Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sep 13, 2016

Vision Board

Assalammualaikum.

Sudah lama Kak Ida tidak menulis.

Bukan merajuk. Kekangan masa yang menghambat kesibukan.

Hari ini Kak Ida hendak berkongsi kepentingan Vision Board.


Bukan untuk orang berniaga sahaja, tetapi juga boleh sesuai kita dan juga sebagai satu aktiviti untuk anak-anak.

Apa itu vision board?

Apa yang kita inginkan dalam kehidupan kita.

Selalunya Kak Ida pecahkan sekecil-kecil perkara seperti berikut:

Keluarga.
Kerjaya.
Bisnes.
Impian.
Harapan.

Kak Ida akan print gambar yang berkaitan dengan vision dan letakkan tarikh "jangkaan" impian Kak Ida akan tercapai.

Contohnya, sebelum 31 Disember Kak Ida akan hendak beg Coach edisi khas!

Gituw!

Susunkan secantik yang boleh pada vision board itu untuk ditampal di tempat yang hari-hari kita tengok.

Insya Allah,

Fikir yang baik-baik.
Cakap yang baik-baik.
Pengakhirannya juga akan baik juga nanti.

Jangan lupa sharekan vision board masing-masing ya.

Nanti kita akan aminkan bersama-sama semoga vision board kita tercapai mengikut apa yang kita harapkan.

Amin! :)

Catatan Suri Qaseh
5.38 pm.

Sep 4, 2016

Modal Diri

Sebenarnya...

Modal duit tidak penting bagi Kak Ida.

Yang penting bagi Kak Ida,

Adalah modal diri. 


Modal diri adalah modal paling mahal untuk mereka yang ingin berniaga.

Modal diri bila dia tahu bagaimana doa bertindak bila ada isu atau pemasalahan yang dia hadapi.

Modal diri bila tidak reti untuk beralasan.

Modal diri bila dia tahu bagaimana dia mencari jalan untuk keluar.

Modal diri bila berada dalam tekanan.

Alhamdulillah, Allah izinkan kak Ida terjumpa seorang RANIA ini,

Ingin sangat-sangat berniaga.

Dia nampak halangan terbesar adalah MODAL DUIT.

Memang hasrat Kak Ida, ingin membantu lebih ramai entrepeuners muslim dalam Qaseh.

Jadi,

Kak Ida bantu beliau dengan bermula sebagai dropship.

RM 15 untuk yuran komitmen.

Modal RM 15 laju sahaja dia mengangguk. Hihi

Murah pada "pandangan mata" dia.

Dia bermula dengan mengopy pastekan semua status-status Kak Ida.

Bezanya dia hanya menukar no telefon sahaja.

Hari ini dia dapat jual sebotol Junior.

Empat hari kemudian dapat jual Adinda.

Syukur bila Kak Ida tengok dia melepasi "syarat awal" dalam pembentukan Modal Diri.

Komitmen dan kesungguhan dia untuk keluar dalam zon selesa tanpa beralasan.

Tahniah dik.

Insya Allah, bakal leader to be di bawah jemaah QIN.

Syukur.

Mulakan berniaga dengan MODAL DIRI.

Jika kita tiada modal diri, memang kita tidak akan kemana-mana.

Boleh hadam maksud Kak Ida?

Catatan Suri Qaseh
8.00 malam

Kenapa kita masih tiada RANIA

"Kak Ida, kenapa saya masih tiada RANIA?"

"Kenapa?"

"Kenapa?"
.
.
.
.
.
.
.

Jawapan Kak Ida untuk soalan di atas.


Allah yang memegang semua hati-hati manusia.

Seinci zahrah pun tidak akan bergerak tanpa izin Allah.

Allah tidak menggerakkan hati mereka untuk menjadi RANIA di bawah jemaah kita.

Kerana,

Allah tahu mana yang terbaik untuk kita.

Ringkas!

Tetapi, soalan kenapa saya masih tidak ada RANIA sebenarnya boleh berbalik semula kepada diri kita sendiri.

Adakah kita sudah bersedia untuk memberi komitmen untuk mempunyai RANIA.

Kalau anda (diri sendiri), sudah bersedia. Insya Allah, akan ada jalan yang Allah telah sediakan.

Sentiasalah memberi.

Allah akan permudahkan.

Doa kepada Allah kita dikurniakan RANIA yang berkualiti, yang sama-sama ingin jihad bisnes bersama kita.

Doakan Kak Ida ada 5000 orang RANIA di bawah jemaah Kumpulan Qaseh Insyirah Network.

Amin!

Boleh ke boleh?

Catatan Suri Qaseh
6.27 pm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...