Dec 25, 2014

Milk booster ibu menyusu

Salah satu milk booster secara semulajadi adalah jus pegaga.

Untuk makluman ibu, setiap 10g bahagian pegaga yang boleh dimakan mengandungi air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg.


Resipi untuk membuat jus pegaga.
100 gram pegaga (cuci daun pegaga dengan air garam dan bersihkan akarnya)
Sedikit gula perang
500 ml air masak
Secubit garam

Cara membuatnya
1. Masukkan pegaga dan letakkan gula perang (bergantung pada sukatan yang ibu suka), air masak dan sedikit garam ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar daun pegaga dan ambil jusnya.
3. Sedia diminum sama ada suam atau diletakkan dengan ais.

Selamat mencuba!

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Pray4PantaiTimur

Assalammualaikum.

Minggu ini kita dikejutkan dengan bencana banjir besar yang telah melanda di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah. Seramai 90,000 mangsa banjir telah dipindahkan di pusat-pusat banjir yang dibuka.


Bencana tahun ini adalah yang paling teruk setakat ini.


Saya amat-amat berharap ibu dapat menyusukan anak kerana ketika musim banjir ini berlaku, kekurangan air bersih amatlah kurang. Air yang bersih sangat diperlukan untuk mencuci botol susu, membancuh susu formula, mensteril peralatan penyusuan dan lain-lain lagi.

Jika tidak, bayi mudah dijangkiti dengan penyakit bawaan air seperti cirit-birit. Jadi, ibu-ibu kenalah lebih berhati-hati dalam menguruskan bancuhan susu formula. Pertingkatkan kebersihan untuk mengelakkan sesuatu yang lebih teruk akan terjadi.

Saya doakan mangsa banjir diberikan kekuatan dan semoga Allah permudahkan semua urusan.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Dec 10, 2014

Saiz perut bayi menyusu

Ramai ibu risau apabila tiada susu terhasil selepas bersalin. Risau sekiranya bayi menangis atau lapar. Tetapi apa yang perlu diketahui sebenarnya bayi yang baru lahir mempunyai saiz perut yang sangat kecil cuma sebesar biji ceri sahaja.


Jadi adalah tidak logik sekiranya payudara menghasilkan susu yang sangat banyak pada hari pertama. Pada awal kelahiran dengan perut bayi yang kecil, kolostrum yang dihasilkan secara purata sebanyak 37 mililiter sahaja yang sudah cukup untuk mampu menampung keperluan bayi anda.




Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Dec 6, 2014

Fakta menarik tentang BADAM

Fakta Menarik BADAM

Selain daripada buah kurma dan tiin, badam adalah makanan terawal ditanam oleh manusia! Badam kaya dengan protin, vitamin E dan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi.


Amalan memakan badam boleh meningkatkan kecerdasan minda, membekalkan tenaga, mencantikkan kulit dan menyokong kesihatan yang baik!

Khasiat badam kini boleh dinikmati bersama sama dengan khasiat makanan sunnah yg terkandung di dalam Qaseh Gold Junior.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir


Mencapai keseimbangan hidup

  1. Tanyakan pada diri sendiri apakah yang 'hilang' dalam hidup selama ini. Mungkin selama ini anda tidak nampak kekurangan diri sehingga melakukan sesi post-mortem terhadap keperibadian serta tingkah laku anda selama ini.
  2. Tetapkan sasaran dan masa untuk mencapai sesuatu yang anda impikan. Sebagai contoh, setiap awal tahun anda menetapkan sasaran atau target untuk dicapai menjelang suku atau setengah tahun. Tetapi pastikan matlamat tersebut adalah realistik dan boleh dicapai.
  3. Senaraikan perkara-perkara yang perlu anda lakukan untuk mencapai impian anda. Tetapi ingat, pastikan tahap kemampuan anda sebelum melakukan sesuatu perkara.
  4. Berkongsi maklumat bersama rakan atau keluarga tentang perubahan yang sedang anda lakukan. Walaupun kadang-kala mereka tidak dapat membantu mencapai apa yang anda inginkan, tetapi sekurang-kurangnya dorongan dan kata-kata semangat mampu menjadi azimat untuk anda menuju kejayaan.
  5. Usah lupa membuat penilaian diri terhadap apa yang sedang anda lakukan. Kebanyakan kusus motivasi akan mengedarkan borang penilaian diri, tidak salah jika anda juga menyimpan borang tersebut untuk kegunaan peribadi. Ia dapat mengukur sebarang kemajuan yang telah dicapai.
Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Nov 30, 2014

Mesti ada

Setiap ibu seharusnya siap sedia Qaseh Gold Junior dalam peti ais di rumah SEBAB:

  1. Bila anak terkena selesema,batuk dan kahak terus bagi. Ia mengandungi madu dan habbatus sauda' sebagai penawar semulajadi penyakit ini dan membantu melegakan pernafasan. Kebiasaan hingus hilang dalam tempoh 24 jam tanpa perlu ubat doktor.
  2. Bila anak lemah dan tiada selera makan, mudah mengantuk ketika belajar berikan Qaseh Junior yang kaya kurma, mengandungi badam, bayam dan kismis yang sangat bagus untuk kecerdasan otak, menguatkan dan mencergaskan tubuh serta menambah selera anak.
  3. Bila anak tidak suka makan sayur dan buah serta kerap SEMBELIT berikan Qaseh Junior yang mengandungi 15 ramuan dengan 8 di antaranya adalah makanan sunnah agar si anak mendapat khasiat nutrisi bagi melengkapkan dietnya serta membantu penghadamannya supaya lawas. Ia kaya prebiotik dari gam arab dan kaya kurma sebagai pembekal serat untuk kesihatan dan kelawasan usus.
  4. Bila anak tidak membesar sejajar usianya berikan Qaseh Junior sebagai suplemen hariannya bagi membantu tumbesaran dan kesihatan tubuhnya. Ia membekalkan sejumlah nutrien, vitamin dan zat untuk kesihatan tubuh si anak.
  5. Qaseh Gold Junior tidak wajar ditolak dengan kebaikan makanan sunnah di dalamnya. Sedangkan orang Yahudi mengamalkan makanan sunnah dalam diet seharian untuk kekal sihat dan cerdik, mengapa tidak kita, umat Nabi Muhammad SAW sendiri? Hidupkan sunnahnya di rumah kita, raih keberkatan darinya. Mudah-mudahan anak bukan sahaja sihat fizikal, cerdas mental tapi juga soleh dan solehah!


