Oct 30, 2017

Tanda kanser payudara yang perlu kita ketahui

Tanda kanser payudara yang perlu kita ketahui. Terdapat tujuh tanda seperti yang dikongsi di Qaseh Gold HQ.

Jika kita tidak mengetahui bagaimana menyemak payudara, boleh dapatkan pemeriksaan awal di LPPKN atau di Klinik Kesihatan. Alang-alang menghantar anak, buatlah pemeriksaan payudara secara berkala.


Tanda-tandanya ialah:
👉 Puting masuk ke bahagian dalam
Bila anda merasakan keadaan yang sangat tidak wajar seperti puting masuk ke bahagian dalam segera waspada.

👉 Terasa gatal pada puting susu
Kulit disekitar payudara juga akan mengelupas dan ini sangat sakit. Pada tahap ini sebaiknya segera mendapatkan rawatan kerana kulit adalah bahagian yang sangat peka bila kita mula tidak sihat terutama bila terjadi pada bahagian payudara.

👉 Saiz payudara menjadi besar atau kecil tanpa sebab
Apabila perubahan saiz pada satu bahagian payudara berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab boleh jadi itu adalah tanda kanser.

👉 Warna kulit payudara menjadi merah
Bila anda mendapati ada yang berbeza dari warna kulit payudara anda seperti kelihatan merah atau gelap di salah satu sisinya maka anda mesti waspada.

👉 Tiba-tiba keluar cecair dari payudara
Terdapat dua jenis cecair iaitu cairan jernih atau cairan yang bercampur darah. Segera dapatkan rawatan doktor.

👉 Ketulan disekitar payudara
Ini adalah tanda yang mudah untuk kita peka tentang kehadiran kanser. Tetapi boleh jadi ia adalah ketulan yang tidak berbahaya. Jika perlu segera dapatkan rawatan.

👉 Leher dan bahu terasa kaku
Jika anda terasa kaku pada leher dan sakit bahu, ia bukanlah seperti yang anda sangka. Barah payudara biasanya akan merebak ke bahagian tulang belakang, belakang badan atau bahu yang menyebabkan kesakitan.

Semoga bermanfaat untuk semua

Wanita Ratu Hatiku

Kesihatan itu menjadi tanggungjawab kita. Wanita yang sihat dapat menjaga keluarga dengan sesempurna boleh.


Isteri yang sihat boleh menjaga keperluan suami dengan sebaik mungkin.

Ibu yang sihat boleh menjaga keperluan anak-anak dengan secemerlang boleh.

Anak gadis yang sihat dapat menjalani kehidupan yang berkualiti dan bahagia sebaik mungkin.

Sihatnya wanita harus bermula dari awal lagi sebab sebagai wanita ini cabaran kesihatannya sangat banyak.

Sebab itulah, dengan Qaseh Gold Adinda diformulasikan utk membantu kesihatan dalaman wanita supaya kita boleh menjadi wanita yg sihat, bahagia, gembira dan sentiasa bertenaga!

Oct 29, 2017

Makluman terbaru dari Ana Edar Sdn. Bhd.

Makluman terbaru dari Ana Edar Sdn. Bhd.
Makluman terbaru dari Ana Edar Sdn. Bhd.
Makluman terbaru dari Ana Edar Sdn. Bhd.


Qaseh Gold Junior serta Omar dan Hana

Alhamdulillah,

Kak Ida ke HQ Ana Edar pada 27/10/2017 yang lalu untuk menyantuni Sifu Nasiron Ngadi bagi mendapatkan penjelasan sejelas-jelasnya tentang #Gelombang Oren yang akan melanda di seluruh negara bermula Disember nanti.


Kolobrasi Kapten Junior bersama Omar dan Hana.

Banyak perancangan yang telah disusun untuk memastikan stokis, agen dan juga pelanggan mendapatkan hanya yang terbaik dari kami. Insya-Allah.

Jangan lupa nantikan #GelombangOren.

Oct 24, 2017

Manfaat daun sirih

Menurut wikipedia, sirih merupakan tanaman asli Indonesia yang tumbuh merambat atau bersandar pada batang pohon yang lain.

Daun sirih juga dianggap sebagai budaya kerana kebiasaannya daun dan buahnya dikunyah bersama gambir, pinang, tembakau dan kapur.


