Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Aug 31, 2016

Archiever's Award

Alhamdulillah,

Tahniah tim yang mendapat Archiever's Award untuk bulan Ogos.







Syukur saya kalungkan atas usaha yang mereka buat pada bulan ini.

Kak Ida doakan mereka terus memecut untuk mengenggam untuk bulan September.

Amin!

Aug 29, 2016

Kelebihan Page

Assalammualaikum.

Ada RANIA yang tuntut bila Kak Ida nak share apa kelebihan Page di facebook walaupun macam page kita itu "hidup segan, mati tidak mahu" itu kan?

Alhamdulillah, ada juga yang sudi membaca blog Kak Ida.

Ok, ok,

Siapa setuju Facebook mempunyai pengguna yang terbanyak?

Menurut laporan,

Seramai 1,721,553,925 pengguna facebook satu dunia.

Berbanding Instagram, twitter, tumblr.

See?

Mulalah Kak Ida nak guna NLP yang Sifu Nasiron ajar. Bayangkan 5% dari pengguna facebook membeli Qaseh dengan Kak Ida...

Bayangkan.... Fuh!

Amin!

Amin!

Baik, baik.

Terus ke tajuk.

Apa kelebihan Page di facebook.

1. Jumlah sahabat yang tidak terbatas.

Sedia maklum, di wall personal had limit sahabat hanya terhad kepada 5,000 orang sahaja. Tetapi yang dapat baca news feed kita hanya 5% sahaja. Sedih bukan?

Jika di page, TIADA had limit sahabat yang boleh LIKE page kita. Lagi ramai like/audien/peminat, lagi bagus untuk memudahkan bisnes kita cepat berkembang.

2. Lebih kelihatan profesional.

Sudah namanya Konsultan Qaseh, mestilah profesional kan? Betul?

Orang akan nampak bisnes dan kehidupan peribadi tidak bercampur-aduk.

3. Iklan yang bersesuaian dengan target.

Jika kita berkemampuan untuk membuat FB Ads, kita akan lebih mudah untuk fillter target untuk mempromosikan bisnes kita.

Contohnya target umur, jantina, negeri, negara.

Jadi, iklan kita akan lebih efektif.

4. Mudah untuk mengemaskini pelbagai informasi

Antara informasi-informasi tambahan yang boleh diupdate adalah tawaran semasa, event yang dibuat, web yang digunakan dan sebagainya.

5. Check-in.

Mohon untuk pelanggan yang datang ke kedai untuk check-in bisnes kita. Contoh, RANIA check-in di ByKamilia.

Secara tidak langsung, fungsi check-in dapat membantu bisnes kita dikenali dengan lebih ramai orang lagi.

Kadang-kadang, terasa ralat juga.

Boleh check-in di JUSCO, tetapi RANIA  kedekut nak check-in rumah PP atau PPW kita. Ringan-ringankan jari untuk bisnes berjemaah.

Boleh?

6. Muncul di Enjin Carian

Sejujurnya, Page akan mudah muncul di enjin carian google berbanding wall personal.

Tidak percaya?

Cuba buat! Hihi

7. Boleh 'pin to top' status

Konten yang penting, kita boleh "Pin To Top" di bahagian atas.

Kak Ida kongsikan, Kak Ida masukkan
Konsultan Qaseh: (Tentunya Kak Ida)
Web:
Page:
Blog:
Email:
Alamat kedai:
Masa operasi:

Dan yang mana-mana dikatakan maklumat penting untuk bisnes kita.

Mudah bukan?

8. Review

Minta RANIA dan pelanggan untuk memberikan review dan rating pada Page kita.

Rating dimulakan dari "Poor" sehingga ke "Excellent".

Jumlah ranting akan tertera pada page bisnes kita.

Semakin banyak rating, semakin tinggi kepercayaan orang pada bisnes kita.

9. Dapat memberikan komen sebagai personal.

10. Mudah memantau perkembangan bisnes anda.

Facebook Page mempunyai insight di Admin Panel untuk memantau perkembangan bisnes kita.

Antaranya mengenai jumlah dan grafik pencapaian view, komen dan share yang dibuat terhadap konten-konten yang telah kita kongsi.

Buat masa ini, Kak Ida kongsikan dulu serba-sedikit kelebihan Page.

Insya Allah, akan ada sambungan lagi di masa akan datang.

Jangan lupa nantikan post-post terbaru Kak Ida.

