Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Apr 13, 2010

Aktiviti untuk Toddler

Disenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh toddler kerika di rumah.



Aktiviti-aktiviti Untuk Toddler Anda

  1. 1. Anak-anak pada usia toddler gemar memasukkan barangan ke dalam sesuatu, dan kemudiannya mengeluarkannya semula.
  2. Potongkan lubang di tengah-tengah penutup bekas plastik margerin. Pastikan tiada tepi yang tajam yang boleh melukakan. Gunakan untuk membolehkan toddler memasukkan pengepit baju, penggulung benang dan barangan lain yang selamat untuk mereka bermain.
  3. Buatkan playdough. Campurkan 3 cawan tepung gandum, 1 cawan garam, 3 sudu besar minyak dan 1 cawan air. Campurkan pewarna makanan supaya lebih menarik. Biarkan toddler anda gunakan penutup balang, kayu aiskrim atau penyepit baju untuk memotong dan membentuk doh tersebut.
  4. Kanak-kanak gemar bermain dengan air. Penuhkan satu timba dengan air. Berikan mereka sabun, cawan pengukur, botol plastik dan span untuk bermain di dalam air. Letakkan tuala di atas lantai supaya tidak licin. (Tetapi ibubapa perlu sentiasa awasi ketika kanak-kanak bermain dengan air).
  5. Toddler suka bermain dengan sesuatu yang berlendir. Campurkan tepung jagung dan air. Biarkan kanak-kanak bermain dengan campuran tersebut di dalam baldi atau mangkuk besar dengan cawan atau sudu besar.
  6. Jika anda ada kotak-kotak kadbod besar seperti kotak peti ais, potongkan pintu dan tingkap untuk membuat rumah mainan mereka. Mereka boleh melukis dan mewarna pada dinding rumah tersebut dengan crayon atau warna air menggunakan berus besar atau span.
  7. Toddler amat suka melukis dengan crayon yang besar. Berikan mereka kertas yang besar untuk mereka melukis sendiri.
  8. Mereka suka bermain ‘rumah-rumah’ atau pondok-pondok dengan anak-anak patung serta melakukan lakonan mengurus rumah dengan sudu, pinggan dan cawan mainan.
  9. Kebanyakan toddler baru belajar berjalan dan berlari. Banyakkan aktiviti berjalan bersama-sama, tetapi pastikan anda memegang sebelah tangan mereka.
  10. Biarkan toddler mengoyak kertas pembalut lama. Kemudian ajar mereka untuk gam semula untuk membentuk kolaj.
  11. Toddler sudah boleh menggunakan buaian dan gelungsur yang rendah dan selamat. Pastikan mereka sentiasa diawasi.
  12. Aktiviti finger-painting juga amat digemari dan membantu. Belikan cairan finger-painting untuk mereka. Atau buat sendiri dengan mencampur shaving cream dengan pewarna makanan.

Perkembangan 1-2 tahun



"Toddler" - 1 tahun dan 2 tahun
Apabila kanak-kanak mula belajar berjalan mereka dipanggil “Toddler”. Selalunya perkataan ini digunakan untuk kanak-kanak berumur 1 - 2 tahun. Fasa “toddler”adalah paling penting di dalam kehidupan kanak-kanak. Pada waktu perantaraan antara dunia bayi dan kanak-kanak inilah mereka belajar dan membesar dengan banyak cara. Segala yang berlaku kepada mereka amat bermakna. Setiap peringkat dan kemahiran yang dikuasai anak-anak ini adalah permulaan kepada satu aras yang baru.

Pembesaran ini berlainan untuk setiap anak-anak. Setiap mereka ada jadual perkembangan tersendiri. Pada masa ini kebanyakan mereka belajar berjalan, bercakap, menyelesai masalah, berhubung dengan orang lain, dan banyak lagi. Satu tugas mereka yang penting adalah untuk belajar berdikari. Sebab itulah mereka selalu mahu melakukan sesuatu dengan sendiri, mempunyai idea sendiri mengenai bagaimana sesuatu perkara mesti berlaku dan mengatakan “tidak” banyak kali dalam sehari. Peringkat ini dikenali dengan banyaknya perkembangan dari segi tumbesaran dan perubahan variasi perasaan yang kadang-kadang kelihatan negatif. Mereka sangat kuat semangat tetapi terbatas dari segi kemahiran. Sebab itulah pada usia begini mereka selalu memaparkan kekecewaan dan perangai meragam.

