Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Aug 28, 2016

Apa yang perlu ada dalam Page

Assalammualaikum,

Banyak pula idea nak berceloteh petang ini.

Harap-harap tidaklah jemu untuk membaca post-post Kak Ida. Hihihi

Baik,

Hari ini Kak Ida hendak berkongsi tentang PAGE di facebook.

Semua kena faham, wall peribadi di facebook adalah untuk mengeratkan silaturrahim, mencari sahabat baru, berkongsi aktiviti personal, anak-anak, berkongsi "perasaan"... mungkin?

Tetapi, ramai yang mengabaikan satu lagi tools yang disediakan oleh Facebook iaitu PAGE.

Sedangkan salah satu teknik pemasaran yang free marketing adalah menggunakan Page. (Jika tidak menggunakan FB Ads).

Jadi, mengapa kita sebagai RANIA tidak menggunakan sepenuhnya free marketing disitu?

Malas?

Tiada masa?

Tidak ada idea?

Tidak tahu?

Blurr?

Suka Kak Ida sarankan pada semua RANIA Qaseh supaya buatlah satu page khas tentang Qaseh.

Make up page itu cantik-cantik. Letak header, gambar secun yang cantik dan menarik.

Masukkan No SSM, web (jika ada), blog, produk, tentang produk, email, alamat kedai (walaupun berniaga di rumah), no telefon dan pelbagai info lagi yang perlu ada pada Page.

"Ala... Kak Ida, saya tiada idea hendak tulis apa..."

Dikebanyakan masa, alasan ini yang selalu Kak Ida terpaksa hadam dan telan.

Baik, kali ini Kak Ida kongsikan apa yang boleh ditulis di Page.

Antaranya:
  1. Aktiviti restok.
  2. Aktiviti COD
  3. Balut dan bungkus Qaseh.
  4. Cerita tentang penyakit dan kaitkan dengan ramuan Qaseh.
  5. Kandungan atau ramuan Qaseh.
  6. Kata-kata motivasi
  7. Petikan hadis atau ayat Al Quran tentang ramuan Qaseh.
  8. Pelanggan datang ke kedai.
  9. Kita menghadiri kelas.
  10. Info-info semasa.
  11. Info-info kesihatan.
  12. Harapan bisnes kita.
  13. Tips kecantikan.
.... dan macam-macam lagi. Banyak sebenarnya!


Pada page, kita boleh asah skill untuk buat ayat seperti storytelling, copywriting, content writing.

Berbeza di wall personal, kita tidak digalakkan untuk membuat hard selling. Orang akan unfriend, unfollow dan silap gaya kena block pula.

Memburukkan lagi keadaan kalau Facebook terus "padam" akaun kita kerana menerima banyak sangat laporan dari orang yang tidak suka dengan iklan-iklan kita.

Nampak perbezaan disitu?

Orang tak LIKE pun status kita di Page Kak Ida.

Ya, memang betul ada kalanya status di Page tidak like. Tipikal rakyat kita memang tidak akan "suka-suka" meringankan jari untuk like status yang hard selling.

Tetapi,

Tidak Like tidak semestinya tidak membaca. Betul?

Teruskan sahaja beriklan dipage. Sekali-sekala sharelah status kita dari Page ke wall personal.

Manfaatkan page kita kepada perkara yang berfaedah.

Tiada masa?

Sila setting masa. Gunakan nisbah 9:1! Hihi

Jangan juga mudah putus asa. Anggap sahaja Page di facebook seperti billboard yang dipacak di tepi jalan raya.

Walaupun orang kata kita tidak baca, mata tetap menjeling!

Biar hujan, biar berpanas...

Iklan billboard tetap teguh berdiri!

Semoga perkongsian Kak Ida memberi manfaat pada semua RANIA.

Post seterusnya Kak Ida akan tunjukkan apa sebenarnya kepentingan page pada bisnes kita.

Klik share dan jangan lupa following blog Kak Ida ya.

Catatan suri Qaseh
7.47 pm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...