Dapatkan Qaseh Junior sekarang.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Nov 25, 2014

Sistem Imun

Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah dari Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat.

Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus).

Ia juga merupakan sistem pertahanan pertama apabila badan dimasuki kuman.

Oleh itu, sememangnya sgt penting utk kita menjaga dan memastikan sistem imun kita berada dlm keadaan yg sangat baik.




Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Nov 22, 2014

Apa itu PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome)

Terdapat beberapa sebab kenapa ovari gagal berfungsi, dalam erti kata lain ovulasi tidak dapat berlaku setiap bulan.

Pertama adalah disebabkan oleh PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). PCOS adalah masalah endoktrin yang utama pada wanita. Ianya merupakan punca utama 80 peratus kes-kes subfertiliti. Pesakit PCOS biasanya mereka obes, haid tidak teratur, masalah infertility dan ada masalah hirsutisma. Mereka ini mempunyai masalah ovulasi kerana folikel/telur gagal membesar dan melepaskan ova. Mereka yang mengalami endometriosis juga mempunyai masalah ovulasi.



Saluran fallopian boleh tersumbat disebabkan oleh endometriosis, jangkitan kuman dalam pelvis dan sebarang pembedahan di dalam perut.

Bagi suami pula jumlah sperma yang diperlukan minima adalah 20 juta dan lebih dari 50 peratus adalah aktif dan normal.



Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504



Nov 21, 2014

Khasiat madu untuk ibu hamil dan janin.

Manfaat madu untuk ibu hamil dan janin

  1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahayamata.
  2. Mencegah dari pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain lagi
  3. Mengurangi rasa mual pada masa kehamilan.
  4. Menambah nafsu makan bagi ibu yang hamil.
  5. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman.
  6. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
  7. Kulit yang bersih dan sihat kerana dalam madu terdapat vitamin C.
  8. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
  9. Penyakit hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan memakan madu oleh ibu yang mengandung.
  10. Membersihkan perut bayi dari najis yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna untuk menghindar dari sakit perut.
  11. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
  12. Mengelak bayi dari kembung perut.
  13. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
  14. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
Dalam ‪#qasehgodladinda‬ kaya dengan madu selain daripada kurma.

Sangat sesuai untuk ibu yang hamil.

Berminat untuk mencuba sebotol?


Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Nov 7, 2014

Bekas dadih untuk penyimpanan susuibu

Saya selalu mendapat soalan adakah bekas dadih sesuai dijadikan bekas menyimpan susu?

Menurut perkongsian buku Membesarkan Anak Hebat dengan Susuibu,

Elakkan daripada menggunakan bekas dengan nombor kod tiga, enam dan tujuh. Nombor kod tersebut tertera di bawah bekas dadih tersebut.

Bekas yang paling selamat adalah bekas yang BERKOD LIMA kerana ia dibuat daripada polypropylene.


Namun begitu, penggunaan yang berulang kali adalah tidak digalakkan.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Bayi yang enggan menyusu daripada botol

Ibu mesti lebih risau terutama ibu-ibu baru yang ingin bekerja semula setelah melahirkan anak. Selain itu, ibu juga turut bimbang dengan meninggalkan anak di taska atau dirumah pengasuh jika anak menolak menyusu menggunakan botol.


Antara beberapa cadangan yang dapat dikongsikan adalah:-
  1. Menjadikan waktu penyusuan botol seperti permainan. Jangan paksa sekiranya bayi tidak mahu mengambil botol. Waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai kerana bayi berada dalam keadaan segar dan ceria.
  2. Elakkan terus menyusu daripada payudara sekiranya bayi menolak botol. Bermain-mainlah dengan bayi selama lebih kurang 10 minit dan cuba semula memberinya botol.
  3. Bukan ibu yang memberikan susu menggunakan botol. Minta tolong suami atau pengasuh.
  4. Beri botol semasa bayi masih baru bangun daripada tidur.
  5. Pelbagaikan posisi penyusuan.
  6. Bedung bayi dengan kain ataupun baju ibu supaya bayi terasa dekat dengan ibunya.
  7. Berikan botol sambil berjalan-jalan di luar rumah atau semasa memandikan bayi.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Nov 5, 2014

Tips mengawal kemarahan


Luangkan waktu
Sebelum bertindak balas terhadap situasi yang membuatkan anda marah, sebaiknya diam sejenak. Tarik nafas dalam-dalam, kira sampai 10. Beredar seketika untuk menghindari situasi yang tegang.

Setelah tenang baru luahkan
Setelah tenang dan boleh berfikir dengan jelas, baru ungkapkan rasa kesal anda dengan cara yang baik dan tidak berapi-api. Luah perkara yang mengganggu fikiran dengan jelas tanpa menyakiti orang lain.

Bersenam
Aktiviti fizikal mampu digunakan untuk mengendalikan emosi. Jika merasa kemarahan sudah berada di ubun-ubun, berjalan-jalan sejenak atau berlari. Habiskan waktu untuk melakukan aktiviti fizikal untuk mengalihkan perhatian daripada kemarahan. Aktiviti fizikal mengeluarkan hormon gembira.

Berfikir sebelum bercakap
Ketika kemarahan sedang meluap-luap, sering kali mereka mengeluarkan kata-kata yang kemudian disesali. Jadi sebelum memuntahkan semua kemarahan, sebaiknya berfikirlah dengan waras.

Cari penyelesaian
Daripada fokus kepada perkara yang membuatkan anda marah, sebaiknya fokus pada penyelesaiannya. Ingatkan diri bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan boleh membuatnya lebih tidak tentu arah.

Jangan berdendam
Maaf adalah penawar yang paling kuat. Jika membiarkan kemarahan dan perasaan negatif melebihi perasaan positif, anda kemungkinan akan bersikap buruk dan tidak adil. Untuk itu, lebih baik jika mampumemaafkan seseorang yang membuat anda marah. Jadikan kemarahan dan kesalahan orang lain sebagai pengajaran.

