Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Jan 21, 2017

10 perkara paling diminati

Cabaran 31 hari menulis.

Cabaran PERTAMA:

10 perkara yang paling Kak Ida minati.

1. Laksa penang.
Antara menu kegemaran Kak Ida adalah Laksa Penang. Laksa yang paling tidak dapat dilupakan adalah Laksa Pokok Asam Limau di Kuala Kangsar. Laksa yang ada telur dadar di atas laksanya. Ya Tuhan, sungguh sedap.


2. Membaca
Membaca novel genre romantis adalah kegemaran Kak Ida. Penulis kegemaran Kak Ida adalah Puan Siti Rosmizah yang terkenal dengan novel "Tujuh Hari Mencintaiku", Puan Norhayati Berahim dan lain-lain. Alhamdulillah, setakat ini koleksi penulis-penulis Kak Ida mesti wajib ada dalam simpanan.


Manakala majalah yang Kak Ida suka adalah PA&MA yang kaya dengan ilmu tentang keibubapaan.

3. Melancong
Dari zaman muda belia kegemaran Kak Ida adalah melancong. Buat masa ini Kak Ida banyak menghabiskan masa melancong di dalam Malaysia sahaja.

4. Menulis
Menulis bagi Kak Ida adalah terapi. Banyak sangat perkara yang boleh dikongsikan apabila menulis. Lebih-lebih lagi menulis dari hati. Ibarat jurnal satu kehidupan.

5. Coach
Iye, itu jenama beg yang paling Kak Ida minati. 


6. Facebook atau surfing internet
Dalam sehari, rasanya tidak sah kalau tiada status yang dinaikkan. Salah satu cara Kak Ida meredakan terapi.


7. Melepak
Antara tempat melepak Kak Ida terutama bersama si dia adalah di Olive Music Cafe. Sambil mendengar muzik live dari band jemputan, Kak Ida dan suami akan berbual-bual untuk berbincang atau pun komunikasi. Salah satu cara Kak Ida dalam mengeratkan perhubungan suami isteri. 

8. Makan
Pantang mendengar tempat makanan yang sedap adalah satu perkara yang tidak dapat Kak Ida lepaskan. Makanan yang sedap, MURAH , bersih dan layanan baik dari tuan kedai membuatkan Kak Ida tidak akan segan-segan untuk bantu promosi secara PERCUMA!

9. Kenangan bersama si dia dan keluarga
Kak Ida suka mengimbas kembali kenangan bersama si dia dengan menyimpan segala surat, email, pemberian hadiah (walaupun sudah rosak), untuk Kak Ida lebih menghargai yang Kak Ida sayang. Cukup berharga bagi Kak Ida.

10. Tidur.
Ya, bahagian ini adalah bahagian yang paling Kak Ida nantikan. Kak Ida akan cuba rehat dengan tidur yang lena.

Ok semua, perkongsian 10 perkara yang Kak Ida minati ini membuatkan Kak Ida rasa kehidupan ini indah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...