Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Jun 17, 2014

Sembelit dan najis berdarah

Kanak-kanak yang mengalami sembelit selalunya akan mengalami kesakitan ketika membuang air besar, lebih-lebih lagi jika najis terlalu keras dan mereka akan mengalami pendarahan. Ini akan menyebabkan mereka berasa takut untuk membuang air besar dan akan cuba untuk mengelakkan rasa sakit. Ini membuatkan mereka tidak membuang najis dan menyebabkan najis yang tidak dikeluarkan bertambah keras.

Perkara utama yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan najis mereka tidak keras dan cuba hilangkan perasaan takut untuk membuang. Ibu bapa harus memastikan pemakanan yang seimbang dan mempunyai fiber yang mencukupi untuk melawaskan pembuangan air besar. Kanak-kanak yang tidak gemar makan atau terlalu memilih makanan atau yang hanya bergantung kepada susu selalunya akan mengalami masalah sembelit.


Ibu bapa harus memastikan bahawa anak membuang air besar apabila terasa hendak membuang dan cuba elakkan daripada menahannya kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Ubat dengan pengawasan doktor perubatan boleh diberikan untuk melembutkan najis dan krim boleh disapu di bahagian punggung untuk mengurangkan kesakitan.





Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.
Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...