Berjenaka
Gunakan humor dan jenaka untuk membuat suasana lebih ringan. Jangan gunakan humor yang sarkastik kerana akan menyinggung orang lain dan membuat masalah semakin rumit.

Bertenang dan relaks
Ketika anda mula berasa marah, kemampuan untuk relaks mungkin sangat diperlukan. Lakukan latihan untuk menarik nafas dalam-dalam, membayangkan sesuatu dan meluahkan kata-kata yang boleh membuat rasa tenang. Anda juga boleh mendengar muzik, menulis jurnal atau melakukan yoga.

Tahu bila harus meminta bantuan
Jika masalah mengendalikan amarah menjadi semakin parah dan anda berasa tidak sanggup untuk melakukannya, sebaiknya segera cari bantuan orang lain. Ini boleh mencegah daripada melakukan perkara lebih buruk dan menyakiti orang yang anda sayangi.

Cara kawal kemarahan dari perspektif Islam
Berwuduk

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dibuat daripada api. Api itu hanya dapat dipadamkan dengan air.

Membaca al-Quran
Ayat-ayat al-Quran menjadi penawar sakit rohani dan jasmani. Jika badan dan emosi tidak stabil segerakan membaca surah-surah suci.

Berzikir dan beristighfar (memohon ampun)
Zikir paling mudah diamalkan. Boleh dibacakan untuk diri sendiri apabila berasa marah atau kepada orang lain untuk meredakan marah atau panas baran mereka. Dibaca diulang-ulang sambil menggosok dada.

Berselawat
Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi adalah kunci kepada penyelesaian banyak masalah.

Beriktikaf di dalam masjid
Minda kita perlu kepada kelapangan dan ruang. Sifat semula jadi minda kita sukakan ketenangan. Masjid merupakan kawasan lapang yang mampu meredakan kekusutan jiwa.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Nov 4, 2014

Petua redakan anak demam

Petua Redakan Anak Demam

Demam adalah penyakit biasa yang akan menyerang semua orang termasuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya serangan demam akan menyebabkan suhu badan si kecil meningkat dan panas, tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa. Ia amat merisaukan ibu bapa terutama yang perlu meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.

Bahkan bayi dan anak-anak kecil yang demam akan kerap merengek kerana tidak selesa dengan keadaan suhu badan yang panas.


Berikut adalah petua tradisional menurunkan suhu badan yang panas.
  1. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan.
  2. Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. Insya-Allah, panas badannya akan turun.
  3. Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.
  4. Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepal. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendir. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan.
  5. Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.
  6. Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan itu ditempekkan ke dahi bayi atau anak kecil yang demam. Bila parut sudah kering, gantikan dengan yang baharu sehingga suhu turun ke paras biasa.
Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Oct 31, 2014

Pengurusan kewangan keluarga

Merancang dan menguruskan kewangan dengan bijak adalah unsur terpenting dalam membentuk sebuah keluarga yang sejahtera dan stabil. Kefahaman mengenai kehidupan berkeluarga berkualiti akan mendorong anda merencana perbelanjaan keluarga dengan berhemah meskipun anda tergolong dalam keluarga yang berpendapatan sederhana.

  1. Pastikan anda mempunyai simpanan ketika kecemasan.
  2. Fikirkan simpanan kewangan untuk pendidikan anak-anak.
  3. Bezakan antara keinginan dan keperluan.
  4. Buat belanjawan untuk mengetahui aliran wang keluar.
  5. Pastikan citarasa anda tidak melebihi kemampuan.
  6. Jangan mudah terpedaya dengan iklan jualan murah.
  7. Cuba elakkan kebergantungan pada kad kredit.
  8. Simpan dulu baru belanja.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Quote of the day

Semoga Allah swt memurahkan rezeki kita, keluarga kita, dan sahabat kita di segenap penjuru.


Insya Allah!

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Oct 22, 2014

Petua kempiskan perut

Terdapat lima petua yang boleh dikongsi untuk mengempiskan perut.
  • Ambil dua biji limau nipis, lemon atau limau kasturi. Belah dua dan perah airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk yang bercampur SOLE. Jangan campurkan gula. Jadikan air ini sebagai minuman harian anda setiap hari.

  • Rendam tiga sudu besar serbuk teh cina. Kemudian tapis dan campur air perahan limau nipis ke dalam teh tadi. Minum dua kali sehari iaitu ketika sebelum sarapan dan sebelum tidur.
  • Ambil sedikit asam jawa dan kacau di dalam segelas air sejuk. Minum air itu selepas makan tengahari atau makan malam. Asam jawa bagus untuk mengurangkan kadar lemak dalam tubuh. Lakukan setiap hari.
  • Teh hijau atau teh cina juga bagus untuk mengempiskan perut. Minum teh hijau atau teh cina yang bercampur madu selepas makan. Dalam Qaseh Gold Adinda, kaya dengan madu! 
  • Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian perut. Ambil limau purut dan belah dua. Kemudian sapukan di atas perut yang sudah diolehkan kapur sirih tadi. Biarkan kering sehingga pagi. Basuh bersih ketika mandi.
Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Tropika Herbal Cream

Tropika Herbal Cream


Krim herba pelbagai guna. Sesuai untuk bayi baru lahir hingga dewasa.

Natural remedy untuk batuk, selsema, berkahak (wheezing), kembung perut, gigitan serangga dan sebarang ketidakselesaan.

Boleh juga digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat bengkak susu, pedih ulu hati (ibu mengandung), sakit kepala, lenguh-lenguh ringan dan lain-lain lagi bagi sapuan di luar.

Sebagai aromatherapy untuk memudahkan bayi tidur nyenyak.

Tropika herbal cream ini tidak panas, berangin sahaja. Bau yang mild, tak perit hidung macam sesetengah minyak telon yang lain. Tropika Herbal Cream tidak berminyak, senang serap bila sapu dan Insyaallah tidak menyebabkan keradangan pada kulit (kecuali jika mempunyai alahan kepada vco- kes yang sangat jarang berlaku).

