Nov 28, 2016

Kelas CRM

Kelas CRM yang akan berlangsung di kawasan yang berhampiran anda.

Rujuk maklumat lanjut di poster ya.






Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504


Nov 23, 2016

Betul ke ada kelebihan menjadi ahli Ana Edar?

Assalammualaikum.

Adakah anda merupakan pengguna Qaseh Gold?

Anda teringin hendak menjana pendapatan sampingan bagi membantu ekonomi keluarga.

Bagi mereka yang sudah mencuba Qaseh, apa kata saya cadangkan supaya bertukar menjadi ahli Ana Edar?


Dengan menjadi ahli merangkap sebagai Rakan Niaga Ana Edar, terlalu banyak keistimewaan yang anda akan dapat.

Antaranya,

1. Mendapat produk Qaseh dengan harga ahli.

2. Bila sudah menggunakan produk Qaseh, bila orang tanya... kita TERkongsi pula kebaikan produk yang kita guna. Bila orang membeli, kita akan TERdapat pula untung runcit.

Untung runcit sehingga 30%!

3. Untuk menjadi ahli aktif, (mendapat bonus dari Ana Edar), ahli mesti membeli produk sekurang-kurangnya 50 mata.

50 mata cukup untuk mereka yang hanya guna produk Qaseh untuk diri sendiri sahaja.

Dapat mengumpul nilai mata sebulan, akan TERdapat pula bonus yang diberikan oleh syarikat Ana Edar. Dikreditkan TERUS ke dalam akaun.

4. Bagi mereka yang berniaga secara serius pula, lagi banyak kelebihan ya.

Antaranya kelas-kelas yang dibuat oleh Ana Edar dan kebanyakan PERCUMA untuk RANIA, ada group coaching sama ada online atau offline untuk sama-sama berjaya, ada reward makan malam di awam biru dan juga yang paling seronok, RANIA akan berkumpul setiap tahun di hotel mewah untuk sama-sama meraikan kejayaan bersama duta Qaseh iaitu Ustaz Haslin Bollywood.

Seronok kan?

5. Tetapi, yang paling penting teknik pelan pemasaran Ana Edar yang semestinya patuh syariah. Yang kita tidak perlu risau dari mana hasil sumber yang kita dapat untuk kita suapkan rezeki pada mulut-mulut anak dan keluarga kita.

6. Saya tidak tahu bagaimana hendak bermula?

Takpe, yang penting anda sudah bermula dengan MENDAFTARKAN DIRI MENJADI RAKAN NIAGA ANA EDAR.

Boleh hubungi Kak Ida di talian 019 655 8504 untuk kita sama-sama istiqamah dalam berjihad produk muslim.

Perkongsian ilmu Suri Qaseh
Ida Kamilia Mudzakir

Nov 22, 2016

Apa yang perlu saya buat?

Ketika memandang anak syurga Kak Ida membuat latih tubi untuk darjah 2 (walaupun sepatutnya tahun depan baru Aisyah masuk darjah 2),

Kak Ida nak Aisyah melangkah setapak ke depan. Memahami asas sebelum melangkah ke darjah 2.

Bila ada beberapa soalan yang membuatkan Aisyah terkial-kial hendak menjawab jika soalan itu agak sukar... membuatkan Kak Ida tersentak.

"Banyak sangat perkara baru yang Aisyah kena belajar.

Kak Ida tanya balik, "Apa yang Aisyah pandai buat? Buat dulu"


-Pause-

Ingat tak masa kita jawab soalan peperiksaan yang masanya sangat terhad, cikgu akan pesan begini...

"Jawab dulu soalan yang kita tahu kita boleh jawab, yang tidak tahu tinggalkan dulu. Nanti kita patah balik kepada soalan yang susah"

Betul?

Kenapa kita tidak boleh apply dalam bisnes kita?

Setiap hari dalam group kita ada coaching, semuanya tentang ilmu baru.

Tidak kisahlah sama ada ilmu pemasaran...

Pengurusan masa...

Pengurusan stok....

Close sale....

Setiap masa adalah waktu kita belajar. Rebut peluang untuk belajar lebih-lebih ilmu percuma.

Kali ini sebagai contoh adalah tentang pemasaran.

Ilmu pemasaran adalah sangat luas ya R.A.N.I.A

Dari yang zero marketing sehingga kepada kos pemasaran yang berbayar.