Klik share dan following.


Aug 28, 2016

Apa yang perlu ada dalam Page

Assalammualaikum,

Banyak pula idea nak berceloteh petang ini.

Harap-harap tidaklah jemu untuk membaca post-post Kak Ida. Hihihi

Baik,

Hari ini Kak Ida hendak berkongsi tentang PAGE di facebook.

Semua kena faham, wall peribadi di facebook adalah untuk mengeratkan silaturrahim, mencari sahabat baru, berkongsi aktiviti personal, anak-anak, berkongsi "perasaan"... mungkin?

Tetapi, ramai yang mengabaikan satu lagi tools yang disediakan oleh Facebook iaitu PAGE.

Sedangkan salah satu teknik pemasaran yang free marketing adalah menggunakan Page. (Jika tidak menggunakan FB Ads).

Jadi, mengapa kita sebagai RANIA tidak menggunakan sepenuhnya free marketing disitu?

Malas?

Tiada masa?

Tidak ada idea?

Tidak tahu?

Blurr?

Suka Kak Ida sarankan pada semua RANIA Qaseh supaya buatlah satu page khas tentang Qaseh.

Make up page itu cantik-cantik. Letak header, gambar secun yang cantik dan menarik.

Masukkan No SSM, web (jika ada), blog, produk, tentang produk, email, alamat kedai (walaupun berniaga di rumah), no telefon dan pelbagai info lagi yang perlu ada pada Page.

"Ala... Kak Ida, saya tiada idea hendak tulis apa..."

Dikebanyakan masa, alasan ini yang selalu Kak Ida terpaksa hadam dan telan.

Baik, kali ini Kak Ida kongsikan apa yang boleh ditulis di Page.

Antaranya:
  1. Aktiviti restok.
  2. Aktiviti COD
  3. Balut dan bungkus Qaseh.
  4. Cerita tentang penyakit dan kaitkan dengan ramuan Qaseh.
  5. Kandungan atau ramuan Qaseh.
  6. Kata-kata motivasi
  7. Petikan hadis atau ayat Al Quran tentang ramuan Qaseh.
  8. Pelanggan datang ke kedai.
  9. Kita menghadiri kelas.
  10. Info-info semasa.
  11. Info-info kesihatan.
  12. Harapan bisnes kita.
  13. Tips kecantikan.
.... dan macam-macam lagi. Banyak sebenarnya!


Pada page, kita boleh asah skill untuk buat ayat seperti storytelling, copywriting, content writing.

Berbeza di wall personal, kita tidak digalakkan untuk membuat hard selling. Orang akan unfriend, unfollow dan silap gaya kena block pula.

Memburukkan lagi keadaan kalau Facebook terus "padam" akaun kita kerana menerima banyak sangat laporan dari orang yang tidak suka dengan iklan-iklan kita.

Nampak perbezaan disitu?

Orang tak LIKE pun status kita di Page Kak Ida.

Ya, memang betul ada kalanya status di Page tidak like. Tipikal rakyat kita memang tidak akan "suka-suka" meringankan jari untuk like status yang hard selling.

Tetapi,

Tidak Like tidak semestinya tidak membaca. Betul?

Teruskan sahaja beriklan dipage. Sekali-sekala sharelah status kita dari Page ke wall personal.

Manfaatkan page kita kepada perkara yang berfaedah.

Tiada masa?

Sila setting masa. Gunakan nisbah 9:1! Hihi

Jangan juga mudah putus asa. Anggap sahaja Page di facebook seperti billboard yang dipacak di tepi jalan raya.

Walaupun orang kata kita tidak baca, mata tetap menjeling!

Biar hujan, biar berpanas...

Iklan billboard tetap teguh berdiri!

Semoga perkongsian Kak Ida memberi manfaat pada semua RANIA.

Post seterusnya Kak Ida akan tunjukkan apa sebenarnya kepentingan page pada bisnes kita.

Klik share dan jangan lupa following blog Kak Ida ya.

Catatan suri Qaseh
7.47 pm

Seriuskah kita?

Sebelum membaca blog Kak Ida ke perenggan seterusnya, 


Kak Ida hendak bertanya dulu...

Kenapa kita hendak berniaga?

Adakah suka-suka?

Adakah sebab terikut-ikut kawan meja sebelah berniaga?

Adakah sebab kerana duit?