Krim herba Tropika diperbuat daripada minyak kelapa dara, minyak kayu putih, halia serta ramuan herba tradisional.

Tiada kesan sampingan!

Oct 9, 2014

Apabila kita... Redha

Apabila kita...

Redha!

Sedikit atau banyak rezeki yang Allah kurniakan pada kita,

Bersyukur dan redha.

Insya-Allah, banyak lagi yang akan Allah beri.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Oct 6, 2014

Sikap negatif yang perlu dielakkan

Apakah sifat negatif yang tersenarai ini ada alam diri? Jika anda, berusahalah untuk mengatasinya

  • Sering mengeluh.
  • Menolak tugas baru.
  • Menyelesaikan pekerjaan dengan sambil lewa.
  • Selalu menghilangkan diri.
  • Menjauhi orang atasan.
  • Kurang bergaul.
  • Menangani apa jua 'permainan politik' yang ada.
  • Kuat mengata/
  • Sifat iri hati yang keterlaluan.
  • Kurang jujur dan tidak amanah.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Sakit sendi lutut

Seramai 9.3 peratus orang dewasa di Malaysia mengalami sakit sendi lutut. Masalah sakit lutut ini agak ketara dalam kalangan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun.


Antara faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu lebih cenderung untuk mendapat sakit lutut:-

1. Usia. Masalah-masalah kecederaan kepada urat ligamen, otot, tendon lebih banyak berlaku dalam kalangan orang muda yang aktif dalam bidang sukan. Masalah artritis seperti osteoartritis, gout lebih banyak menganggu orang yang lebih berumur.

2. Berat badan berlebihan akan menyebabkan lebih beban untuk ditampung oleh sendi lutut terutama semasa berdiri, bercangkung atau bergerak dan boleh mempercepatkan proses kehausan tulang rawan dan masalah osteoartritus.

3. Masalah mekanikal lutut atau kaki seperti mempunyai kecacatan kaki, ketidaksamaan panjang kaki atau tapak kaki yang terlalu leper boleh meninggikan risiko untuk seseorang mendapat sakit di sendi lutut.

4. Kekurangan kekuatan dan regangan otot. Otot-otot di bahagian peha dan kaki yang lemah tidak boleh membantu dalam menyerap tekanan atau beban yang timbul daripada pergerakan dan juga berat badan seseorang.

5. Sukan berimpak tinggi seperti bola sepak, bola keranjang, badminton dan bermain ski boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada kecederaan lutut kerana terdapat banyak pergerakan yang memerlukan sendi lutut bergerak dan berputar.

6. Sekiranya pernah mengalami kecederaan di lutut atau kaki, seseorang itu adalah lebih cenderung mendapat kecederaan yang sama.



Pilihan terbaik untuk membantu mencegah sakit lutut terutama di kalangan mereka yang berumur 55 tahun ke atas.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Kempen Derma RM 20 untuk Kanak-kanak Austisme


Dana yang dikumpul akan digunakan untuk pembangunan Inisiatif Sokongan Autisme Nouri (INSANI) yang akan berperanan menyalurkan bantuan kewangan kepada kanak-kanak autistik dari keluarga miskin dan menjalankan kajian bagi mengurangkan kos perkhidmatan intervensi autisme.

Masih banyak dana diperlukan untuk menggerakkan INSANI bagi membantu kanak-kanak penghidap autisme, terutama dari keluarga miskin. Untuk itu, diharapkan saudara/ri dapat membantu menyebarkan mesej ini.

Sama-sama kita usaha membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Cantik cara Islam

JOM kita cantik cara Islam. Insya-Allah, berkesan dan yang paling penting JIMAT!

  1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah muka minimum lima kali sehari dengan air wuduk. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa.
  2. Untuk menghilangkan stress, banyakkanlah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dengan Allah SWT menerusi zikir dan doa.
  3. Untuk pelembap dan awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci' yang bermaksud, "Ya Allah sebagaimana Engkau telah memperindah kejadianku, maka perindahkan pula akhlakku". (HR Ahmad).
  4. Untuk memiliki bibir yang cantik, bisikanlah kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombong diri atau takbur.
  5. Agar tubuh langsing dan mulus, dietlah secara teratur dengan berpuasa seminggu dua kali iaitu Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s iaitu selang satu hari. Makanlah makanan yang halal, banyakkan sayur-sayuran, buah-buahan dan air putih.
  6. Untuk meluaskan jaringan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan lebih dikenali dan disayangi.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Sep 19, 2014

Pre Order




Alhamdulillah,

Sempena hari gaji yang akan menjelang tiba, bykamilia sudah membuka pre-order untuk sebarang produk.

Terima kasih kerana membeli dengan saya.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Bank susu

Kerajaan berpegang kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu membabitkan program Bank Susu yang kini terbantut kerana isu pertalian antara wanita dan bayi yang meminum susunya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, apa sahaja isu yang timbul atau berbangkit, ia akan dirujuk kepada majlis tersebut.

"Kita tengok nanti kepada fatwa dan apa-apa hal kita merujuk kepada fatwa dahulu," katanya kepada sidang akhbar selepas majlis Multaqa Guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Takmir dan Imam-imam Rawatib peringkat negeri di sini hari ini.

Jumaat lalu, mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan dilaporkan memutuskan bahawa bayi yang menghisap susu orang lain dan sebagainya, dengan syarat susu itu masuk melalui mulut, bayi tersebut menjadi anak susuan kepada pemilik susu.

Bagaimanapun, kelmarin Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, perlaksanaan program Bank Susu bagi menyimpan bekalan susu badan untuk menyelamatkan bayi pramatang tidak bersalahan dengan hukum Islam, malah ia juga tidak menjadikan bayi yang menerima susu itu sebagai anak atau 'mahram' penderma.

Jelasnya, konsep ibu dan anak susuan memerlukan kepada 'rada'ah' iaitu penyusuan secara langsung daripada payu dara wanita kepada bayi sebagaimana disebut dalam nas al-Quran dan hadis.

