Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Apr 19, 2015

Tips usahawan

60 tips segera dan ringkas untuk usahawan. Baik jika dibaca sekali sehari bagi memastikan kita sentiasa 'sedar' akan kerjaya yang dilakukan, iaitu usahawan.

Tips ringkas ini semuanya dalam tiga perkataan sahaja bagi setiap tips. Walaupun ia tidak menerangkan secara lengkap, sekurang-kurangnya ia dapat dibaca dengan cepat dalam masa beberapa minit sahaja.
  1. Matlamat perlu jelas.
  2. Ada buat perancangan
  3. Berusaha dengan cekal.
  4. Baca buku selalu.
  5. Belajar tanpa henti
  6. Bertindak dengan cepat.
  7. Tidak mudah mengalah.
  8. Berani hadapi risiko.
  9. Fokus pada kekuatan.
  10. Sayangi diri sendiri.
  11. Sentiasa perbaiki diri.
  12. Gagal itu lumrah.
  13. Utamakan yang utama.
  14. Perlu jaga kesihatan.
  15. Ambil sarapan pagi.
  16. Tidur perlu cukup.
  17. Bangun awal pagi.
  18. Sentiasa bersangka baik/
  19. Elakkan membazir masa.
  20. Buat dengan betul.
  21. Tunaikan solat fardhu.
  22. Usaha perlu konsisten.
  23. Perlu ada prinsip.
  24. Latih disiplin diri.
  25. Pakaian yang kemas.
  26. Keinginan yang membara.
  27. Tidak menundakan kerja.
  28. Perlu ada mentor.
  29. Bantu usahawan lain.
  30. Urus aliran tunai.
  31. Jaga kebajikan pekerja.
  32. Doa adalah senjata.
  33. Tawakal kepada Allah s.w.t.
  34. Zikir adalah penawar.
  35. Pilih untuk berjaya.
  36. Bangkit dari gagal.
  37. Bersedekah dengan ikhlas.
  38. Tunaikan zakat perniagaan.
  39. Berani berkata TIDAK.
  40. Tenang menerima kritikan.
  41. Maafkan sesiapa sahaja.
  42. Hidup perlu diteruskan.
  43. Sertai kursus berkaitan.
  44. Elakkan daripada riba.
  45. Kenali potensi diri.
  46. Tambah kawan baru.
  47. Malu perlu bertempat.
  48. Fokus pada jualan.
  49. Belajar ilmu komunikasi.
  50. Menulis dengan baik.
  51. Tidak ulangi kesilapan.
  52. Baca kisah kejayaan.
  53. Pelbagaikan sumber pendapatan.
  54. Pantau perkembangan perniagaan.
  55. Ada simpanan kecemasan.
  56. Hargai para penyokong.
  57. Layan pelanggan sebaiknya.
  58. Rekodkan maklumat pelanggan.
  59. Promosi! Promosi! Promosi!
  60. Baik biar berpada!

Apr 6, 2015

Lovely Kid Expo 2015

Assalammualaikum,

Minggu ini pada 9-11 April 205, ada satu lagi program Lovely Kids Expo di Plaza Angsana.

Sudah masuk tahun ke-2, Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru, Johor bekerjasama dengan program ini. Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang dibuat antaranya Kaunseling Penyusuan secara percuma dan juga Bual Santai bersama Puan Noorul Syahadah binti Isam (Perunding Laktasi) bermula jam 10.30 pagi di Pentas Utama.

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu akan berada di Booth No: K6.



Jemput hadir beramai-ramai dan memeriahkan majlis ini ya. Kami tunggu! 

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Apr 4, 2015

Cara jimat, murah untuk awet muda

Kadangkala tidak semua produk moden itu sesuai dengan kita. Kadang-kala harganya mahal, mungkin juga ia boleh membawa kesan buruk pada kulit kita. Apa kata, mulai hari ini sempena GST, kita cuba mengamalkan konsep 'kembali kepada alam semulajadi'.


Hanya dengan barang-barang asli dan semulajadi, kita boleh membelai tubuh dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Bagi yang sudah berkahwin, suami pasti semakin sayang kerana sudahlah pandai bercantik-cantik, bahkan pandai juga berjimat-cermat!

Petua Masalah Rambut Gugur
Rendamlah kacang hijau semalaman. Setelah itu, tapis dan gunakan airnya untuk disapu ke seluruh kulit kepala. Picit dan urut perlahan-lahan sewaktu meratakan air ini ke kulit kepala. Amalkan sentiasa.

Petua Hilangkan Parut Wajah
Tumbuk sedikit kulit kayu manis (sedikit sahaja) sehingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan bedak sejuk. Usah terlalu pekat atau terlalu cair.

Sapukan bancuhan ini ke kulit wajah terutama pada bahagian yang berparut. Lakukan seberapa banyak yang anda mhu. Lama-kelamaan parut itu semakin memudar. Selain membantu mengurangkan parut, cara ini juga menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat.


Ana Edar ada mengeluarkan produk Eksotika Wajah yang diperbuat daripada kayu manis.

Petua Atasi Kulit Berkedut
Dapatkan sebatang lobak merah segar. Selepas dibersihkan, parut lobak merah ini dan campurkan dengan sesudu tepung jagung dengan sebiji kuning telur. Selepas bancuhan ini sekata, ratakan pada wajah. Jika rajin mengamalkan petua ini sekali sehari. Anda pasti teruja dengan hasilnya.

Petua Haluskan Kulit Wajah
Dapatkan sedikit asam jawa. Larutkan bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Setelah sebati, pupurkan bancuhan ini pada wajah. Biarkan kira-kira 15 minit atau sehingga kering. Kemudian, bilas dengan sempurna.

Petua Licinkan Kulit Muka
Petua ini sering dilakukan oleh wanita India dan khasiatnya sudah terbukti. Buka kabinet dapur dan ambil 1 cm kunyit hidup. Setelah dihancurkan, campurkan kunyit ini dengan setengah sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk. Sebatikan campuran ini dan sapukan ke seluruh wajah dengan rata. Biarkan ia kering dan lakukan setiap hari sebelum anda tidur.

Perkongsian tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...