Adakah kerana kita hendak kaya dengan berniaga?

Renungkan balik...

Apa niat kita hendak berniaga.

Ketika Kak Ida menghadiri kelas Pemasaran Buat Duit Dengan Qaseh, Cikgu Rosman berpesan supaya kita betulkan dahulu niat kita berniaga kerana Allah swt.

Selebihnya itulah tujuan kita berniaga.

Paling penting. Bukan semata-mata kerana duit.

Sebenarnya, mudah untuk kita mulakan perniagaan. Tidak perlu modal, mentaliti berniaga sudah ada. Itulah langkah pertama yang kita sudah mulakan.

Kita jual aiskrim Malaysia pun sudah boleh dikatakan "berniaga", tetapi adakah itu sudah mencukupi?

Alang-alang berniaga, biar sampai boleh diwariskan. Wariskan syarikat pada anak-anak. Bukan bila kita tiada, tiada apa yang ditinggalkan pada legasi kita.

Itulahlah penanda aras yang kita sebenarnya serius untuk berniaga.

Namun begitu, apa juga tindakan yang kita buat, mesti dengan ilmu.

Kak Ida tekankan sekali lagi...

Dengan ILMU.

Ramai Kak Ida tengok berniaga tetapi tidak berdaftar. Kenapa hal ini berlaku?

Berilah sejuta alasan, hanya anda sahaja yang tahu.

Namun, pada pendapat Kak Ida,

Langkah pertama yang kita perlu buat setelah mengambil keputusan untuk berniaga, daftarlah bisnes kita dengan SSM. Walaupun kita hanya berniaga dari rumah, kita boleh bermula dengan lesen Enterprise dahulu.

Prosesnya langsung tidak mengambil masa yang lama. Kos pendaftaran baru sahaja RM 70 dengan tempoh lesen selama setahun.

Ambil borang pendaftaran syarikat di kaunter pertanyaan. Isi borang. Bawa sekali salinan Kad Pengenalan.

Pilih nama syarikat yang boleh memberi jangka masa lama.

Seperti Kak Ida, Kak Ida pilih nama syarikat ByKamilia.

Qaseh ByKamilia.

Kenapa mesti memilih nama yang memberikan jangka masa panjang?

Branding atau proses penjenamaan bukan sesuatu yang mudah untuk diperkenalkan. Mengambil jangka masa yang lama dan juga memerlukan kos pemasaran yang tinggi. Jadi, alang-alang kita buat marketing, kita perkenalkan juga nama syarikat kita.

Buat dua dalam satu. Betul?

Mana tahu di masa akan datang, kita hendak jual pin tudung pula,

Kita boleh letak Pin Tudung ByKamilia.

Ini contoh ya! Hihi

Kemudian, kita letakkan jenis perniagaan yang kita buat.

Kak ida tulis Kak Ida menjual produk kesihatan, menjual produk atas talian, servis dan lain-lain dan semuanya bergantung pada skop bisnes kita.

Apabila kita sudah membuat langkah pertama ini, percayalah kata Kak Ida, kita akan lebih bersemangat untuk memajukan bisnes kita di masa akan datang.

Kita akan rasa kita lebih bertanggungjawab kerana kita PEMILIK atau Founder kepada syarikat kita.

Setuju?

Insya Allah...

Post akan datang, Kak Ida kongsikan bagaimana cara untuk kita membuka akaun bank syarikat pula.

Jangan lepaskan post-post terbaru Kak Ida dalam blog ya.

Kita hendak menjadi Konsultan.

Dan semestinya, konsultan mestilah seorang yang profesional.

Bukan hangat-hangat tahi ayam...

Catatan Suri Qaseh
12.16 pm

Aug 27, 2016

Serum Gojes by Qaseh Gold

Apa itu serum gojes?


Diformulasikan secara selamat dan dirumuskan berasaskan air tapisan yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Tetapi yang penting
  • Tiada Paraben
  • Tiada Bahan Kimia
  • Bebas Alkohol
  • Bebas Steroid
Dirumus khas untuk membantu mengurangkan dan mencegah:
  • Masalah Kulit
  • Mengecilkan Pori-pori wajah
  • Menjadikan kulit lebih kelihatan sihat, lembab, lembut, halus dan anjal.
  • Menyerlahkan keremajaan kulit.
Antara kandungan serum gojes yang istimewa :
  • Water
  • Canadian Willow Herbs
  • Sym Calmine
  • Sym Relief
  • Allantoin
Klik DISINI untuk menempah Serum Gojes By Qaseh Gold.