Justeru, Juanda menegaskan, pengambilan susu melalui botol atau mana-mana kaedah lain tidak akan menjadikan wanita dan bayi tersebut mempunyai pertalian disisi syarak yang boleh menimbulkan masalah dan kekeliruan jika konsep Bank Susu dilaksanakan.

Dalam pada itu, Jamil berkata, bagi menangani masalah sebahagian guru KAFA di negeri ini yang dikatakan tidak memiliki kemampuan mengajar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memperkasakan lagi latihan kepada guru-guru terbabit.

"Mungkin kaedah pendidikan perlu diperkemaskan dan ini memerlukan kepada pendekatan yang lebih baik daripada JAKIM sebagai penggerak utama membimbing guru KAFA,"ujarnya

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, Jumaat, 21 Oktober 2011

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Sep 18, 2014

Tips bantu anak bercakap

Keupayaan bercakap sebenarnya berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.


Peringkat pertama - bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan. Pada peringkat ini, jika seseorang kanak-kanak menghadapi masalah pendengaran seperti jangkitan pada gegendang telinga atau masalah berkaitan “hearing block” yang biasanya berlaku dalam tempoh dua atau tiga tahun pertama kelahiran, pastinya kanak-kanak ini akan menghadapi masalah pertuturan jika tidak di kenal pasti dari awal. Begitu juga bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ iaitu kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan; atau kanak-kanak yang di kenal pasti mempunyai masalah autisma. Dalam konteks ini, pengesanan awal adalah suatu yang amat kritikal agar kanak-kanak dapat dirujuk segera kepada pakar kesihatan dan dilakukan intervensi terhadapnya.

Namun begitu, ada juga logiknya seseorang kanak-kanak itu lambat bercakap kerana asyik menggonggong botol atau puting di bibirnya sehingga dia kurang berpeluang menggerakkan bibir mengikut bunyi yang didengar!

Peringkat kedua - ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata. Jika di peringkat ini kanak-kanak tidak didedahkan kepada pelbagai perbendaharaan kata atau perbendaharaan kata yang dipelajarinya adalah dalam bentuk ‘bahasa rojak’ yang mengelirukan, serta tidak berpeluang berkomunikasi dengan orang di sekitarnya, sudah pastinya dia akan menghadapi kesukaran untuk bercakap bila dia didedahkan kepada dunia luar yang lebih luas ruang lingkupnya.

Peringkat ketiga - ialah keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa. Di peringkat ini, sokongan dari aspek emosi amat diperlukan. Jika pada peringkat ini, kanak-kanak sering dimarah kerana “buat bising”, atau disergah kerana bercakap apa saja perkara yang didengarinya (walaupun tanpa memahaminya), keyakinan dirinya akan runtuh. Begitu juga jika kanak-kanak ini dalam kategori berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi yang keterlaluan, penderaan dan sebagainya akan menyebabkan proses belajar untuk bercakap terganggu.

Peringkat keempat - Paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosio yang berbeza atau tujuan yang pelbagai. Ini termasuklah kebolehan untuk membezakan bagaimana bercakap dan bertingkah laku terhadap rakan perbualan yang berbeza, kebolehan mengekalkan tajuk perbualan dan kebolehan mengekalkan eye-contact yang sesuai (bukan merenung, atau melihat ke tempat lain) ketika perbualan. Peringkat yang keempat ini, berkembang selari dengan perkembangan intelek kanak-kanak dan berkait dengan keupayaannya untuk berfikir mengenai apa yang diperkata atau dilakukan. Jika puan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap anak dan mengenal pasti faktor dan peringkat perkembangan bahasa anak puan dengan kasih sayang dan kelembutan.
  • Apabila bercakap dengan anak, sentuhlah dia, serta pandang tepat ke wajah/matanya; gunakan ayat yang pendek dan mudah. 
  • Apabila mahu menerangkan sesuatu kepada anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas.
  • Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.
  • Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak atau menyanyi bersamanya.
  • Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
  • Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya. 
  • Cuba menjadi pendengar yang baik dengan berusaha menumpukan perhatian dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. 
  • Jika apa yang diucapkannya tidak jelas seperti pelat, jangan sesekali mengulangi sebutannya; sebaliknya bantu anak dengan menyebut perkataan yang tepat sebutannya yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak 
  • Pelajari gerakan lidah dan bibir. Penggunaan cermin boleh membantu. 

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Sep 16, 2014

Bagaimana membaca label pada produk makanan

Beberapa nasihat praktikal untuk diikuti ketika membaca label pada produk makanan:-
  1. Jangan beli makanan hanya kerana anda sukakan pembungkusannya. Sebagai ibu bapa prihatin, sentiasa bandingkan produk dengan membaca panel maklumat makanan.
  2. Apabila membandingkan kandungan nutrisi, anda boleh tahu yang mana satu mempunyai kadar nutrien lebih tinggi atau rendah.
  3. Buat perbandingan berdasarkan jumlah nutrien yang terkandung dalam setiap 100 gram atau 100 mililiter produk terbabit. Saiz hidangan mungkin tidak sesuai untuk dijadikan perbandingan kerana ia mungkin berbeza antara jenama.
  4. Untuk tambahan, jangan buat pemilihan untuk membeli jenama tertentu berdasarkan satu nutrien saja (contohnya jumlah tenaga atau kandungan lemak), tetapi pertimbangkan juga nutrien lain (seperti protein atau kalsium) yang dipaparkan pada panel maklumat nutrisi.
  5. Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai panduan menggunakan label maklumat pemakanan, orang paling sesuai untuk memberi nasihat ialah pakar nutrisi atau pakar diet.

Sebenarnya, ibu bapa mempunyai peranan penting dalam memenuhi keperluan pemakanan anak kecil:
  1. Tabiat pemakanan sihat di kalangan kanak-kanak bermula daripada rumah.
  2. Ibu bapa perlu memupuk tabiat makan sihat pada tahun awal perkembangan anak mereka.
  3. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan dalam pengambilan makanan sihat dan seimbang.
  4. Ibu bapa perlu memperkasakan pengetahuan mereka bagi memahami piramid makanan dan mengamalkan seperti yang dicadangkan untuk keluarga.
  5. Mereka juga perlu pantau berat dan tinggi dan indeks jisim tubuh (BMI) anak mereka setiap enam bulan.
Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Kedudukan penyusuan yang betul

Langkah berikut ini menerangkan cara memegang bayi dengan betul supaya ia dapat menghisap susu dengan banyak dan mengelakkan puting dari kesakitan.

