Nov 8, 2017

Tips murah rezeki suami isteri

Tips ini dikongsikan oleh Tuan Irfan Khairi.


  1. Sentiasa gembirakan pasangan hidup kita.
  2. Murahnya rezeki seorang suami bila suami berbelanja untuk isterinya.
  3. Ramaikan anak. Cahayamata adalah rezeki tidak ternilai.
  4. Makan bersama anak-anak dan isteri.
  5. Gunakan perkataan dan bahasa yang lembut bersama suami dan isteri serta memanggil dengan panggilan manja.
  6. Menenangkan hati isteri ketika beliau resah.
  7. Cium dan peluk isteri sebelum keluar bekerja.
  8. Salam dan ciumlah tangan suami sebelum suami keluar rumah.
  9. Bermain-main dan bergurau dengan anak-anak untuk menyeronokkan mereka.
  10. Bergurau senda bersama suami isteri sebelum tidur waktu malam.
Semoga asbab tips ini, rezeki keluarga kita dimurahkan oleh Allah swt. Insya-Allah.

Amin


Nov 7, 2017

Cara mudah untuk bangun pagi

Kak Ida kongsikan sebelas (11) tips cara mudah untuk bangun pagi mengikut sunnah dan psikologi.

  1. Tidur awal seawal jam 10.30 malam.
  2. Sebelum tidur ambil wuduk.
  3. Baca surah Al Fatihah, 4 Qul, Ayat Kursi, Surah Al Waqiah dan Al Mulk.
  4. Tidur di atas rusuk kanan.
  5. Dada menghadap kiblat.
  6. Tapak tangan kanan menjadi bantal dan diletakkan di pipi kanan.
  7. Baca doa tidur.
  8. Sediakan senarai apa yang perlu kita lakukan esok.
  9. Niat bersungguh-sungguh mahu Allah kejutkan kita pada pukul berapa.
  10. Bila bangun, buat senaman ringan dan senyum sebagai tanda kesyukuran Allah bangkitkan sehari lagi.
  11. Ambil wuduk, mulakan dnegan solat sunat.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Pokok pangkalnya adalah diri kita

Ramai yang mahukan bisnes kita berubah menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Tetapi, sebenarnya. KITA yang perlu berubah dulu.

"Jika mahu mengubah dunia, ubah diri dahulu"

Pokok pangkalnya adalah bermula dari diri kita sendiri.


Ini kerana, bagaimana keadaan bisnes kita, itulah sebenarnya gambaran keadaan kita.

Jadi, jangan jadi diri sendiri masih sama setiap hari. Berubahlah dan upgrade diri kita menjadi yang lebih baik.

Apa yang kita boleh buat untuk upgrade diri kita menjadi lebih baik?

  • Jumpa kenalan baru.
  • Cari mentor bisnes.
  • Belajar ilmu baru.
  • Cuba lakukan sesuatu yang baru.
  • Jadi lebih fleksibel. Rendahkan ego.
  • Dengan pendapat atau pandangan orang lain.
  • Banyakkan tindakan dari sekadar merancang.
  • Bermula segera.

Nov 3, 2017

Jangan ambil mudah masalah sendi

Jangan ambil mudah masalah sendi.

Masalah radang sendi atau artritis selalu menyerang golongan usia 40 an dan ke atas. Gejala radang sendi ialah apabila berlakunya bengkak pada bahagian sendi seperti pinggang, lutut, tulang belakang dan siku.


Mereka yang diserang radang sendi selalunya tidak mampu menggerakkan sendi secara normal. Malah kita boleh lihat kemerahan dan panas pada sendi yang terjejas.

Sekiranya doktor mengatakan kita diserang radang sendi, lakukan perkara ini dahulu.

  • Jika anda gemuk | Kurangkan berat badan.
  • Jika anda malas | Rajinkan bersenam dan lentur tubuh kita supaya mudah bergerak.
  • Jika mandi | Mandi air hangat pada waktu pagi untuk memberi kelegaan pada otot.
  • Jika bekerja kuat | Selang-seli antara rehat dan kerja untuk merehatkan otot.

Nov 2, 2017

Tips bagaimana kita memotivasikan diri setiap hari

Kak Ida kongsikan tujuh cara bagaimana kita memotivasikan diri setiap hari.








Nov 1, 2017

Lima langkah yakin diri

Dalam perkongsian Majalah Midi di ruangan Perhubungan dan Kehidupan, Kak Ida kongsikan lima langkah yakin diri.


Hindari mencari alasan
Ramai yang membantutkan semangat dalam diri mereka sendiri dengan memberi persoalan negatif dalam diri. Antara kata-kata yang "membunuh" diri mereka sendiri adalah, "Saya tidak boleh", "saya tidak mampu", "pendidikan saya tidak tinggi", "saya sudah tua" dan banyak lagi kata-kata negatif. Alasan yang diutarakan tidak dapat meningkatkan keyakinan diri. Alasan tersebut hanya membantu kita menyasarkan impian sebenar dalam hidup. Otak ialah tempat menyimpan data dan apa-apa sahaja yang kita simpan pasti akan terkeluar satu hari nanti. Oleh itu, gantilah dengan pemikiran yang positif sahaja.

Guna daya imaginasi
Otak mempunyai kemampuan yang tidak terbatas dan boleh membantu mencapai cita-cita yang tidak terbatas. Berikan gambaran kepada otak tentang apa yang kita inginkan dan semakin kita memikirkannya semakin besar harapan kita untuk mencapai yang kita impikan.

Tidak takut gagal
Ramai yang tidak berani mencuba kerana takut gagal. Setiap hari kita terlalu memikirkan kegagalan sehingga tidak pernah mencuba sesuatu apa pun dan akhirnya mereka tidak berjaya meningkatkan keyakinan diri.

Penampilan bentuk keyakinan diri
Penampilan luaran memang bukan segala-galanya tetapi sedikit sebanyak membantu kita pada penampilan pertama. Mungkin kita perlu mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk memberikan penampilan yang menarik. Tetapi kita juga perlu realistik tanpa perlu berlebih-lebihan dalam penampilan kerana akan meninggikan ego.

Catatkan kejayaan
Setiap orang pasti pernah mencapai kejayaan dalam hidup. Catatkan segala kejayaan yang telah kita capai dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar kejayaan yang pernah diraih. Kita boleh membaca kejayaan kita untuk dijadikan motivasi untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam hidup.

Bantuan kurangkan tekanan

  • Biasakan diri dalam keadaan berwuduk.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran.
  • Banyakkan solat sunat.
  • Selalu berdoa kepada Allah.
  • Bersangka baik dengan Allah.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat.
  • Menangis dengan sepuas hati.
  • Hargai kebolehan diri sendiri.
  • Cintai diri sendiri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...