Untuk kesan yang lebih hebat, boleh gandingkan dengan Gojes by Qaseh Gold.

Perkongsian Suri Qaseh,
019-6558504

Aug 25, 2016

Mencari peluang

Peluang datang bergolek-golek atau datang hanya sekali?

Kebanyakan yang kita dengar peluang hanya datang sekali. Betul?

Kali kedua peluang yang datang kita memang tergolong dalam kumpulan bernasib baik.


Alhamdulillah,

Peluang Kak Ida dengan Qaseh syukur sangat-sangat.

Dengan bisnes gaya santai walaupun dihambat dengan KPI, kelas ilmu, coaching online, offline, tetapi Kak Ida seronok menjalankan bisnes ini.

Menyebarkan dan mendidik sedari anak muda apa itu makanan sunnah dan ia juga satu jihad pada Kak Ida untuk melihat orang lain sihat dengan Qaseh.

Selain itu juga,

Melihat RANIA-RANIA Kak Ida yang bersungguh-sungguh berjihad untuk menCUKUPkan pendapatan suami dan keluarga.

Satu Kak Ida tengok, ibu-ibu yang duduk dalam jemaah Kak Ida mereka hanya mahu kehidupan yang lebih selesa walaupun ada antara mereka yang bekerja di peringkat profesional.

Mengapa memilih Qaseh?

Qaseh satu bisnes santai. Unlimited income!

Kerana apa, kita sendiri yang tentukan berapa pendapatan yang kita mahu.

Seperti mana Kak Ida, produk Qaseh memang mudah untuk dijual. Harganya yang mampu milik.

Untuk membeli suplemen lain, kadang-kadang mencecah ratusan ringgit berbanding Qaseh yang hanya RM 200++ tetapi satu keluarga dapat amalkan. Pakej lengkap untuk ibu, ayah dan anak.

Boleh bayangkan betapa murahnya Qaseh?

Cara makan pun mudah. Tidak perlu menguyah, tidak perlu mengigit... insya Allah.

Bagaimana Kak Ida menjadi Rakan Niaga?

Allah,

Modal yang rendah boleh terus menjadi Rakan Niaga.

Bisik-bisik dengan Kak Ida atau klik-klik no 019 655 8504 untuk kita mudah berbicara.

Insya Allah, dengan support group yang kuat dengan ilmu yang tidak habis-habis membuatkan kita akan rasa kita tidak keseorangan dalam jihad bisnes ini.

Anda yang sedang membaca blog Kak Ida atau masih lagi mencari-cari apa yang hendak dijual untuk mendapat pendapatan sampingan yang boleh membayar hutang dan komitmen bulanan anda, terus ambil telefon dan WA Kak Ida.

Kak Ida bantu...

Tindakan yang pertama sudah bermula!

Catatan Suri Qaseh,
6.33 pm

Pernah ke terfikir...

Pernah ke kita terfikir.

Membayar hutang dan komitmen bulanan kita dengan Qaseh.

Mesti tidak pernah kan?

Kak Ida pun dulu macam itu juga. Hihi

Yang Kak Ida bayangkan, seumur hidup Kak Ida, Kak Ida hidup dengan makan gaji. Bila bergelar YB (Yang Bersara), Kak Ida akan habiskan sisa-sisa hidup Kak Ida dengan hasil pencen.

Apa susah? Betul?

Rupa-rupanya kita silap, dulu bila kita belanjakan RM 100, penuh satu troli. Sekarang, belanja RM 100 suku troli pun payah kita hendak penuhkan dengan barang.

Alhamdulillah,

Sekarang Kak Ida sudah berfikir jauh ke depan. Bila kita bersahabat dengan sahabat yang positif, kita pun akan TERjangkit sama.

Baru Kak Ida tahu bila Kak Ida terjebak dengan Qaseh, siapa sangka rupa-rupanya kebanyakan hutang atau komitmen bulanan kita boleh dibayar dengan duit Qaseh.

Perkara pertama yang Kak Ida dapat buat adalah membayar hutang kereta kelisa lebih awal dari yang sepatutnya.

Fuh, dapat jimat duit interest bank lagi.

Syukur sangat-sangat. Bila mana satu hutang besar Kak Ida, selesai!

