Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Jun 17, 2014

Pemakanan untuk otak cergas bagi kanak-kanak

Rahsia pemakanan genius menurut Islam untuk kanak-kanak

Formula pemakanan yang menjadi amalan para genius Islam silam menunjukkan amalan pemakanan mampu melahirkan insan yang cemerlang. Kajian saintifik yang dilakukan turut membuktikan kebenarannya khususnya terhadap susu, madu, dan telur.


Berikut adalah antara formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan untuk kanak-kanak.


MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai 'shifa', iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasulullah s.a.w bersabda, 'Siapa yang ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu'.




KISMIS & KURMA

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen yang menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab, dan mengalami kelemahan dalam berfikir.





SUSU SEGAR

Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat kerana mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Telur terutama kuning telur berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.



DAGING BURUNG MERPATI

Ia banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpatu didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya.

KEKACANG

Antara jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w, 'Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal'.



Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...