Jul 24, 2014

Tips ketika berpuasa

Tips ketika berpuasa

Meski berpuasa namun anda harus tampil segar dan bertenaga. Bagaimana caranya sedangkan anda tidak makan dan minum seharian?


Berikut tips yang boleh diikuti.
  1. Sambut Ramadhan dengan senang hati yang memberi pengaruh pada kualiti berpuasa anda. Dalam keadaan senang hati, hormon epinefrin, endorphin dan aktiviti glucagon meningkat sehingga tubuh lebih kuat untuk menghadapi puasa.
  2. Jangan tinggalkan sahur kerana ia merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa yang amat disarankan. Ketika berpuasa, tubuh kita tidak mendapat gizi lebih dari 14 jam. Untuk itu, sel-sel tubuh memerlukan gizi dan tenaga yang mencukupi.
  3. Berbuka dengan kurma dan air madu untuk memulihkan kadar gula darah dengan cepat. Kemudian, terus bersolat sebelum kembali menikmati juadah yang lebih berat pula.
  4. Hindari berbuka dengan minuman sejuk kerana ia akan menyebabkan perjalanan darah tidak berada dalam keadaan optimum.
  5. Kunyah makanan dengan baik agar proses pencernaan menjadi lebih mudah dan ringan. Cuba kunyah makanan sebanyak 33 kali sebelum menyuap makanan yang lain pula.
  6. Kurangkan pengambilan makanan berlemak, makanan yang diawetkan, penambah perisa, minuman bergas dan bahan makanan yang tajam seperti cuka, cili ataupun asam.
  7. Usahakan minum banyak air putih atau air madu untuk melancarkan perjalanan darah dan mencegah hidrasi.
  8. Jangan tinggalkan olahraga, Berpuasa tidak bermakna terus berhenti menjalani aktiviti olahraga seperti biasa. Solat terawih juga merupakan satu aktiviti yang dapat memelihara kecergasan tubuh badan.
  9. Kendalikan emosi. Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan nafsu. Jadi, belajar kawal emosi dan banyakkan bersabar.

Jul 5, 2014

Double Bonus

Alhamdulillah, bulan Julai bulan double bonus untuk saya. Bonus pertama saya akan diterima pada 15 Julai sempena bantuan khas sempena Aidilfitri yang akan diterima oleh penjawat awam dari Gred 1 sehingga Gred 54.



Yang ini pula bonus dari Ana Edar yang saya akan terima setiap 20 hb. Bonus ini adalah bonus hasil dari APA YANG KITA BUAT, KITA DAPAT. Jadi, ia akan berubah-ubah mengikut usaha.

Yang paling penting, ini adalah rezeki anak-anak saya. Syukur Alhamdulillah.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Jul 4, 2014

Bengkak Tonsil

Tonsil adalah salah satu organ yang bertindak sebagai penapis untuk menghalang jangkitan kuman terutama di bahagian tekak. Disebabkan fungsi yang sedemikian, ia mudah dijangkiti kuman. Jangkitan kuman di tonsil adalah salah satu penyakit yang agak kerap berlaku dan menyerang kanak-kanak. Jika kanak-kanak menghadapi jangkitan penyakit tonsil, tonsil mereka akan bengkak, merah dan kadang-kala akan bernanah.


Tonsil mudah berjangkit kerana kuman selalunya disebarkan melalui udara apabila batuk atau melalui air liur dan ini dijangkiti secara perkongsian makanan atau alatan seperti sudu atau cawan. Tabiat menghisap jari selalunya tidak menyumbang kepada keadaan ini.

Jika anak ditempatkan di taska atau dirumah pengasuh, pastikan makanan atau minuman tidak dikongsi dengan kanak-kanak lain yang tidak sihat. Jika terdapat anggota keluarga lain yang sedang mengalami sakit seperti batuk dan selsema, mereka juga tidak boleh berkongsi makanan atau sudu dan cuba elakkan dari mencium anak yang lebih kecil untuk mengelakkan mereka daripada dijangkiti.



Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Program Tautan Kasih Ramadhan

Sumbangan bagi Program Tautan Kasih Ramadhan (Ramadhan Box)

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penggendong Bayi Selat Tebrau Johor Bahru, Johor (Selat Tebrau Babywearers) sedang membuat kutipan sumbangan untuk menjayakan program Tautan Kasih Ramadhan (Ramadhan Box) bertujuan sebagai tanda prihatin dan simpati dengan nasib yang menimpa keluarga yang terdiri dari Golongan Asnaf dan Fakir Miskin di sekitar Johor Bahru.


Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak Y.Bhg.Datuk/Datin/Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian seperti contoh di bawah:-

• Barangan keperluan harian seperti Beras, Gula, Susu, barang makanan, peralatan diri (sabun, berus dan ubat gigi) dan sebagainya.
• Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun Maybank (361145075376) Ilya Shakila binti Kamal.

Diharap dengan adanya sumbangan yang bakal diserahkan dapat meringankan beban dan memberikan sinar kegembiraan yang akan turut sama dapat dinikmati serta dikongsi oleh keluarga tersebut.

Keperihatinan dan kerjasama untuk menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

p/s: Segala pertanyaan lanjut boleh lah menghubungi Person In Charge (Norahayu / Nuriqwati)

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Penyusuan di Bulan Ramadhan

  1. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3-3.5 liter sehari. Minum air setiap kali selepas berbuka, selepas solat, sebelum tidur, bangun tidur dan sebelum waktu sahur tamat.
  2. Makan banyak protein semasa bersahur. Protein kurang menggunakan tenaga bagi pencernaannya berbanding karbohidrat yang perlukan banyak tenaga untuk pencernaannya dan akibatnya badan lebih cepat letih di waktu siang hari.
  3. Kerap kosongkan payudara dengan cara perahan tangan atau menggunakan pam yang sesuai. Waktu yang dicadangkan adalah selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur.
  4. Banyakkan makan kurma atau buah-buahan yang segar. Ini untuk mengekalkan tenaga dalam badan lebih-lebih lagi ibu menyusu.
  5. Sekiranya kesihatan ibu tidak mengizinkan untuk menyusu secara terus sepanjang masa, boleh selang-selikan dengan EBM (express breastmilk) bagi mengelakkan ibu daripada terhidrat.       
AMALKAN PENGOSONGAN PAYUDARA YANG KERAP UNTUK MENGHASILKAN SUSU YANG LEBIH BANYAK.



Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Iftar SGM Ramadhan

JOM warga Johor Bahru terutama ibu-ibu yang menyusukan anak.

Hadirkan diri ke Majlis Iftar SGM Ramadhan. Terlalu banyak perkongsian yang boleh dikongsikan bersama-sama.

Jemput hadir ya!


Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Tanda anak cergas


Lincah dan aktif 

Anak yang cergas biasanya selalu aktif dan ceria. Biar pun anda mungkin pening kepala apabila anak anda sentiasa bergerak aktif ke sana dan ke sini serta tidak henti-henti bermain, anda tidak perlu risau kerana itu adalah tanda anak aktif. Sebaliknya anda perlu berhati-hati jika dia tiba-tiba lesu dan tidak berminat hendak bermain.

Bahagia dan responsif

Si manja akan sering mengadu atau bercakap mengenai segala perkara yang terlintas di kotak fikirannya. Dia mungkin akan bercerita tentang rakannya di taska atau dunia khayalannya bersama kereta F1 kesayangannya. Dia akan memandang anda dan mahu anda memandangnya sewaktu bercerita. Ada pendapat yang menyatakan bahawa hubungan mata adalah salah satu cara untuk mengetahui anak itu cergas atau tidak. Jika pandangannya lesu atau tidak mahu bercakap dengan anda, dia mungkin sedang sakit atau mengalami trauma.

Rambut sihat dan bersinar
Setiap kanak-kanak memiliki jenis rambut yang berbeza. Kesihatan rambut tidak dinilai dari segi rambut yang lebat atau halus dan jarang sebaliknya diukur dari segi keadaannya yang bermaya, kuat dan bersinar. Jika rambut yang mudah putus atau kusam, itu mungkin adalah tanda kekurangan zat seperti vitamin B kompleks dan zink.
Gigi putih

Gigi si manja tumbuh dengan baik. Jika selepas usianya setahun gigi pertamanya belum tumbuh atau giginya reput dan kekuningan, mungkin anak mengalami kurang kalsium. Begitu juga dengan masalah gusi berdarah akibat kekurangan vitamin C. Lakukan pemeriksaan 6 bulan sekali ke atas gigi anak. Keadaan gigi dan gusi yang baik akan meningkatkan kualiti hidup anak anda.

Kulit bersih

Jika kulit anak terlalu kering dan bersisik, dia mungkin akan mengalami kekurangan vitamin E. Jika hal ini dibiarkan, kulit anak anda mungkin akan merekah dan berdarah. Oleh itu anda perlu segera mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalahnya. Pastikan dia sentiasa membersihkan tangan dan kaki dengan sabun serta mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari supaya kulitnya tidak terdedah kepada bakteria yang boleh menyebabkan gatal-gatal dan kudis.

