Kick Off pertama Kak Ida hadir sepanjang tiga tahun penganjurannya.

2. Warna tema Kick Off kali ini adalah hitam dan merah.

3. Puan Mary merupakan tetamu khas yang diundang sebagai speaker. Beliau merupakan perunding imej profesional.

4. Antara agenda yang menarik Pelancaran New Look Qaseh Gold yang meliputi Adinda, Kekanda, Junior dan Premier dengan tema "Sedekad memberi Manfaat".

5. Pelancaran branding baru ini membawa penekanan kepada manfaat yang dapat diberikan kepada pengguna.

6. Kak Ida bertuah kerana solekan hari ini ditaja oleh Cik Puan Yusnorsyazana Mohd Yunos dan disolek oleh Penasihat Kecantikan, Cik Puan Anne Rosli. Banyak tips-tips kecantikan yang sempat dikongsi oleh beliau termasuk scrub menggunakan garam kristal masakan Qaseh.

Solekan menggunakan barang make-up dari Rangkaian Ana Edar dan semestinya seri muka Kak Ida naik dengan cara solekan yang betul.

7. Banyak sejarah ketika penubuhan Ana Edar. Bermula dengan kesedaran yang umat Islam mahukan produk Muslim serta bermodalkan RM 5k.

8. Puan Hasniza Hasan berkongsi tentang set rangkaian penjagaan muka Ana Edar yang akan dilancarkan pada penghujung bulan Februari 2017 nanti.

9. Segmen Puan Mary yang sangat dinanti-nantikan. Rupa-rupanya, banyak tips dan tricks dalam imej. Dengan mengenali personaliti pelanggan sama ada neutral, klasik, romantik serta dramatik membolehkan Konsultan Qaseh lebih mengenali pelanggan.

10. Baru tahu aksesori wajib ada adalah JAM TANGAN!

11. Ketinggian tumit tinggi adalah bergantung kepada berat badan seseorang.

12. Bucu kasut menandakan saiz kasut si pemakai.

13. Puan Mary turut berkongsi warna baju yang sesuai dipakai ketika berjumpa pelanggan. Elakkan warna yang dramatik yang membuatkan pelanggan "takut" dengan konsultan.

Ada yang hendak tahu lagi?

Nantikan entry terbaru Kak Ida ya.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Jan 13, 2017

Hilang fokus

Hilang fokus?


Ya, Kak Ida akui Kak Ida antara manusia yang kadang-kala mudah hilang fokus.

Contoh,

Malam ini Kak Ida hendak key-in belian stokis dan RANIA ke dalam sistem.

Kebetulan (ceh), maklumat semua dalam Messenger facebook.

Kak Ida pun bukalah facebook... takkan buka twitter pula...

Dalam 'perjalanan' ketika hendak membuka facebook, mata TERtacap pula dengan koleksi rangkaian baju.

Fuh, terus mata terhenti disitu.

Niat nak schroll pula. Belek-belek pula warna baju, saiz, cantik pula model.

Kan?

Eh, fokus utama nak key-in belian stokis dan RANIA... tetapi, apa yang jadi?

(Pause)

Antara salah satu tips Kak Ida hendak kekalkan fokus ada menulis LIST TO DO.

Senaraikan apa yang perlu dibuat.

Cukup dulu tiga perkara yang utama.

Ya. TIGA PERKARA UTAMA sahaja.

Kemudian, kita selesaikan tiga perkara utama itu dulu.

Dapat sesuatu?

Komen I jika anda dapat sesuatu dengan penulisan Kak Ida ya.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
0196558504

Jan 9, 2017

Teh Hijau Plus

Teh Hijau Plus dari Ana Edar.


Petang-petang begini seronoknya dapat menikmati teh hijau panas sambil menghirup udara segar kat halaman rumah.

Betul?

Teh hijau plus keluaran Ana Edar, memang sedap dan baik untuk kesihatan. Khasiat pun banyak berbanding dengan teh biasa.

Jom rasai keenakannya tanpa rasa ragu kerana ia merupakan keluaran bumiputera semestinya halalan toyyiban.

Insya-Allah

Siapa peminat teh hijau cuba like sikit? 

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Tamak Ilmu

Alhamdulillah,

Kelas-kelas ini akan berlangsung pada bulan Januari 2017. Mohon untuk merujuk kepada makluman poster untuk maklumat lanjut.




Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Jan 8, 2017

Bila masa yang sesuai?

Bila masa yang sesuai untuk mulakan berniaga?


Tahun 2050?

Ketika tiada kerja?

Ketika menjadi seorang pelajar?

Ketika duit tiada?

Berniaga sepenuh masa?

Berniaga separuh masa?

Bila-bila masa sahaja yang suka?

Tidak dapat sinar cahaya?

Sebenarnya...

Tiada masa yang sempurna dalam memulakan sesuatu.

Mulakan sahaja atau langsung tidak bermula.

Pilihan sentiasa berada ditangan kita.

Bila sudah bermula, buatlah dengan bersungguh-sungguh.

Bukan hangat-hangat tahi ayam, bukan ikut mood, bukan ikut orang...

Berniaga adalah salah satu perkara yang mengajar kita untuk menjemput rezeki.

Sangat berbeza dengan mereka yang makan gaji. Yang setiap bulan sudah tahu bila masanya "mengadap dinding".