Banyak manfaat daun sirih ini terutama untuk kaum wanita bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan, antaranya:-

  • Dapat mengubati penyakit asma
  • Meredakan batuk
  • Manfaat daun sirih untuk mengubati iritasi atau sakit mata
  • Melancarkan haid dan keputihan
  • Menghilangkan bau mulut
  • Mengubati gusi berdarah
  • Merawat demam berdarah 

Memang dari turun temurun khasiat daun sirih ni. Nenek moyang kita juga kalau sakit atau luka, pasti akan memetik daun sirih untuk dijadikan ubat.

Eh, Dalam Qaseh Gold Adinda mempunyai kandungan sirih. Hanya minum dua sudu pagi dan petang untuk mendapatkan khasiatnya tanpa perlu memetik sirih diluar.

Oct 23, 2017

Manfaat Teh Hijau

Sedikit info menarik tentang produk terbaru iaitu Teh Hijau dan khasiatnya kepada tubuh badan kita.


Teh terbaik ini sememangnya sarat dengan kandungan nutrien dan antioksida semula jadi (polifenol).

Selain dapat kurangkan berat badan, teh ini juga dapat mencegah risiko mendapat kanser.

Jom sama-sama kita hadam manfaat teh hijau ini lagi.

Oct 22, 2017

Qaseh Gold Premier

Jom kita baca manfaat bahan yang terdapat dalam Qaseh Gold Premier ini.


Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan terbaik!

Oct 20, 2017

PPN Challenge - Oktober Contest

PPN Challenge - Oktober Contest
PPN Challenge - Oktober Contest
PPN Challenge - Oktober Contest

Alhamdulillah, Kak Ida berjaya mendapatkan PPN Challenge - Oktober Contest ini. Tidak sabar menanti #GelombangOren di Selatan.


Oct 19, 2017

Kekal cergas ditempat kerja

Jom, kita kekal cergas di tempat kerja. Tidaklah asyik "lemau" dan lesu sahaja. 

Sebelum itu, jom kita cuba tips-tips di bawah.




  1. Menganjurkan atau hadiri kelas senaman seperti zumba, yoga, pilates, senam aerobik dan senaman kardio.
  2. Menetapkan aktiviti berjalan semasa makan tengahari atau selepas kerja.
  3. Hantar sendiri dokumen atau pesanan pada rakan sekerja berbanding menerusi e-mel ataupun telefon.
  4. Ruang kerja yang bersih dan teratur mampu memberi impak positif kepada minda dan badan. Bersihkan ruang kerja anda serta susun atur setiap kerja yang dilakukan mengikut kepentingan.
  5. Cara duduk di kerusi, kedudukan meja serta komputer turut mempengaruhi kestabilan postur tubuh secara.
  6. Pastikan anda mendapat cahaya secukupnya untuk mengelak kekaburan yang sekali gus memberi tekanan kepada sistem penglihatan.
  7. Letakkan wangian kesukaan kita atau aromaterapi di atas meja yang dapat mengekalkan kesegaran dan merangsang otak

Eh jangan lupa! Qaseh Gold Kekanda dan Qaseh Gold Adinda sebagai Energy Booster! Memang tidak terasa lemau badan. Insya Allah, asbab Qaseh dapat membantu tugas seharian kita di pejabat.

Jangan lupa ya!


Oct 18, 2017

Tips bentuk keluarga harmoni


  1. Doa yang berterusan 
  2. Mainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan rasa ikhlas.
  3. Murah dengan sentuhan dan perhatian untuk pasangan serta anak-anak.
  4. Jika berlaku salah faham dan pertengkaran, ambil masa untuk muhasabah diri dan meminta maaf.
  5. Mengatur waktu dengan teratur supaya mempunyai "quality time" bersama yang tersayang. 

Sama-sama kita memperbaiki kekurangan diri. Jika semalam kita membuat silap, tiada salahnya hari ini mulut dan tangan menghulurkan salam kemaafan. Ingat, keluarga ini adalah amanah dari Allah swt. Semoga kita memperolehi keluarga yang SAKINAH, MAWADDAH & WARRAHMAH.

Insya-Allah.

Amin amin YRA

Oct 11, 2017

Restok lagi

Yeay, PPN Kak Ida kongsikan hasil restok stokis-stokis di bawah QKN.

Nampak tak nama Kak Ida?

Nampak tak?

Hihihi

Alhamdulillah, permintaan Qaseh Gold sentiasa ada.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...