1. Betulkan kedudukan anda. 
Adalah lebih mudah jika anda dapat duduk untuk memulakan penyusuan. Duduklah di atas katil, kerusi menyandar yang selesa atau kerusi goyang. Gunakan bantal untuk mengampu belakang anda, di bawah siku dan di atas peha untuk menyokong bayi. Lapikkan dengan bantal atau kusyen yang lembut untuk meninggikan sedikit lutut anda. Anda perlu bertenang dan relaks tanpa menegangkan mana-mana otot.

2. Betulkan kedudukan bayi. 
Bayi seharusnya baring mengiring menghala ke badan anda. Kepalanya hendaklah diletak dalam pelukan anda manakala belakangnya diampu dengan lengan dan pegang punggung atau paha atasnya dengan tangan anda. Kepala, bahu dan pinggang hendaklah diluruskan. Bayi harus dipegang di paras payu dara untuk membolehkan anda membongkok sedikit dan tidak menyukarkan bayi untuk mencapai puting anda. Meletakkan bantal di atas riba anda akan mengurangkan masalah ini.

3. Hulurkan payu dara anda kepada bayi. 
Genggam payu dara anda dengan tangan dan diampu oleh jari-jari anda di bahagian bawahnya dan ibu jari di atas. Ibu jari dan jari telunjuk anda sepatutnya membentuk seperti huruf 'C'. Pastikan jari-jari anda jauh dari areola.

4. Galakkan bayi anda melekap dengan betul.
Sentuhkan puting ke bibir bayi beberapa kali. Jika bayi berpaling ke arah lain, cuitkan pipinya yang dekat dengan anda perlahan-lahan. Bila ia memandang ke arah anda, sentuhkan bibirnya semula dengan puting sambil bercakap-cakap dan menggalakkan bayi membuka mulutnya. Apabila mulutnya terbuka, cepat-cepat ajukan puting ke tengah mulutnya dan rapatkan badannya ke badan anda. Adalah penting untuk anda menarik bayi rapat kepada anda dan bukan sebaliknya. Anda perlu melakukan percubaan ini beberapa kali sehinggalah reaksi bayi bersesuaian dengan tindakan anda untuk memastikan proses pelekapan ini berjalan lancar. Jika bayi gagal menyusu dengan betul, anda mungkin terpaksa berhenti dan memujuknya sebelum mencuba sekali lagi.

5. Teknik hisapan yang berkesan. 
Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan anda sehingga hujung hidungnya menyentuh payu dara anda. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payu dara anda sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke badan anda.

6. Kesakitan puting. Jika bayi melekap dan menghisap dengan betul anda tidak sepatutnya terasa sakit. Jika bayi tidak menghisap dengan betul atau anda terasa sakit, penyusuan perlu dihentikan sekejap. Kemudian mulakannya semula. Masukkan jari anda ke dalam mulut bayi (di sisi yang menekan payu dara) untuk menghentikan hisapan atau menarik pipi bayi dengan lembut. Jangan biarkan bayi terus menghisap dengan cara yang salah kerana ini akan menyebabkan puting anda membengkak dan corak hisapan yang tidak betul ini menjadi sukar untuk diperbetulkan kemudian nanti. Jika puting masih terus membengkak dan sakit, kemungkinan ia disebabkan oleh hal-hal berikut:-

o Jangan biarkan bayi menghisap puting anda, ini bukan cara yang betul. Pastikan bayi membuka mulutnya dengan luas supaya puting dapat masuk ke dalam mulutnya. Apabila bayi mencengkam terlalu kuat ketika hendak mula menghisap, tekan rahang bawahnya dengan jari sambil menolak turun dagunya. Minta bayi anda membuka mulutnya dengan suara yang jelas dan tegas.

o Jika puting anda masih sakit, tarikkan bibir bawah bayi semasa ia masih menghisap dan periksa sama ada lidahnya terletak di antara bibir bawah dengan payu dara anda ataupun tidak. Jika tidak dapat melihat lidahnya, bayi mungkin sedang menghisapnya bersama-sama puting anda. Lepaskan bayi dari penyusuan dan mulakan prosedur ini semula. Pastikan mulut bayi dibuka dengan luas dan lidahnya berada di bawah puting ketika melekap.


7. Cara menghisap dengan berkesan. 
Kebanyakan bayi mengetahui cara menghisap dengan betul sejak mereka dilahirkan. Sesetengah dari mereka yang lain mengambil masa untuk belajar dan memerlukan panduan tertentu seperti yang dinyatakan di atas. Ia memerlukan keselesaan dan kesabaran yang tinggi. Tetapi apabila bayi mula menghisap dengan penuh bertenaga, anda akan terasa puas apabila merenungnya. Ketika ini, otot-otot di mukanya akan bekerja lebih keras sehingga telinganya kelihatan bergerak-gerak. Anda dapat melihat kekuatan otot rahangnya dan dapat mendengar bunyi ia menelan. Apabila bayi telah kenyang, ia kembali tenang, dan hisapan diperlahankan, dan hanya menelan sedikit demi sedikit. Dia kelihatan sedang dilamun kenikmatan berada dalam pangkuan ibunya.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Sep 15, 2014

Syarat anak dan ibu susuan


Bagaimanakah syarat menjadikan anak susuan itu mahram dengan ibu susuannya?

Rukun penyusuan dan syaratnya yang menyebabkan seorang anak itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:-

1. Al-Murdhi' iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahun.

2. Ar-Radhi' iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari. Jika kanak-kanak yang disusukan itu sudah melebihi umurnya daripada dua tahun, maka anak tersebut tidak lagi boleh disabitkan sebagai anak susuan.

