Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Aug 19, 2017

Sistem imun semulajadi untuk anak-anak

Memetik kata Dr. Shubin, Associate Professor Paediatrik, Universiti Of Maryland, Baltimore.
"Kita lahir ke dunia dengan kondisi sistem imun yang tidak bersedia menghadapi serangan."


Kak Ida kongsikan beberapa sistem imun semulajadi yang dapat menjadi pengawal peribadi harian anak-anak kita.

Lebihkan makan buah dan sayur-sayuran


Kajian menunjukkan diet pemakanan harian anak-anak yang kaya dengan phytonutrients seperti Vitamin C dan Carotenoids boleh melindungi anak-anak daripada penyakit kronik seperti kanser dan jantung.

Paling kurang lima kali hidangan sayur dan buah untuk anak anda setiap hari. Manakala setiap hidangan hanya dua sudu kecil untuk bayi dan satu cawan untuk anak-anak yang lebih besar.

Susukan anak dengan susu badan


American Academy of Pediatrics mengesyorkan ibu-ibu perlu menyusukan bayi untuk tempoh dua tahun. Jika tidak berkemampuan, tetapkan matlamat MESTI menyusukan bayi sekurang-kurangnya enam bulan untuk kesinambungan sistem imun bayi yang diterima dari uterus semasa dalam rahim ibu.

Menurut Dr. Shubin, kolostrum iaitu cecair berwarna kuning keemasan yang terdapat dalam premilk yang keluar pada hari-hari pertama kelahiran amat kaya dengan antibodi melawan penyakit.

Menjaga kebersihan


Secara teknikalnya menjaga kebersihan tidak merangsang peningkatan sistem imun badan anak-anak tetapi ia adalah teknik terbaik menangani stress pada kekebalan sistem imun anak-anak. Pastikan anak-anak membasuh tangan dengan AIR & SABUN.

Untuk mudahkan kerja ibu-ibu menyuruh anak-anak mengikut tabiat membasuh tangan di rumah, biarkan mereka memilih tuala tangan dan sabun mengikut bentuk, warna dan aroma yang mereka gemari.

Tidur yang mencukupi


Anak-anak yang tinggal di rumah penjagaan harian berisiko untuk kurang tidur kerana suasana riuh dan pelbagai aktiviti yang tidak memungkinkan mereka untuk tidur lena.

Dr. Kathi Kemper, Director Center for The Holistic Pediatric Education and Research di Children’s Hospital, Boston memberikan solusi, “Jika anak-anak anda tidak boleh atau tidak mahu tidur di siang hari, usahakan mereka untuk tidur awal di malam hari.”

"Zero" Asap Rokok


Anak-anak lebih terdedah kepada kesan bahaya asap rokok kerana anak-anak bernafas dengan kadar yang lebih cepat berbanding orang dewasa. Tambahan lagi, detoxification system semulajadi anak-anak kurang matang berbanding orang yang dewasa.

Sekiranya anda atau pasangan anda merokok, sila jauhkan anak anda. Asap rokok mengandungi lebih 4000 jenis toksin yang kebanyakannya boleh mengganggu atau membunuh sel-sel dalam badan (Beverly Kingsley, Ph.D, ahli epidemiologi, Smoking and Health di Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta)

Ikut nasihat doktor


Tiada manfaat memaksa doktor atau pakar pediatrik menulis preskripsi antibiotik apabila anak anda mendapat demam, selesema atau sakit tekak.

Ini kerana, antibiotik adalah untuk merawat penyakit yang disebabkan bakteria. Bukannya virus! Menurut seorang Prof. Paediatrik dan kesihatan awam di Boston School of Medicine, Howard Bauchner, M.D menjelaskan, “Majoriti penyakit kanak-kanak adalah disebabkan virus”.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...