Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Jun 13, 2014

Keselamatan semasa penyusuan

Sendawa

Sendawakan bayi setelah habis memberinya susu. Diketahui bahawa kembung yang dialami oleh bayi mempunyai kaitan dengan sendawa. Ini kerana pada waktu bayi minum susu dikatakan sejumlah kecil udara secara tidak langsung akan ikut serta masuk ke dalam badannya. Malah banyak udara akan masuk jika bayi menangis ketika menyusu.

Terdapat beberapa cara untuk mengusir udara itu dari perutnya supaya bayi dapat tidur lena dan tidak meragam sepanjang hari iaitu gendong bayi dengan posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Telangkupkan (meniarap) bayi di paha dengan posisi melintang sehingga salah satu peha menekan perut dan pangku menghadap ke depan sambil dudukkan bayi di pangkuan anda sambil mengusap perlahan pada bahagian belakangnya. Jika tidak percaya, cuba kaedah dukung sambil membawanya berjalan sehingga dia sendawa.




Info
Jika bayi tidak sendawa selepas 30 saat, dia tidak perlu lagi disendawakan.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...