Jan 17, 2014

Anak merasa disayangi

Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?

Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu.

Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:
  1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih. 
  2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya. 
  3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya. 
  4. Dengarkan kata-katanya. 
  5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya. 
  6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya.

Panduan membawa anak keluar

Panduan membawa anak keluar
Membawa anak keluar sama ada mengunjungi pusat beli-belah, bersantai atau ke rumah saudara-mara pastinya memberi pengalaman berharga terutama kepada ibu bapa yang baru saja memperoleh cahaya mata pertama.


Pada usia tiga bulan, si kecil sudah boleh dibawa keluar asalkan ibu bapa membuat persediaan rapi dengan menyediakan keperluan dan memastikan keselamatan mereka. Antara panduan yang boleh diikuti ibu bapa ialah:
  1. Jika perjalanan melalui udara, berikan susu atau makanan ketika kapal terbang berlepas dan mendarat untuk menghilangkan kesakitan di telinga. 
  2. Bawa krim ruam lampin, beg untuk lampin terpakai serta lampin yang mencukupi sepanjang perjalanan. 
  3. Jangan lupa bawa semua ubat-ubatan sebagai persediaan sekiranya anak selesema atau demam terutama sekiranya anda ingin bermalam di sesuatu tempat. 
  4. Bawa topi, losen serta krim pelindung matahari (dengan perlindungan SPF15 atau lebih untuk bayi anda. Bayi di bawah usia enam bulan harus mengelak daripada cahaya matahari terutama antara jam 11 pagi hingga 3 petang pada hari yang cerah dan panas. 
  5. Dapatkan tirai yang boleh ditanggalkan untuk tingkap kereta supaya dapat melindungi kulit dan mata bayi anda daripada sinaran matahari. 
  6. Jika perjalanan dengan kereta, bayi patut sentiasa duduk di dalam kerusi kereta bayi yang menghadap ke belakang, sebaik-baiknya ia terletak di tempat duduk belakang kereta. Jangan letakkan kerusi ke 
  7. Luangkan masa sebelum anda bertolak untuk memastikan kerusi kereta bayi dan tali pinggang keledar dipasang dengan betul pada kerusi kereta bayi. Pastikan alat penahan kerusi dipasang dengan ketat dan kukuh pada bayi anda. 
  8. Jika anda tidak menyusui bayi, bawa susu formula, botol susu, air panas serta makanan seperti roti atau biskut bagi memastikan anak tidak kelaparan ketika dalam perjalanan atau di tempat yang dituju. 
  9. Bawa selimut bayi supaya anda boleh berhenti di taman untuk membenarkan bayi anda meregangkan kakinya atau melelapkan mata sejenak. 
  10. Bawa sebuah beg yang berisi beberapa barang mainan kesukaan bayi anda bagi mengelak dia bosan ketika bersiar-siar. 
  11. Sediakan juga baju simpanan anda dan bayi bagi memastikan anda dapat menukar pakaian dengan selesa sekiranya bayi muntah dan mengotorkan baju anda. 
  12. Pakaikan pakaian bayi mengikut keadaan. Jika anda ingin ke pusat beli-belah, pastikan bayi anda memakai pakaian labuh menutup tangan dan kaki serta bawa selimut bersama. Jika anda keluar ke tempat yang panas, pastikan bayi anda memakai pakaian nipis bagi mengelak bayi anda tidak selesa dan meragam. 
  13. Paling penting jangan lupa alat pembawa bayi untuk bayi yang masih kecil supaya dia dapat tidur nyenyak dalam dakapan anda. Anda juga mudah membawanya berjalan-jalan tanpa risaukan dia terjaga daripada tidur.

Penjagaan punggung bayi

Penjagaan punggung bayi
  1. Bayi perempuan akan mengalami kebasahan di bahagian belakang ketika kencing. Cara yang paling baik ialah melipat lampin dalam bentuk segi empat supaya dapatkan lebih lapisan di belakang. 
  2. Bayi lelaki pula mengalami kebasahan di bahagian hadapan lampin. Oleh itu, lipatkan lampin dalam bentuk layang-layang supaya dapat lebih lapisan.
  3. Jika anda menggunakan kepala pin sentiasa dihalakan dari badan bayi. Pastikan anda menggunakan pin yang mempunyai penahan keselamatan di hadapan. 
  4. Kepala pin, letakkan tangan anda di antara lampin dengan badan bayi untuk melindungi kulit bayi daripada tercucuk. 

Mengelakkan anak kecacatan kekal

Salam ibu-ibu semua,

Seorang ibu boleh mengamalkan surah An-Nahlu Ayat 78 bagi ibu mengandung dan baca surah tersebut sambil tangan diletakkan ke perut.

Bagi anak yang demam ibu atau bapa juga boleh membacakan ayat ini sambil tangan diletakkkan didahi anak.

Sumber dari Tanyalah Ustaz di TV9.