Bermulalah berniaga sekarang. Bermula serendah RM 230 sahaja,

Tahun 2017 tahun yang sangat-sangat mencabar. Tiada istilah duduk diam dapat duit.

Kerana tindakan yang anda mulakan hari ini yang akan mencorakkan masa depan kita.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
0196558504

Jan 6, 2017

Stok Qaseh disimpan dibawah katil?

Selesai ambil stok di Skynet,


Terus mengemas untuk membahagi-bahagikan stok untuk Stokis dan RANIA. Semua ditangga kedai terus. Jangan tidak tahu, separuh daripada stok itu sudah ada yang punya.

Sebab itu, istilah stok Qaseh hanya disimpan "dibawah katil" adalah tidak benar.

Jika anda diguide dengan cara yang betul dengan tools marketing dan ditambah dengan kesungguhan anda, insya Allah... stok Qaseh dapat memberi manfaat pada orang lain.

Permintaan Qaseh sentiasa ada walaupun Qaseh ini tidak pernah diiklankan di kaca televisyen.

Namun begitu, medium pengiklanan seperti suratkhabar dan majalah yang pernah menyiarkan iklan dan produk Qaseh seperti Harian Metro, Sinar Harian, Majalah Rapi, Majalah PA&MA dan lain-lain lagi.

Duta Jihad Bisnes, Ustaz Haslin Baharim sentiasa meniup semangat jihad bisnes antara kami. Tiada jalan pintas untuk berjaya.

Mana tidaknya, Ana Edar menapak dari tahun 1983 dan merupakan salah satu syarikat bumiputera yang masih berdiri kukuh.

Alhamdulillah, syukur ada Qaseh.

Jadi, Kak Ida ingin menyeru bagi mereka yang masih mencari-cari bisnes yang hanya bermula dengan modal rendah serendah RM 230 dan anda nekad untuk memilih Qaseh sebagai bisnes pertama anda.

Dengan kekuatan jemaah, insya Allah... tidak mustahil, impian yang dikejar dan diimpikan boleh dicipta untuk menjadi kenyataan.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
0196558504

Branding diri

Semalam, berkesempatan untuk membuat dua kerja dalam satu.

Satu coaching santai di group telegram QKN, dan satu lagi saya menjadi gelas kosong di Alumni Aura Insta.

Malam semalam ia menyentuh tentang topik branding. 


Kenapa branding penting bagi mereka yang berniaga?
Ini adalah untuk membina kepercayaan (trust) kepada kita sebagai peniaga.

Jika status like kita masih di bawah 50 sama ada di facebook, instagram atau melibatkan medium sosial yang lain, ada "sesuatu" disitu yang perlu disemak.

Bagaimana kita hendak membrandingkan diri kita dengan zero cost?
  1. Mesti menulis dengan ejaan yang penuh.
  2. Pilih gambar yang ingin dimuatnaik.
  3. Plih gambar apa hendak dikongsi.
  4. Siapa kawan baik kita. Kalau ada 10 orang, pastikan dalam dikalangan 10 orang sahabat baik ini akan sentiasa komen setiap aktiviti kita. Kalau sudah mempunyai 50 orang?
  5. Sebelum approve friend. Tengok dahulu siapa mutual friends orang tersebut. Unfriend sahabat yang tidak "membina".
  6. Sekali-sekala kongsi video yang bermanfaat.
  7. Kemaskini program yang sedang dihadiri.
  8. Kongsi juga manfaat yang kita dapat dari program tersebut. 
  9. Kongsikan juga aktiviti harian. Memasak, mengemas rumah dan lain-lain.
Paling penting, posting itu mestilah membina dan positif. Bukan luahan tidak berpuas hati, kata-kata makian, dan menarik aura yang negatif.

Pesan cikgu,

Orang hebat pasti mahu berurusan dengan kita jika status kita baik-baik dan positif.

Siapa yang setuju?

Komen 'I' di ruangan komen ya.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
0196558504

Jan 5, 2017

Online coaching

Alhamdulillah,

Bulan satu yang cukup energetik.

Belum masuk minggu kedua di bulan Januari, sudah ada dua coaching yang akan dijalankan di group khas di telegram. Hanya melalui online.

Santai-santai sahaja.

Esok, coaching terbaru yang bertajuk Tips Ikhtiar Hamil dengan Qaseh Gold.

Coaching kali ini akan disampaikan oleh PP Leader dan juga merupakan seorang stokis iaitu Puan Nekmah.

QIN adalah salah satu jemaah yang cukup tamak ilmu kerana dengan ilmu, sesuatu perjalanan bisnes akan menjadi lebih baik.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504



Jan 1, 2017

Pelancaran "Baby Kembar" di awan biru

Alhamdulillah,

Pelancaran produk baru Ana Edar telah dibuat di awan biru.




Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Daun rerama ubat untuk KANSER dan HIV

Daun rerama ubat untuk KANSER dan HIV.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Produk baru menjelang Tahun 2017

Teh kami bukan teh biasa.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Asal Usul Teh

Sejarah asal-usul teh.

Ladang teh pertama yang wujud di Tanah Melayu adalah sekitar akhir tahun 1920-an.

Ia dibuka oleh pihak British ketika mula-mula merancang membangunkan Cameron Highlands.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...