Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Jan 6, 2017

Branding diri

Semalam, berkesempatan untuk membuat dua kerja dalam satu.

Satu coaching santai di group telegram QKN, dan satu lagi saya menjadi gelas kosong di Alumni Aura Insta.

Malam semalam ia menyentuh tentang topik branding. 


Kenapa branding penting bagi mereka yang berniaga?
Ini adalah untuk membina kepercayaan (trust) kepada kita sebagai peniaga.

Jika status like kita masih di bawah 50 sama ada di facebook, instagram atau melibatkan medium sosial yang lain, ada "sesuatu" disitu yang perlu disemak.

Bagaimana kita hendak membrandingkan diri kita dengan zero cost?
  1. Mesti menulis dengan ejaan yang penuh.
  2. Pilih gambar yang ingin dimuatnaik.
  3. Plih gambar apa hendak dikongsi.
  4. Siapa kawan baik kita. Kalau ada 10 orang, pastikan dalam dikalangan 10 orang sahabat baik ini akan sentiasa komen setiap aktiviti kita. Kalau sudah mempunyai 50 orang?
  5. Sebelum approve friend. Tengok dahulu siapa mutual friends orang tersebut. Unfriend sahabat yang tidak "membina".
  6. Sekali-sekala kongsi video yang bermanfaat.
  7. Kemaskini program yang sedang dihadiri.
  8. Kongsi juga manfaat yang kita dapat dari program tersebut. 
  9. Kongsikan juga aktiviti harian. Memasak, mengemas rumah dan lain-lain.
Paling penting, posting itu mestilah membina dan positif. Bukan luahan tidak berpuas hati, kata-kata makian, dan menarik aura yang negatif.

Pesan cikgu,

Orang hebat pasti mahu berurusan dengan kita jika status kita baik-baik dan positif.

Siapa yang setuju?

Komen 'I' di ruangan komen ya.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
0196558504

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...