Apa lagi yang boleh dibuat dengan hasil Qaseh?

Sebahagian hasil Qaseh, Kak Ida buka satu akaun AHB.

Ala,

Amanah Hartanah Bumiputera. 

Blurr juga?

Ha... yang Cik Lopa gojes iklankan di TV. Sebut Lopa baru ingat. 


Jangan tidak tahu, dua kali dividen kita akan dapat dalam setahun. Best kan?

Hihi

Yang penting, AHB ini Islamik dan patuh syariah. Jadi, jangan risau!

Kemudian, apa lagi...

Sebahagian lagi Kak Ida tukarkan dalam bentuk emas dan sebahagian lagi Kak Ida buat tambahan modal di ByKamilia.


Mesti ada tambahan modal, untuk restok Qaseh banyak-banyak.

Tetapi,

Yang penting...

Yang penting...

Jangan lupa berapa juga hasil bonus dan insentif yang kita dapat dengan Qaseh, 2.5% hasil yang kita dapat... infaqkan pada mereka yang memerlukan.


Dengan sebotol Qaseh, kita dapat tambah nilai dalam bentuk kesihatan.

Tetapi, dengan hasil $$$ yang kita dapat dengan Qaseh, kita dapat tambah pula nilai pada kehidupan orang lain.

Best ke best?

Kak Ida doakan semoga kita menjadi RANIA jutawan muslim dalam Qaseh.

Amin!

Catatan Suri Qaseh,
11.56 pagi

Aug 21, 2016

Kursus Kepimpinan Stokis 2016

Keesokan hari,

Kak Ida berkesempatan menghadiri Kursus Seminar Kepimpinan Stokis di Ana Edar. Kursus ini untuk memberi tambah nilai supaya kami menjadi seorang stokis yang bukan sekadar mencari makan, tetapi juga mencari makna dalam satu kehidupan sebagai seorang Rakan Niaga.


Alhamdulillah, di sini, penuh dengan aura positif.

Majlis dimulakan dengan Pengenalan Baraqah Practice yang disampaikan oleh CEO Ana Edar, Tuan Luqman bin Othman.

Konsep T7i amat-amat ditekankan kepada kami iaitu Taqwa sebagai asas dan dilengkapi dengan ilmu, ibadah, ittiqan, istiqamah,

Bukan mudah mencari sebuah makna.


Kemudian, bersambung dengan slot yang disampaikan oleh Puan Hasniza.

Fuh, banyak cerita menarik yang beliau kongsi. Antaranya, wajah baru Rindu Qoqo, pertambahan rangkaian produk kecantikan Ana Edar, penjenamaan semula (rebranding) Qaseh Gold, halatuju perniagaan bermula Ogos sehingga tahun 2017. 

Teringin hendak tunjukkan wajah baru Rindu Qoqo, tetapi saya tidak dibenarkan mengambil gambar! Hihi.

Jadi, kita tunggu....


Kemudian, sesi diteruskan dengan perkongsian e-Wallet oleh Tuan Izzudin Hafiz. Satu anjakan paradigma baru yang dibuat untuk memudahkan HQ, RANIA dan Stokis dalam menikmati bonus dan insentif.

Restok sangat mudah dengan e-Wallet.


dan semestinya, bonus dan insentif yang kami terima terus masuk di dalam akaun bank!

Best ke best?

Mestilah best bukan, sebab duit yang masuk.

Menikmati hasil yang kita usahakan pada bulan lepas.

Kemudian, berhenti rehat, solat sebelum meneruskan dengan sesi bergambar.


Sesi petang, dimulakan oleh Cikgu Rosman.

Beliau berkongsi bagaimana cara membuat duit dengan Ana Edar.

Fuh, keuntungan RANIA dapat dengan menjual sebotol Qaseh mencecah 18.++%

Boleh bayangkan?

Siapa kata Qaseh tidak boleh dijual sedangkan HQ memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk membayar bonus dan insentif?

Kita sendiri yang tidak ada keMAHUan.

Dan sesi terakhir semestinya diakhiri oleh Sifu Nasiron.

Beliau menyentuh tentang Starvaganza dan juga CRM (Client Managment System).


Insya-Allah, semoga tahun 2017 memberi dimensi baru pada Ana Edar khususnya.

Penjenamaan semula diharapkan dapat memberi nafas baru dan impak serta meletakkan Qaseh di 'kelasnya' yang tersendiri khususnya.

