Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Nov 22, 2016

Apa yang perlu saya buat?

Ketika memandang anak syurga Kak Ida membuat latih tubi untuk darjah 2 (walaupun sepatutnya tahun depan baru Aisyah masuk darjah 2),

Kak Ida nak Aisyah melangkah setapak ke depan. Memahami asas sebelum melangkah ke darjah 2.

Bila ada beberapa soalan yang membuatkan Aisyah terkial-kial hendak menjawab jika soalan itu agak sukar... membuatkan Kak Ida tersentak.

"Banyak sangat perkara baru yang Aisyah kena belajar.

Kak Ida tanya balik, "Apa yang Aisyah pandai buat? Buat dulu"


-Pause-

Ingat tak masa kita jawab soalan peperiksaan yang masanya sangat terhad, cikgu akan pesan begini...

"Jawab dulu soalan yang kita tahu kita boleh jawab, yang tidak tahu tinggalkan dulu. Nanti kita patah balik kepada soalan yang susah"

Betul?

Kenapa kita tidak boleh apply dalam bisnes kita?

Setiap hari dalam group kita ada coaching, semuanya tentang ilmu baru.

Tidak kisahlah sama ada ilmu pemasaran...

Pengurusan masa...

Pengurusan stok....

Close sale....

Setiap masa adalah waktu kita belajar. Rebut peluang untuk belajar lebih-lebih ilmu percuma.

Kali ini sebagai contoh adalah tentang pemasaran.

Ilmu pemasaran adalah sangat luas ya R.A.N.I.A

Dari yang zero marketing sehingga kepada kos pemasaran yang berbayar.

Pilih dimana kita?

Ada jalan A, B, C sehingga A1.... A100.

... dan

Tidak semua teknik pemasaran sesuai dengan kita.

Tidak sesuai tidak bermaksud kita langsung tidak mencuba.

Ada perbezaan maksud disitu.

Bila kita sudah belajar, kita buat dan kita apply dahulu APA YANG KITA TAHU.

Seperti penulisan Kak Ida sebelum ini, add dahulu circle sahabat yang positif sehingga penuh.

Ini mudah bukan?

Jadi kenapa tidak buat yang mudah dulu?

Kita masih bertangguh dari bertindak?

Kemudian, di pertengahan jalan kita boleh menambah baik selari dengan konsep dan branding bisnes, kita boleh tukar mengikut acuan bisnes kita sendiri.

Itu bezanya orang yang berjaya dan tidak berjaya.

Mereka kekal konsisten dan istiqamah dengan membuat apa yang kita sudah belajar dan apa yang kita tahu.

Setuju kan?

Jangan terus berkata "saya tidak tahu"...

Itu namanya kita sudah mati sebelum ajal sampai.

Perkongsian ilmu suri Qaseh
Ida Kamilia Mudzakir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...