3. Al-Laban iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut bayi yang disusukan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang" (Hadis riwayat Ahmad)

Disyaratkan juga had penyusuan itu tidak kurang daripada lima kali dalam waktu yang berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan. (Surah Al-Baqarah:233)

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Sep 14, 2014

50 cara merangsang hubungan selama menyusukan bayi - PART 1

  1. Mama kenalah ingat pada papa selalu. Bukan pada bayi baru sahaja.
  2. Papa pun janganlah biarkan mama jaga anak seorang diri. Tolonglah mama.
  3. Ketika mama bersama baby, papa kenalah turut serta. Tolong urut bahu mama. Barulah rasa tidak terpinggir.
  4. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sebelum tidur untuk saling bertukar-tukar cerita.
  5. Setelah ada anak, mama dan papa kena banyak bertenang. Barulah hati rasa tenang.
  6. kalau rasa tidak selesa dengan keadaan sekarang, beritahulah pada pasangan agar dia tahu dan sama-sama mencari jalan penyelesaian.
  7. Papa, ajaklah mama dating. Macam masa baru berkahwin dulu.
  8. Papa, tolonglah mama buat kerja rumah. Barulah mama ada masa untuk papa.
  9. Payudara ibu menyusukan selalunya membengkak. Jadi, berhati-hatilah kalau papa nak dekat dengan mama. Takut tersentuh, kesian mama, sakit!
  10. Papa dan mama, jangan lupa luangkan masa untuk bersama. Ingat, kualiti lebih baik dari kuantiti.
  11. Papa dan mama, mandilah bersama.
  12. Papa kenalah rajin memuji mama kerana ibu yang menyusukan selalu rasa mereka busuk dan tidak cantik.
  13. Kalau nak lagi romantik, berilah mama hadiah!
  14. Mama pula, berilah kad ucapan kepada papa. Tuliskan kata-kata romantik. Papa mesti rasa terharu.
  15. Apa kata kalau mama dan papa lakukan perkara-perkara yang baru dalam hidup. Barulah rasa tak bosan
Sambungan 50 cara merangsang hubungan selama menyusukan bayi Part II

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Untuk ibu menyusu lebih ceria!

Apakah perasaan ibu apabila anak kecilnya puas dengan susu badan yang mana terbaik untuknya. Walau secanggih mana pun susu formula dihasilkan dan walau semahal harga dan khasiat hebat susu formula, ia tetap tidak mampu menandingi kehebatan susu ibu.

Berusahalah untuk memberi susu yang terbaik untuk anak kita! Semak gaya penyusuan sama ada sudah memenuhi DEMAND vs SUPPLY. Kerapkan pengosongan payudara ibu untuk memudahkan penyusuan dijalankan.

Jika kurang susu jangan putus asa. Berusahalah ibu-ibu. Carilah makanan sunnah yang sememangnya membantu kita menyusu dengan lebih ceria dan bertenaga.

Dalam Qaseh adinda terkandung makanan sunnah. Hanya amalkan Insya-Allah. Jangan lupa amalkan bersama SOLE sekali. Itu pun banyak membantu!

Jangan tak tahu anak saya sendiri menikmati manfaatnya.



Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Penyusuan susu ibu di depan khalayak

1. YAKIN DIRI
Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan di depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik untuk bayi.

2. FOKUS
Anda harus fokus kepada kebaikan semulajadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.

3. LOKASI
Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang terang.

4. PAKAIAN KHUSUS
Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan poncho atau kain pendakap ketika menyusukan bayi.

5. BANTUAN
Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuanm suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Sep 12, 2014

Tips memberi nama anak

Tips memberi nama anak
Memberikan nama untuk anak itu sudah pasti sukar. Jika salah pilih mungkin akan menyusahkan anak itu nanti.

1. Nama itu mengandungi doa.
Pilih nama anak yang mempunyai unsur doa. Nama anak itu mencerminkan harapan ibu bapa.

2. Nama yang mudah disebut.
Nama anak mudah dibaca dan mudah ditulis. Jangan sehingga 8 suku kata. Dua suku kata adalah yang terbaik. Biasanya nama yang panjang akan dipendekkan. Contohnya Roslizawati akan dipanggil Ros.

3. Nama jangan terlalu panjang.
Nama yang panjang menyukarkan kepada anak itu untuk urusan rasmi misalnya ketika mengisi borang dan sebagainya. Malah sukar untuk diingati oleh kenalan baru.

4. Ketahui erti nama
Ketahuilah erti nama anak. Jangan memberikan nama hanya kerana sedap disebut atau cantik apabila ditulis namanya. Bimbang nama itu membawa erti kejahatan dan kemiskinan.

5. Jangan kebaratan.
Tonjolkan budaya tempatan pada nama anak. Banggalah menjadi umat Islam yang mempunyai identiti dan maksud yang indah.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Tips anak kembung perut

Daun mengkudu

Morinda Tinctoria; Morinda citrifolia atau lebih dikenali dengan daun mengkudu boleh dijadikan jus untuk diminum.

Namun begitu, tahukah anda daun mengkudu juga AMAT SESUAI untuk digunakan ketika anak kembung perut terutama bayi yang baru lahir. Ini kerana, ketika awal-awal kelahiran, usus bayi masih belum matang. 

Saya memperolehi petua ini melalui ibu saya bila Ammar ada masalah kembung perut. Walaupun sudah dituam, sudah disapu minyak panas di bahagian ari-ari, betis dan kaki. Ammar masih lagi kembung.

Cara untuk mengurangkan kembung perut anak adalah buat selama tiga hari berturut-turut. Layurkan daun mengkudu tersebut di atas api. Untuk hari pertama sebanyak 7 helai, hari kedua 5 helai & dan hari ketiga daun mengkudu diletakkan sebanyak 3 helai. Letakkan daun tersebut di bahagian depan dan belakang badan bayi dan diikat dengan barut.


Insya-Allah. Kembung perut bayi akan berkurangan.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Sep 9, 2014

Tips ibubapa ketika anak-anak sedang menjawab soalan di dewan peperiksaan

Tips ibubapa ketika anak-anak sedang menjawab soalan di dewan peperiksaan

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:
  1. Ambil wudhuk. 
  2. Mengadap kiblat. 
  3. Mengucap dua kalimah syahadah - 3 kali 
  4. Surah Al - Fatihah - 1 kali 
  5. Surah 3 Qul- 1 kali 
  6. Surah Insyirah - 1 kali 
  7. Selawat atas Nabi Muhammad saw - 10 kali 
  8. Baca Surah Yassin - 1 kali 
  9. Baca Surah Insyirah - 100 kali 
  10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang. 
Semoga Allah swt permudahkan dan memberi ketenangan anak-anak syurga kita menjawab soalan peperiksaan. Insya-Alah.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

Berminat menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC)?