Bengkel Austisme untuk Ibubapa dan Guru

Salam mommies,
Apakah itu Autisme?
Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Apakah itu ADHD?
Selalunya ibubapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak.

Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.
Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat.

Jadi, bagi ibu-ibu, pendidik dan masyarakat yang berkelapangan anda dijemput menghadiri satu seminar berkaitan autisme dan ADHD yang akan diadakan di Johor Bahru.


Tajuk : Bengkel Austisme untuk Ibubapa dan Guru
Tarikh : 28-29 Mac 2013
Masa: 8.00 pagi sehingga 6.00 petang
Penceramah : Dr Hasnah binti Toran
Tempat : Bilik Kuliah 1 & 2, Bangunan Ixora, Hospital Permai, Johor Darul Takzim
Bayaran : RM 200.00/individu

Tuan/Puan juga boleh menghubungi Puan Azwana binti Mohd Hasan ditalian 01122207780 untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran. Tempat adalah terhad.

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu! Insya-Allah.

Mengelakkan senggugut yang teruk

Salam mommies,

Alhamdulillah, terdapat beberapa saranan dari Dr. Zubaidi Ahmad, cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya:-

  1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.
  2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.
  3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5-2 liter dalam sehari.
  4. Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.
  5. Banyak kajian mendapati bahawa pengambilan ekstrak Kacip Fatimah 30mg beberapa hari sebelum kedatangan haid dapat mengurangkan senggugut yang teruk.
  6. Akhir sekali, boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol atau ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.


Boleh amalkan. Namun jika keadaan masih tidak berubah, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru, Johor

Assalammualaikum mommies,
Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Kursus Pengurusan
Pertubuhan Berkualiti Bil.4/2012 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di Negeri Johor (JPPMNJ) yang telah diadakan pada bulan 22 Disember 2013 yang lalu.
Kursus ini bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang bertempat di Auditorium, Aras 6, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Taman Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Terdapat pelbagai topik yang dikongsikan. Kursus ini dapat memberi pendedahan awal bagaimana prosedur dan perkara yang perlu dibuat untuk  mendaftarkan Kelab Penyusuan Susu Ibu Negeri Johor. Insya-Allah, dalam jangka masa terdekat, Kelab Susu Ibu Johor akan didaftarkan dalam jangka masa terdekat.
Langkah pertama yang harus saya buat adalah membentuk Perlembagaan Undang-Undang bagi Kelab ini. Alhamdulillah, ia sudah 90% disiapkan. 
Kemudian, ia akan didaftarkan selepas satu mesyuarat PC yang akan diadakan dalam jangka masa terdekat ini. Seterusnya dapat mengikut jejak langkah Kelab Penyusuan Susu Ibu Melaka.
Doakan saya kawan-kawan. Semoga penyusuan susuibu dapat dimartabatkan dan meninggikan peratusan penyusuan susuibu di Negeri Johor khususnya. Insya-Allah!
Doakan kami ya!

Jan 16, 2014

Cheese Baked Meatballs

Selalu geram bila saya TERtengok menu ini di Pizza Hut. Bukan apa, kalau diorder dan dikongsi bersama suami, confirm tak cukup! :p Setelah membelek-belek satu resepi dari seorang rakan baik, saya cuba dan HASILNYA tidak mengecewakan. Bezanya, kawan baik saya menggunakan ayam dan saya lebih suka menggunakan daging.
Petang itu juga selepas saya balik dari pejabat, saya nekad untuk ke JUSCO dan malam itu juga saya bersama si dia mencuba resepi ini. Alhamdulillah, inilah hasilnya! :D
Bahan-bahan
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah  (ditumbuk)
  • 1/2 biji bawang Jepun (dihiris)
  • 1/2 biji lada benggala (warna hijau)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • Satu paket kari (saya gunakan paket rempah kari Baba’s)
  • Serbuk cili halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daging meatballs
  • Cheese Parmesan (saya membeli yang sudah diparut)
Cara membuat rempah masala
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dengan minyak.
  2. Gaulkan rempah kari dan serbuk cili halus terlebih dahulu dengan air sebelum dimasak. Kepedasan bergantung berapa banyak yang kita mahukan dengan menambahkan serbuk cili halus tersebut. Masukkan rempah kari dan serbuk cili halus ke dalam bahan tumisan tadi.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Pastikan rempah masala tadi masak dengan sebati.
  5. Kemudian, masukkan lada benggala dan tomato yang telah dipotong dadu.
  6. Rempah masala yang sudah dimasak, letakkan ke dalam bekas. Susun daging meatballs ke dalam bekas yang sudah diletakkan rempah masala tadi. Lapis lagi daging tersebut dengan rempah masala. Saya suka menggunakan meatballs jenama Figo kerana kecil. Bekas yang saya gunakan boleh memuatkan sebanyak 12 biji meatballs.
  7. Taburkan bawang Jepun dan cheese parmesan.
  8. Bakar selama 5 minit di dalam ketuhar.
  9. Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba kawan-kawan, jangan lupa sharekan hasil anda okkay! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...