Pilih dimana kita?

Ada jalan A, B, C sehingga A1.... A100.

... dan

Tidak semua teknik pemasaran sesuai dengan kita.

Tidak sesuai tidak bermaksud kita langsung tidak mencuba.

Ada perbezaan maksud disitu.

Bila kita sudah belajar, kita buat dan kita apply dahulu APA YANG KITA TAHU.

Seperti penulisan Kak Ida sebelum ini, add dahulu circle sahabat yang positif sehingga penuh.

Ini mudah bukan?

Jadi kenapa tidak buat yang mudah dulu?

Kita masih bertangguh dari bertindak?

Kemudian, di pertengahan jalan kita boleh menambah baik selari dengan konsep dan branding bisnes, kita boleh tukar mengikut acuan bisnes kita sendiri.

Itu bezanya orang yang berjaya dan tidak berjaya.

Mereka kekal konsisten dan istiqamah dengan membuat apa yang kita sudah belajar dan apa yang kita tahu.

Setuju kan?

Jangan terus berkata "saya tidak tahu"...

Itu namanya kita sudah mati sebelum ajal sampai.

Perkongsian ilmu suri Qaseh
Ida Kamilia Mudzakir

Jiwa kering seorang R.A.N.I.A

Assalammualaikum R.A.N.I.A

Alhamdulillah, Allah bagi kelapangan masa dan idea pada Kak Ida untuk menulis.


Adakah hati kering?

Kalau Kak Ida ikut definisi 'google', hati kering ini bermaksud tiada perasaan dan kejam.

Tetapi, kali ini Kak Ida hendak menyentuh hati kering seorang RANIA QASEH.

Ketika Kak Ida bermula berniaga dulu, pemikiran Kak Ida ingat sangat mudah tentang berniaga.

Modal, dapat barang dan jual.

Apa susah, Kak Ida SANGAT YAKIN akan ada yang beli produk yang Kak Ida jual. Tiga botol Qaseh sahaja kan? Bukan susah. Hihi

Lagipun, kita juga ada circle networking kita sendiri (kononnya).

Kak Ida selalu berfikir akan dapat sokongan keluarga, saudara-mara, kawan baik sehingga ke syurga untuk membeli produk dengan Kak Ida.

Rupa-rupanya Kak Ida silap.

Tidak semua circle networking kita akan menyokong kita berniaga.

Dari sehari ke sehari Kak Ida naikkan iklan (hardselling) di facebook tetapi tiada juga sales. Sebotol Qaseh pun tidak dapat dijual.

Untuk permulaan, Kak Ida akui Kak Ida mula rasa down. Tengok orang lain mudah sahaja menjual. Kenapa kita susah?

Kenapa?

Ya R.A.N.I.A

Dalam proses ini banyak sangat Kak Ida belajar tentang proses menjual.

Pentingnya kita berada di dalam circle yang positif.

Hati kering disini, sila bawa diri kita keluar dari zon circle sahabat yang sedia ada.

Bukan bermaksud circle yang sedia ada tidak menyokong, tetapi produk yang Kak Ida tawarkan mungkin tidak memenuhi keperluan mereka.

Jadi kenapa perlu kita tunggu?

Buat permulaan, penuhkan rakan facebook kita dengan sahabat baru semaksimum yang mungkin.

Bukan dari sahabat yang kita kenal.

Binalah networking baru yang mempunyai minat yang sama.

Jiwa yang sama.

Kemudian, tulislah perkara yang bermanfaat. Kongsikan ilmu dengan kepakaran yang kita ada.

Bukan tepek testimoni semata-mata.

Bukan tepek iklan semata-mata.

Silap.

Silap.

Jangan ikut kesilapan yang pernah Kak Ida buat.

Insya Allah, mulakan langkah pertama kita dengan mengubah circle networking kita yang akan membuatkan hidup kita sentiasa positif.

Yang tidak positif, sila unfriend. Tidak berkawan di facebook bukan bermaksud kita tidak berkawan diluar.

Positif akan membuatkan rezeki kita mudah dijemput.

Semoga penulisan kali ini bermanfaat.

Jangan lupa tinggalkan nota jejak jika sudah membaca ya. Nota positif untuk memberi semangat untuk terus Kak Ida menulis.

Salam perkongsian suri Qaseh,
Ida Kamilia Mudzakir
ByKamilia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...