Suhu antara 36.5°C antara 37.5°C
Jika anak lesu atau lebih kerap tidur berbanding dengan bermain malah tidak lalu makan, segeralah periksa suhu badannya. Ada kemungkinan dia demam atau mengalami masalah lain.

Berselera makan

Cara makan anak bergantung tahap perkembangannya. Sebagai contoh, jika pada usia 2 tahun dia masih mengemam makanannya, mungkin dia mengalami gangguan menguyah dan menelan makanan gara-gara dia tidak melalui ‘masa emas’ belajar makan dengan baik pada usia 6-12 bulan. Dia mungkin akan mengalami kekurangan zat. Masalah ini juga boleh menganggu kemampuannya bertutur yang berpunca dari kegagalan otot oromotor iaitu organ mulut berfungsi dengan baik.

Mudah buang air
Dia boleh buang air kecil dan besar dengan teratur. Tidak sembelit dan tidak cirit-birit. Hal ini menunjukkan fungsi organ pencernaannya baik. Sembelit yang berpanjangan akan menyebabkan gangguan organ dalam kerana sisa makanan tersimpan terlalu lama. Manakala cirit-birit pula menunjukkan gangguan pencernaan sehingga penyerapan makanan kurang baik.

Persekitaran selamat dan selesa
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, anda perlu memastikan persekitaran kediaman, bilik dan taman permainan adalah selamat, bersih dan selesa untuk si manja. Jangan biarkan makanan dan minuman terdedah kepada bakteria. Bakteria mudah tersebar melalui udara atau agen bakteria lain seperti lalat atau lipas.

Tidak mudah sakit
Pada usia satu hingga enam tahun, anak anda mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan amat cenderung untuk menerokai persekitarannya. Dia mungkin terdedah kepada kekotoran pembawa kuman, bakteria, dan mikroorganisma. Kanak-kanak yang dibekalkan dengan daya keimunan yang kuat tidakk akan mudah diserang penyakit walaupun dia bergaul dengan rakan-rakan yang tidak sihat seperti demam, batuk dan selsema.

Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Jul 3, 2014

Membina Kepercayaan Diri Positif

Tahukah anda untuk mengubah hidup kita ini hanyalah semuda mengubah pandangan kita terhadap kehidupan. Ubah mindset untuk ubah masa depan.

Kebanyakan keresahan dan kesusahan dalam hidup berpunca dari pandangan yang salah terhadap kehidupan.

10 langkah membina kepercayaan diri positif

  1. Selami bakat semulajadi dalam diri. Setiap insan dikurniakan bakat yang terpendam. Cuba selam. Pasti ada. Setiap manusia dikurniakan keistimewaan yang tiada pada orang lain.
  2. Hargai dan syukuri keunikan diri sendiri, jangan bandingkan dengan orang lain. Diri kita adalah terbaik sebagai kita.
  3. Beri sokongan penuh dan padu kepada diri sendiri. Beri sebab kepada setiap keputusan, jangan cuma ikut-ikutan.
  4. Beri komitmen sepenuhnya untuk kebahagiaan diri di dunia dan akhirat.
  5. Bersikap jujur kepada diri sendiri.
  6. Beri penghargaan kepada setiap kejayaan diri walaupun sekecil-kecilnya.
  7. Berkata-kata dengan diri sendiri dengan kata-kata positif pembangun jiwa.
  8. Melakukan tindakan, bukan alasan. 
  9. Jangan putus asa dengan impian dan cita-cita.
  10. Percayalah, sekiranya kita sudah membuat keputusan dan berusaha tetapi kita tidak mendapatnya, ia adalah kerana ada yang lebih baik tersedia untuk kita.
Percayalah, anda insan hebat dan bertuah!

Jul 2, 2014

Mencapai Potensi Maksima

  1. Pilihlah untuk berbahagia. 
  2. Lepaskan masa lalu. 
  3. Temukan kekuatan dalam diri, fikiran dan perkataan kita.
  4. Gambarkanlah impian atau cita-cita anda secara terperinci. 
  5. Kembangkanlah fikiran positif dalam diri anda secara berterusan. 
  6. Lakukanlah tindakan nyata yang mendekatkan anda pada impian. 
  7. Bayangkanlah apa yang anda lakukan ketika anda berjaya meraih impian!
  8. Bertemanlah dengan rakan positif. 
  9. Teruslah bangkit ketika anda mengalami kegagalan ataupun menemui rintangan. 
  10. Lakukan semua hal secara ikhlas, bersungguh-sungguh, dan bersemangat! 
Hadapilah semuanya dengan senyum dan bersemangatlah. Janganlah menunda kebahagiaan sampai kita mencapai semua sasaran.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...