Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Jun 13, 2014

G6PD

Gkucose 6 Phospate Dehydrogenase Deficiency atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah masalah kekurangan enzim Glucose 6 Phospate Dehydrogenase dalam sel darah merah yang berfungsi untuk menstabilkan membran sel darah merah atau dalam erti kata lain melindungi sel darah merah daripada pecah disebabkan oleh proses oksidasi iaitu proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen.

Diseluruh dunia, dianggarkan seramai 400 juta orang mengalami masalah ini. Penyakit ini biasanya dikesan melalui ujian darah sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan. Di Malaysia, ujian darah sebaik sahaja bayi dilahirkan adalah satu perkara yang normal.

Antara masalah yang biasa berlaku pada bayi baru lahir ialah jaundis atau demam kuning. Kekurangan enzim Glucose 6 Phospate Dehydrogenase boleh menyebabkan sel darah merah bayi mudah pecah. Keadaan ini menyebabkan kandungan bilirubin tinggi. Bilirubin yang tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik pada otak. Hal ini jika tidak ditangani segera, dikhuatiri akan menyebabkan kecacatan pada bayi. Biasanya, pakar perubatan akan menahan bayi G6PD di dalam wad selama lima hari sebelum dibenarkan pulang.

Selain daripada itu, bayi G6PD turut berpontensi untuk mendapat serangan acute hemolysis iaitu sel darah merah pecah dalam kuantiti yang terlalu banyak. Akibatnya, bayi yang terlibat akan berasa penat dan kelihatan pucat secara tiba-tiba. Gejala lain yang mungkin berlaku ialah seperti sakit perut, sakit pinggang dan air kencing bertukar menjadi gelap.

Tidak dinafikan bahawa ada juga penghidap G6PD tidak menunjukkan sebarang gejala. Namun, bagi kes yang serius, mereka mungkin mengalami anemia, degupan jantung yang laju, limpa membesar, tercungap-cungap ataupun bernafas laju.

Ketahuilah bahawa memakan kacang parang ataupun memakan ubat-ubatan yang dilarang boleh meninggikan oksidasi. Ubat-ubatan seperti antibiotik dan yang digunakan untuk merawat penyakit malaria biasanya mengandungi sulfur. Inilah yang perlu dielakkan. Sebagai langkah berjaga-jaga, ibubapa yang mempunyai anak G6PD perlu memberitahu doktor atau pengamal perubatan tentang masalah yang dialami anak mereka supaya tidak tersalah beri ubat yang akhirnya boleh menyebabkan komplikasi.

Bagi kebanyakan penghidap G6PD, pengambilan vitamin dan mineral tambahan selamat selagi tidak mengandungi bahan-bahan yang dilarang. Namun begitu, pengambilan vitamin C dan vitamin K perlu mendapatkan nasihat daripada doktor untuk mengelakkan sebarang masalah.

Dalam kebanyakan kes, penghidap G6PD yang mengalami komplikasi akibat terkena atau termakan bahan-bahan yang dilarang akan dirawat di hospital untuk memulihkan keadaan. Mereka lazimnya akan diberikan oksigen, cecair dan jika perlu pemindahan darah akan dilakukan.


Cara terbaik untuk menjaga anak yang menghidap G6PD ialah dengan memastikan mereka tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh mendatangkan risiko seperti ubat gegat, ubat-ubatan yang dilarang dan yang pentingnya jangan benarkan anak anda makan kacang parang. Akan tetapi, ini tidaklah bermakna anak anda tidak boleh melakukan aktiviti sosial dan riadah seperti kanak-kanak yang lain. Cuma, anda perlu peka pada persekitarannya. Barulah anak anda sentiasa sihat.



Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...