Kami komited untuk mencari MAKNA. Bukan sekadar mencari makan.

dan bukan mudah untuk kami sebagai Rakan Niaga berjihad dalam memperjuangkan produk muslim apabila sering dipandang seperti 'menjual agama'.

Insya-Allah, istiqamah kami dipandang oleh Allah.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Majlis Makan Malam Eksklusif

Minggu yang padat bagi Kak Ida minggu ini.

Alhamdulillah,

Syukur Kak Ida dapat duduk dan menjadi sebahagian daripada jemaah Ana Edar.

Jumaat lepas, Kak Ida berkesempatan memenuhi jemputan Majlis Makan Malam Eksklusif di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Syukur Kak Ida ditemani oleh si dia malam tadi bersama pakej anak bongsu Kak Ida, Adilah.


Awal kami sampai, maklumlah, dikhuatiri terlewat kerana kesesakan lalulintas. Jadi, kami bertiga mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di Sunway yang terletak bersebelahan dengan hotel ini. Banyak juga duit habis di sini. Mujur ada bonus Qaseh. Hihihi


Kehadiran Kak Ida disambut oleh pegawai kanan Ana Edar, Tuan Izzuddin Hafiz.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan juga sedikit ucapan dari CEO Ana Edar, Tuan Luqman Othman. Beliau menekankan ukhuwah yang terjalin antara kami dalam memperjuangkan jihad bisnes.



Kemudian, acara diteruskan dengan makan malam.

Dan...

Sesi bergambar antara kami.






Ya Allah, jaga hubungan persahabatan perniagaan kami semoga kekal dan dirahmati oleh Allah swt.

Amin!

Terima kasih Ana Edar.

Syukur ada Qaseh,

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Aug 16, 2016

Terapi diri

Antara terapi diri Kak Ida adalah pergi ke salon.

Potong rambut

... atau cuci rambut sambil buat facial.

Selalunya, Kak Ida akan memilih untuk mencuci rambut.

Itupun, tengok masa kelapangan yang ada.

Macam sekarang, sambil blow Kak Ida cuba juga sempatkan diri untuk menjawab WA dan juga ambil order.

Kak Ida namakan ini ME TIME. Masa untuk Kak Ida bersendirian sebentar sebelum kekalutan dengan anak-anak.

Apa ME TIME pembaca blog Kak Ida?

Jom kongsi di ruangan komen...

Catatan pengembara
12.49 pm

Aug 15, 2016

Bermula dari diri

Saya tahu Qaseh MLM.


Tetapi saya terjun ke dunia MLM dengan zero knowledge tentang MLM.

Yang saya tahu, setiap hujung bulan, saya akan terima satu whatsapp dari upline,

"Kak Ida, cukupkan satu saham..."

ataupun,

"Kak Ida, lagi dua NM sahaja lagi nak cukupkan lagi satu saham..."

Ha? Satu saham?

... dan selalunya Kak Ida akan abaikan kata-kata tersebut.

Berdetik di hati,
"Aku dah berniaga pun dah cukup baik, ini nak paksa-paksa pula cukupkan satu saham!"

Hampir setengah tahun Kak Ida membazirkan masa dengan menjadi "budak sombong!"

Sehingga Kak Ida ternampak status Syim beliau menghadiri Malam Extravaganza.

Tidak silap Kak Ida, tema ketika itu merah dan hitam.

Eh?

"Kenapa aku tidak dapat?"

"Rasanya aku pun menjual juga?"

Di sinilah bermulanya titik pusing atau "turning point" Kak Ida.

Tahun 2015, Kak Ida mula belajar. Belajar dari bawah.

Apa itu MLM.

Apa itu konsep berjemaah.

Kak Ida PAKSA diri Kak Ida untuk belajar sesuatu yang baru.

Yang di luar bidang Kak Ida. Kiranya tidak terjangkau dek fikiran yang sekarang betul ke aku hendak berniaga? Yang memerlukan berganda-ganda kali usaha berbanding makan gaji.

Di sinilah Kak Ida akui "part" inilah ramai RANIA akan mengalah.

Ibarat berundur dari medan peperangan sedangkan perang belum bermula.

Bila mana RANIA menjual tanpa ilmu.

Bila mana RANIA membuat sesuatu dengan semberono atau membuta tuli.

Betul kan?

Kita membuat perkara di luar kebiasaan kita.

