Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Jan 17, 2014

Panduan membawa anak keluar

Panduan membawa anak keluar
Membawa anak keluar sama ada mengunjungi pusat beli-belah, bersantai atau ke rumah saudara-mara pastinya memberi pengalaman berharga terutama kepada ibu bapa yang baru saja memperoleh cahaya mata pertama.


Pada usia tiga bulan, si kecil sudah boleh dibawa keluar asalkan ibu bapa membuat persediaan rapi dengan menyediakan keperluan dan memastikan keselamatan mereka. Antara panduan yang boleh diikuti ibu bapa ialah:
  1. Jika perjalanan melalui udara, berikan susu atau makanan ketika kapal terbang berlepas dan mendarat untuk menghilangkan kesakitan di telinga. 
  2. Bawa krim ruam lampin, beg untuk lampin terpakai serta lampin yang mencukupi sepanjang perjalanan. 
  3. Jangan lupa bawa semua ubat-ubatan sebagai persediaan sekiranya anak selesema atau demam terutama sekiranya anda ingin bermalam di sesuatu tempat. 
  4. Bawa topi, losen serta krim pelindung matahari (dengan perlindungan SPF15 atau lebih untuk bayi anda. Bayi di bawah usia enam bulan harus mengelak daripada cahaya matahari terutama antara jam 11 pagi hingga 3 petang pada hari yang cerah dan panas. 
  5. Dapatkan tirai yang boleh ditanggalkan untuk tingkap kereta supaya dapat melindungi kulit dan mata bayi anda daripada sinaran matahari. 
  6. Jika perjalanan dengan kereta, bayi patut sentiasa duduk di dalam kerusi kereta bayi yang menghadap ke belakang, sebaik-baiknya ia terletak di tempat duduk belakang kereta. Jangan letakkan kerusi ke 
  7. Luangkan masa sebelum anda bertolak untuk memastikan kerusi kereta bayi dan tali pinggang keledar dipasang dengan betul pada kerusi kereta bayi. Pastikan alat penahan kerusi dipasang dengan ketat dan kukuh pada bayi anda. 
  8. Jika anda tidak menyusui bayi, bawa susu formula, botol susu, air panas serta makanan seperti roti atau biskut bagi memastikan anak tidak kelaparan ketika dalam perjalanan atau di tempat yang dituju. 
  9. Bawa selimut bayi supaya anda boleh berhenti di taman untuk membenarkan bayi anda meregangkan kakinya atau melelapkan mata sejenak. 
  10. Bawa sebuah beg yang berisi beberapa barang mainan kesukaan bayi anda bagi mengelak dia bosan ketika bersiar-siar. 
  11. Sediakan juga baju simpanan anda dan bayi bagi memastikan anda dapat menukar pakaian dengan selesa sekiranya bayi muntah dan mengotorkan baju anda. 
  12. Pakaikan pakaian bayi mengikut keadaan. Jika anda ingin ke pusat beli-belah, pastikan bayi anda memakai pakaian labuh menutup tangan dan kaki serta bawa selimut bersama. Jika anda keluar ke tempat yang panas, pastikan bayi anda memakai pakaian nipis bagi mengelak bayi anda tidak selesa dan meragam. 
  13. Paling penting jangan lupa alat pembawa bayi untuk bayi yang masih kecil supaya dia dapat tidur nyenyak dalam dakapan anda. Anda juga mudah membawanya berjalan-jalan tanpa risaukan dia terjaga daripada tidur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...