Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Aug 25, 2017

Makanan hebat untuk si manja

Kak Ida senaraikan lapan makanan hebat untuk si manja membesar bagai johan seperti Kapten Junior.


Jom kita tengok apa dia?

Susu


Membantu perkembangan tulang, gigi, rambut dan juga kuku, susu adalah minuman yang sihat dan kaya dengan protein untuk anak lebih sihat dan cergas.

Hanya minum dua gelas setiap hari bagi memenuhi keperluan kalsium mereka.
Tahukah anda, 9/10 anak-anak tidak memenuhi keperluan penyusuan mereka ketika mereka sedang membesar.

Bayam


Eh tak sangka bayam yang biasa kita makan pun berkhasiat untuk menambah sel darah merah kerana ia kaya dengan folate.

Telur


Telur boleh mambantu anak-anak rasa kenyang lebih lama . Ini mengelakkan anak-anak rasa nak makan makanan ringan saja.

Telur juga kaya dengan kandungan protein dan vitamin D selain mineral serta lemak.

Badam


Bagus untuk perkembangan tubuh dan otak anak-anak, ini kerana badam mengandungi lemak yang sihat.

Madu


Madu adalah makanan kesihatan sejak berkurun lamanya. Ia membantu melegakan radang, anti-bakteria dan menyihatkan hati.

Awas, beri anak anda madu hanya setelah dia berusia 1 tahun ke atas.

Tomato


Bagus untuk kesihatan tulang anak-anak, tomato padat dengan khasiat lycopene, vitamin A dan vitamin K.

Kurma


Nak bina kesihatan imun, perlulah jaga kesihatan perut dulu kerana kesihatan ini bermula dengan pemakanan yang baik. Tambah serat dalam diet anak-anak dengan kurma!

Anggur


Anggur enak dimakan segar atau kering. Bila kering, jadilah kismis. Anggur membantu dalam kesihatan jantung kerana mempunyai antioksidan yang tinggi.

Jom, beri anak makanan hebat pada anak-anak untuk kesihatan yang baik dan meningkatkan daya imunisasi dengan semulajadi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...