Selalunya hujung minggu kita sedang bergolek-golek dengan anak.

Selalunya hujung minggu kita sedang enak lagi di atas katil.

Tetapi, bila sudah berniaga kita terpaksa pula ke kelas ilmu.

Terpaksa pula itu...

Terpaksa pula ini...

Disinilah, betapa pentingnya kita duduk dengan orang yang positif.

Orang yang sentiasa "ada" dengan kita.

Dulu Kak Ida akan mudah tersentap, bila RANIA left group.

Sekarang, Kak Ida sudah menganggap perkara biasa. Mereka belum ingin bersama-sama dengan Kak Ida untuk mencapai kebebesan kewangan.

Untuk berjaya adalah dari dalam DIRI SENDIRI.

Bukan Kak Ida,

Bukan Sifu Nasiron...

Waima Ustaz Haslin!

Semuanya DIRI SENDIRI.

Anda yang mencorakkan kehidupan dan kewangan.

Anda hendak RM 3000 sebulan, tetapi usaha seperti RM 30?

Sedangkan dunia tidak berhutang apa-apa pun dengan kita.

Allah akan pandang setiap usaha kita. Setiap letih kita, setiap air mata kita, setiap apa yang kita kerjakan.

Alhamdulillah, Kak Ida bersyukur dipertemukan dengan Qaseh.

Catatan sang pengembara
8.23 am

Aug 12, 2016

Bila sudah terjebak...

Bagaimana saya terjebak dengan Qaseh

Sebenarnya, saya sudah bergiat aktif dalam facebook semenjak tahun 2010. Tetapi, apa yang sering saya naikkan status adalah status yang bagi saya tiada manfaat pada orang sekeliling. Bila saya baca status saya sekarang, memang boleh mengucap atau beristighfar panjang.

"Sudah makan?"

"Melayan drama xxx, benci betul dengan pelakon xxx"

Ada kalanya...

Ada ketika, terselit rasa menyesal mengapa saya tidak mulakan bisnes dari dulu lagi. Sedangkan, kawan saya yang sudah bermula dahulu sudah senang sekarang. Alhamdulillah.

Tetapi, saya berpegang pada prinsip... tiada istilah TERLEWAT dalam menentukan kejayaan hidup kita.

Sehingga saya terpandang satu status dari Puan Noor Hasyimah tentang Qaseh membuatkan saya terdetik hati ingin cuba berniaga.

Soalan yang sama...

Macam mana hendak menjual Qaseh?

Kenapa saya keluarkan soalan yang bagi orang lain beranggapan soalan 'bodoh'.

Sebab saya bukan latar belakang bisnes. Saya PERTAMA KALI hendak berniaga. Saya langsung 'buta'.

Tetapi rupa-rupanya saya tidak keseorangan, kerana SEMUA ORANG perlu mengalami proses yang sama. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Mesti bertatih dari bawah. 

Itu belum lagi, 

Saya malu.

Saya segan nak approach orang untuk membeli produk saya.

Saya tiada perbankan internet. Sanggup saya beratur panjang untuk masukkan duit menggunakan CDM.

Saya tidak tahu bagaimana hendak menentukan harga pos barang sehingga terlebih ambil duit pos.

Saya tidak tahu apa itu untung runcit.

Segala-galanya saya tidak tahu!

Iklan?

Saya bantai sahaja. Copy paste iklan orang, tukar no telefon. Hihi

Tiada kod 9:1

Tiada tiga kali sehari.

TIADA.

Semua membuat dengan membuta tuli.

Kawan yang unfriend di facebook pun ramai bila saya sudah mula berniaga. Dulu saya 'tersentap', sekarang saya boleh katakan saya sudah menjadi katak pekak! 

Melibatkan modal yang terhad serba-serbi, saya juga sama.

Hari ini orang order Junior, saya beli stok Junior.

Hari ini order Kopi Rindu, saya beli stok Kopi Rindu. Tiada pun stok dalam tangan kerana kengkangan duit yang cukup. 

Saya bermula dari bawah. Ikutkan hati, Allah kenapalah berniaga ini susah sangat. Lebih baik saya makan gaji, cukup 'haul' saya boleh terus mengadap dinding!

Tetapi, betul kata orang...

