Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Aug 29, 2016

Kelebihan Page

Assalammualaikum.

Ada RANIA yang tuntut bila Kak Ida nak share apa kelebihan Page di facebook walaupun macam page kita itu "hidup segan, mati tidak mahu" itu kan?

Alhamdulillah, ada juga yang sudi membaca blog Kak Ida.

Ok, ok,

Siapa setuju Facebook mempunyai pengguna yang terbanyak?

Menurut laporan,

Seramai 1,721,553,925 pengguna facebook satu dunia.

Berbanding Instagram, twitter, tumblr.

See?

Mulalah Kak Ida nak guna NLP yang Sifu Nasiron ajar. Bayangkan 5% dari pengguna facebook membeli Qaseh dengan Kak Ida...

Bayangkan.... Fuh!

Amin!

Amin!

Baik, baik.

Terus ke tajuk.

Apa kelebihan Page di facebook.

1. Jumlah sahabat yang tidak terbatas.

Sedia maklum, di wall personal had limit sahabat hanya terhad kepada 5,000 orang sahaja. Tetapi yang dapat baca news feed kita hanya 5% sahaja. Sedih bukan?

Jika di page, TIADA had limit sahabat yang boleh LIKE page kita. Lagi ramai like/audien/peminat, lagi bagus untuk memudahkan bisnes kita cepat berkembang.

2. Lebih kelihatan profesional.

Sudah namanya Konsultan Qaseh, mestilah profesional kan? Betul?

Orang akan nampak bisnes dan kehidupan peribadi tidak bercampur-aduk.

3. Iklan yang bersesuaian dengan target.

Jika kita berkemampuan untuk membuat FB Ads, kita akan lebih mudah untuk fillter target untuk mempromosikan bisnes kita.

Contohnya target umur, jantina, negeri, negara.

Jadi, iklan kita akan lebih efektif.

4. Mudah untuk mengemaskini pelbagai informasi

Antara informasi-informasi tambahan yang boleh diupdate adalah tawaran semasa, event yang dibuat, web yang digunakan dan sebagainya.

5. Check-in.

Mohon untuk pelanggan yang datang ke kedai untuk check-in bisnes kita. Contoh, RANIA check-in di ByKamilia.

Secara tidak langsung, fungsi check-in dapat membantu bisnes kita dikenali dengan lebih ramai orang lagi.

Kadang-kadang, terasa ralat juga.

Boleh check-in di JUSCO, tetapi RANIA  kedekut nak check-in rumah PP atau PPW kita. Ringan-ringankan jari untuk bisnes berjemaah.

Boleh?

6. Muncul di Enjin Carian

Sejujurnya, Page akan mudah muncul di enjin carian google berbanding wall personal.

Tidak percaya?

Cuba buat! Hihi

7. Boleh 'pin to top' status

Konten yang penting, kita boleh "Pin To Top" di bahagian atas.

Kak Ida kongsikan, Kak Ida masukkan
Konsultan Qaseh: (Tentunya Kak Ida)
Web:
Page:
Blog:
Email:
Alamat kedai:
Masa operasi:

Dan yang mana-mana dikatakan maklumat penting untuk bisnes kita.

Mudah bukan?

8. Review

Minta RANIA dan pelanggan untuk memberikan review dan rating pada Page kita.

Rating dimulakan dari "Poor" sehingga ke "Excellent".

Jumlah ranting akan tertera pada page bisnes kita.

Semakin banyak rating, semakin tinggi kepercayaan orang pada bisnes kita.

9. Dapat memberikan komen sebagai personal.

10. Mudah memantau perkembangan bisnes anda.

Facebook Page mempunyai insight di Admin Panel untuk memantau perkembangan bisnes kita.

Antaranya mengenai jumlah dan grafik pencapaian view, komen dan share yang dibuat terhadap konten-konten yang telah kita kongsi.

Buat masa ini, Kak Ida kongsikan dulu serba-sedikit kelebihan Page.

Insya Allah, akan ada sambungan lagi di masa akan datang.

Jangan lupa nantikan post-post terbaru Kak Ida.

Klik share dan following.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...