Bengkel ini akan dikendalikan oleh jurulatih dari Persatuan Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia (PIMM) yang akan melatih Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) atau Peer Counselor (PC) dalam isu dan teknik penyusuan susu ibu.

Antara program sasaran di dalam projek ini adalah melebarkan perkhidmatan PIM/PC dalam kalangan masyarakat agar lebih ramai ibu-ibu dan keluarga yang menyusui anak mereka mendapat sokongan yang sewajarnya.

Justeru itu, penglibatan PIMM/MBFPC di dalam sebarang program kemasyarakatan adalah sangat diperlukan sebagai satu saluran hebahan tentang fungsi dan peranan PIM/PC terhadap masyarakat setempat.

Jom sertai program:

Bengkel MBfPC Southern Region 2014

Tarikh - 25 - 27 September 2014
Tempat - Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC), Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru
Anjuran - Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru. Johor
Yuran:
RM220 ( Ahli KSPSIJB & Staff IRDA)
RM250 ( Awam)

Selewat-lewatnya pada 18 September 2014

Bayaran kepada:

Azwana Binti Hassan (CIMB 01200006917208)
Email: azwana7780@gmail.com

Hubungi :
Pn Azwana Mohd Hasan 01122207780
Pn Zulhaya Marzuki 0137652551

Sep 8, 2014

Kenapa perlu Iri Hati?


Mengapa perlu beriri hati?

Percaya tak ramai antara kita yang iri hati?
Maksud iri hati berasal dari perasaan tidak puas terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain.

Rasa iri hati boleh melanda sesiapa saja dan di mana saja, jika di masjid atau surau iri hati kerana orang lain lebih menonjol kepandaiannya, di tempat kerja ada yang iri hati pada rakan sekerja yang lebih berhasil danmenduduki jawatan yang lebih tinggi, di dalam keluarga ada yang iri hati kerana kakak atau adik lebih diperhatikan orang tua dan sebagainya. Macam-macam jenis ada perasaan iri hati ini!

Perlu kita sedari bahawa perasaan iri hati tidak membawa kebaikan bagi kita, malah iri hati tidak hanya merugikan orang lain, tetapi juga merugikan diri sendiri serta iri hati akan menyebabkan diri sendiri merana.

Mengapa perlu menyiksa diri andai iri hati tidak mendatangkan makna pada diri kita.

Orang yang iri hati akan rasa berdukacita atas kejayaan orang lain dan sebalikanya ia bersukacita atas kegagalan orang lain. Ia tidak suka bila ada orang lain lebih baik atau lebih sukses dari dirinya.

Orang yang iri hati juga cenderung kepada,suka membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain, akibatnya ia sendiri menjadi sangat tertekan dan kehilangan damai sejahtera pada dirinya sendiri.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Sep 7, 2014

Lactational Amenorrhea Method

Kaedah menjarakkan kehamilan menggunakan penyusuan susu ibu dinamakan Lactational Amenorrhea Method (LAM) di mana penyusuan susu ibu sepenuhnya berupaya melambatkan kedatangan haid dan ovulasi secara semula jadi.

Walau bagaimanapun, kaedah ini adalah 98–99.5% efektif, sekiranya semua syarat di bawah dipatuhi:
  1. Haid ibu belum kembali.
  2. Bayi berumur kurang daripada enam bulan.
  3. Bayi menyusu secara eksklusif dengan kerap (siang dan malam).
  4. Bayi tidak mengambil sebarang makanan lain selain daripada susu ibunya selama enam bulan pertama.
Oleh itu, antara tip untuk memastikan keberkesanan keadah LAM ini, anda haruslah:
  •  Memastikan bayi sentiasa bersama atau berdekatan dengan ibu.
  • Menyusu dengan kerap tanpa had (siang dan malam). Untuk pengetahuan, penyusuan di waktu malam sangat penting kerana pada ketika itu hormon prolaktin adalah sangat tinggi. Hormon ini yang melambatkan ovulasi.
  • Menggunakan penyusuan sebagai cara untuk memujuk dan menenangkan bayi.
  • Menyusu sambil berbaring apabila berehat atau tidur.
  • Tidak menggunakan botol atau puting kosong.
Sekiranya haid ibu telah kembali atau bayi berumur lebih daripada enam bulan atau dia sudah diberi makanan tambahan (pada tahap umur ini, bayi seharusnya diperkenalkan dengan makanan tambahan dan tidak menyusu sepenuhnya), ibu dinasihatkan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain.

Ini kerana selepas enam bulan, perlindungan penyusuan susu ibu terhadap kehamilan mula berkurangan.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Aug 31, 2014

Belajar terima kesilapan diri

Menyalahkan orang lain apabila timbul sesuatu masalah memang mudah. Namun belum tentu kita mampu mengakui kesilapan diri. Malah ramai yang mengakui bahawa hal ini adalah antara yang paling sukar dilakukan dalam hidup.

Tidak banyak antara kita sedar bahawa sikap tidak mahu mengakui kelemahan dan kesalahan diri ini boleh merugikan diri sendiri. Malah ia boleh menyebabkan kita tidak disukai oleh keluarga dan kawan-kawan.


Lantaran itu, ada baiknya jika kita ambil sedikit masa untuk bermuhasabah diri. Apa yang penting kita sedar bahawa tidak rugi kita merendah diri dan mengakui sebarang kesalahan yang kita lakukan. Bukan sahaja orang yang akan lebih menghargai, malah mereka juga akan memandang tinggi terhadap kita.

Oleh itu, sebelum anda hendak 'menyerang' orang, berhenti dan berfikir sejenak. Fikirkan apakah tindakan tersebut menguntungkan kita? Jika tidak, lupakan sahaja dan bertindaklah dengan tenang.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...