Bila mana kita bertahun-tahun hidup di zon selesa, kita SUKAR untuk membuang saka. Tetapi, apa yang menentukan kejayaan kita adalah BIG WHY kita yang menjadikan kita seperti hari ini. Kita sanggup kurangkan waktu tidur, kita sanggup beratur lama di CDM, kita sanggup tebalkan muka, kita sanggup segala-galanya.

Kalau bertahun-tahun berniaga, tetapi masih di takuk lama...

Segala soalan perlu anda tanya diri anda sendiri.

Anda hendak membaca kisah bagaimana saya terjebak dengan Qaseh?

Alhamdulillah, dalam masa tiga tahun saya sudah berQaseh, saya bersyukur dengan pencapaian yang saya ada. 

Jika anda seorang yang kental dan ingin menjadi sebahagian dari jemaah saya, boleh WA saya

>>> 019-6558504

Nantikan entry selanjutnya.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai

Aug 11, 2016

RANIA? Apa itu RANIA?

Apa itu RANIA??

Rania ialah kata singkatan daripada perkataan rakan niaga‬ atau pun usahawan QASEH GOLD.

RANIA juga bagi mereka yang benar-benar ingin mengubah dan berusaha dalam memajukan ekonomi diri keluarga seterusnya agama dalam memartabatkan makanan sunnah dan bersama dalam menjadikan jihad bisnes.

Ingin menjadi sebahagian daripada jemaah kami?

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Aug 8, 2016

Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2016 Peringkat Zon Selatan

Kepenatan Adilah,

Bila mana menemani saya menghadiri pelbagai program untuk Minggu Penyusuan Susu Ibu.

Bermula di Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2016 Peringkat Zon Selatan di Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Adda, Johor Bahru.

Tema tahun ini adalah Penyusuan Susu Ibu: Kunci kepada Pembangunan Lestari.

Majlis dimulakan dengan walkhaton bermula jam 8.00 pagi.

Antara acara yang dipertandingkan adalah:-

  1. Breastfeeding and babywearers walkathon
  2. Sepanduk paling kreatif
  3. Fotografi kategori ayah 

manakala untuk kanak-kanak adalah pertandingan warna yang bertempat di Genius Aulad yang terletak di atas Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Adda.

Terlebih dahulu, pengacara majlis menerangkan syarat-syarat pertandingan walkhaton dan sesi pemanasan badan dimulakan yang diketuai oleh Cikgu Azleen.

Kemudian, peserta berlepas selepas Dr Hairin Anisa meniup wisel.







Kemudian disusuli dengan Majlis Perasmian




Selain itu, saya turut membuka booth sepanjang program ini berlangsung.




Alhamdulillah, saya berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Sepanduk Paling Kreatif. Hadiah diambil oleh anak saya, Aisyah Insyirah.




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Catatan pengembara,
Ida Kamilia Mudzakir

IGE untuk kecemerlangan minda

Melaburlah untuk kecemerlangan minda anak anda!

I-GE ialah makanan minda untuk anak anda. Ia satu formula homeopathy yang membantu menambah oksigen ke otak, dan lepas itu menambah kesihatan saraf, menguatkan memori dan mencerdaskan minda!

Formulasi homeopathy yang selamat dan berkesan untuk meningkatkan kecerdasan minda dan menguatkan memori. I-GE mengandungi natrium fosfat dan magnesium fosfat untuk aktiviti neuron otak yang aktif. Ubahlah kebolehan minda anda dan keluarga anda sekarang!

Pembelian online: www.bykamilia.com

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Free gift untuk set penyusuan susu ibu

Alhamdulillah,


Free gift telah siap untuk setiap pembelian set penyusuan susu ibu yang kami tawarkan.

Boleh rujuk set penyusuan susu ibu disini.

Tema kali ini, Qaseh Gold, your breastfeeding friendly.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504




Aug 4, 2016

Tonik Ana Edar sesuai untuk rambut gugur

Ramai yang PM berminat untuk dapatkan Tonik Rambut Ana Edar rupanya.


Hendak tahu apa kelebihannya?

Tonik Rambut Ana dengan rumusan istimewa yang diperkaya dengan kebaikan minyak zaitun, menyingkap kembali rahsia khazanah alam ini. Selain daripada wangiannya yang harum, tonik rambut juga berkesan membantu menyejukkan kulit kepala, menghitamkan rambut, melebat dan mengelakkan keguguran rambut serta menghilangkan kegatalan kulit kepala.

Lihat testimoni tonik rambut.



Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...