Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Aug 28, 2016

Seriuskah kita?

Sebelum membaca blog Kak Ida ke perenggan seterusnya, 


Kak Ida hendak bertanya dulu...

Kenapa kita hendak berniaga?

Adakah suka-suka?

Adakah sebab terikut-ikut kawan meja sebelah berniaga?

Adakah sebab kerana duit?

Adakah kerana kita hendak kaya dengan berniaga?

Renungkan balik...

Apa niat kita hendak berniaga.

Ketika Kak Ida menghadiri kelas Pemasaran Buat Duit Dengan Qaseh, Cikgu Rosman berpesan supaya kita betulkan dahulu niat kita berniaga kerana Allah swt.

Selebihnya itulah tujuan kita berniaga.

Paling penting. Bukan semata-mata kerana duit.

Sebenarnya, mudah untuk kita mulakan perniagaan. Tidak perlu modal, mentaliti berniaga sudah ada. Itulah langkah pertama yang kita sudah mulakan.

Kita jual aiskrim Malaysia pun sudah boleh dikatakan "berniaga", tetapi adakah itu sudah mencukupi?

Alang-alang berniaga, biar sampai boleh diwariskan. Wariskan syarikat pada anak-anak. Bukan bila kita tiada, tiada apa yang ditinggalkan pada legasi kita.

Itulahlah penanda aras yang kita sebenarnya serius untuk berniaga.

Namun begitu, apa juga tindakan yang kita buat, mesti dengan ilmu.

Kak Ida tekankan sekali lagi...

Dengan ILMU.

Ramai Kak Ida tengok berniaga tetapi tidak berdaftar. Kenapa hal ini berlaku?

Berilah sejuta alasan, hanya anda sahaja yang tahu.

Namun, pada pendapat Kak Ida,

Langkah pertama yang kita perlu buat setelah mengambil keputusan untuk berniaga, daftarlah bisnes kita dengan SSM. Walaupun kita hanya berniaga dari rumah, kita boleh bermula dengan lesen Enterprise dahulu.

Prosesnya langsung tidak mengambil masa yang lama. Kos pendaftaran baru sahaja RM 70 dengan tempoh lesen selama setahun.

Ambil borang pendaftaran syarikat di kaunter pertanyaan. Isi borang. Bawa sekali salinan Kad Pengenalan.

Pilih nama syarikat yang boleh memberi jangka masa lama.

Seperti Kak Ida, Kak Ida pilih nama syarikat ByKamilia.

Qaseh ByKamilia.

Kenapa mesti memilih nama yang memberikan jangka masa panjang?

Branding atau proses penjenamaan bukan sesuatu yang mudah untuk diperkenalkan. Mengambil jangka masa yang lama dan juga memerlukan kos pemasaran yang tinggi. Jadi, alang-alang kita buat marketing, kita perkenalkan juga nama syarikat kita.

Buat dua dalam satu. Betul?

Mana tahu di masa akan datang, kita hendak jual pin tudung pula,

Kita boleh letak Pin Tudung ByKamilia.

Ini contoh ya! Hihi

Kemudian, kita letakkan jenis perniagaan yang kita buat.

Kak ida tulis Kak Ida menjual produk kesihatan, menjual produk atas talian, servis dan lain-lain dan semuanya bergantung pada skop bisnes kita.

Apabila kita sudah membuat langkah pertama ini, percayalah kata Kak Ida, kita akan lebih bersemangat untuk memajukan bisnes kita di masa akan datang.

Kita akan rasa kita lebih bertanggungjawab kerana kita PEMILIK atau Founder kepada syarikat kita.

Setuju?

Insya Allah...

Post akan datang, Kak Ida kongsikan bagaimana cara untuk kita membuka akaun bank syarikat pula.

Jangan lepaskan post-post terbaru Kak Ida dalam blog ya.

Kita hendak menjadi Konsultan.

Dan semestinya, konsultan mestilah seorang yang profesional.

Bukan hangat-hangat tahi ayam...

Catatan Suri Qaseh
12.16 pm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...