Kanak-kanak pada umur ini penuh dengan tenaga dan idea untuk meninjau persekitaran mereka. Anda hendaklah memastikan mereka boleh meninjau persekitaran yang selamat. Mereka mahu menjadi bebas, walaupun masih memerlukan anda dalam keadaan yang lain. “Toddler” sangat mengambil berat terhadap kehendak dan idea mereka sendiri. Sebab itulah kita jangan mengharap mereka akan berkongsi. Mereka kadang-kadang menjadi kecewa kerana tiada kemahiran bertutur untuk menyatakan kehendak mereka. Selalunya mereka juga menghadapi kesukaran memisahkan diri dari ibubapa. Kebiasaanya antara umur 2 ½ hingga 3 tahun, kanak-kanak ini mula berminat untuk dilatih berdikari ke tandas. Apabila melepasi umur 3 tahun mereka sudah boleh mula belajar secara tersusun.

UMUR SETAHUN
Perkembangan Fizikal – Mereka mungkin kurang makan tetapi lebih kerap. Mereka mula lebih pandai makan sendiri walaupun selalu tertumpah atau comot. Kadar tumbesan mereka akan lebih perlahan berbanding semasa bayi. Kebanyakan akan boleh berjalan tanpa bantuan ketika berumur setahun 2 bulan. Kebanyakannya boleh berjalan ke belakang dan menaiki anak tangga ketika mencecah setahun 10 bulan. Mereka boleh minum dari cawan dengan sedikit bantuan. Mereka juga boleh menconteng dan menyusun blok.

Perkembangan Sosio-Emosi – Mengamuk dan meragam adalah kebiasaan. Mereka susah untuk berkongsi mainan dan amat mengawal barangan mereka. Mereka mahu melakukan sesuatu sendiri, tanpa bantuan. Mereka tidak ingat larangan. Perasaan mereka berubah dengan pantas. Perasaan mereka selalunya sangat kuat tetapi tidak berpanjangan. Mereka suka bermain sendirian atau di sebelah kanak-kanak lain. Mereka menganggap diri mereka sebagai tumpuan semua orang. Mereka mungkin sentiasa mahukan ibubapa. Mereka juga mula memaparkan perasaan baru seperti cemburu, sayang, bangga dan malu.

Perkembangan Kepintaran – “Toddler” akan menamakan objek atau orang yang mereka biasa. Kadar perhatian mereka amat pendek. Mereka juga sentiasa curiga. Mereka selalu menggunakan perkataan “tak”. Mereka menunjuk kepada objek yang mereka mahu. Mereka boleh menyebut nama anggota badan dan gambar-gambar yang sudah biasa. Mereka meniru bunyi binatang. Mereka boleh memegang pensil dan menconteng. Mereka menggabung dua perkataan untuk membuat satu ayat asas. Mereka menggunakan objek mengikut keperluan mereka. Mereka juga mula memasukkan orang kedua di dalam permainan atau lakonan olok-olok mereka.

UMUR 2 TAHUN
Perkembangan Fizikal
– Mereka boleh berjengket. Mereka mengikut bola dan menendang ke depan. Mereka berjalan, berlari, memanjat, naik dan turun tangga sendirian dan mengorek. Mereka boleh melompat dengan dua kaki. Mereka tidak selesa dengan lampin basah atau kotor. Mereka memisahkan sesuatu objek dan memasang semula. Mereka suka mengetat dan melonggarkan penutup balang atau botol. Mereka juga selalunya amat aktif berbanding peringkat lain di dalam umur mereka.

Perkembangan Sosio-Emosi – Mereka selalu mempertahan keputusan mereka dengan berkata “tak”. Mereka suka meniru kelakuan orang dewasa. Mereka mahu menolong kerja-kerja rumah. Mereka mula bermain permainan mudah dan lakonan olok-olok. Lakonan mereka selalunya pendek dan mudah. Ia selalunya tidak melibatkan orang lain. Kadang-kadang mereka sengaja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang diarah. Selalunya mereka mementingkan diri sendiri dan masih susah untuk berkongsi. Mereka suka bermain berdekatan dengan kanak-kanak lain, walaupun tidak bermain bersama mereka. Mereka tidak menolak untuk membantu. Mereka amat mudah kecewa. Mereka juga masih perlu berasa selamat.

Perkembangan Kepintaran – Mereka menyatakan perasaan dan kehendak. Mereka boleh mengikut arahan-arahan ringkas. Tetapi mereka masih mempunyai jangkamasa penumpuan yang singkat. Mereka menggunakan 3 atau lebih perkataan yang digabung untuk membina satu ayat. Mereka boleh menyambung lagu-lagu mudah. Mereka mempunyai kesukaran membuat pilihan, tetapi mereka tetap mahu membuat pilihan sendiri. Mereka juga mula berfikir tentang sesuatu sebelum melakukannya.

Kredit to: Orange biz :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...