Home »

Aug 18, 2017

Lima makanan terbaik untuk anak

Apa lima pilihan makanan terbaik untuk anak-anak.


Jom Kak Ida kongsikan disini.

Yogurt

Tindakan bijak memberikan yogurt kepada anak-anak terutama ketika sakit demam dan selsema.

Prebiotik adalah bakteria yang memberi manfaat menguatkan sistem imun.

Anak tidak suka yogurt kerana rasanya yang masam?
Sumber prebiotik selain yogurt seperti kultur susu juga boleh atau boleh dapatkan nasihat doktor pakar paedratik (pakar kanak-kanak) tentang makanan tambahan prebiotik untuk anak-anak.

Ubi Keledek


Warna oren pada ubi keledek menunjukkan kelebihan kaya dengan Vitamin A , nutrisi penting kepada sistem imun yang membanti tisu dalam mulut, usus, saluran pernafasan dalam keadaan sihat.

Hanya setengah cawan ubi keledek masak setiap hari cukup memenuhi keperluan Vitamin A anak-anak.

Resepi 'fries' ubi keledek boleh dimasak dengan oven tau. Sangat ringkas dan menyelerakan. Dapatkan resipi melalui Google dan Youtube.

Daging


Daging secara semulajadi kaya dengan protein merupakan komponen penting kepada sistem imun.

Daging selain kaya dengan protein juga kaya dengan sumber zink dan mineral yang digunakan badan untuk menghasilkan sel-T iaitu peranan penting dalam imunisasi.

Sup ayam


Macam tidak percaya, kan? Sup ayam yang 'ceroi' pun ada manfaatnya. Orang yang sakit pun macam tak sakit bila menghirup sup ayam!

Kelebihan sup ayam kerana pelbagai bahan seperti rempah-ratus dalam sup menjadikannya pesakit rasa lebih baik dan boleh menikmati makan dengan mudah kerana sup adalah berbentuk cecair.

Penyelidik menganggap kelebihan pelbagai bahan mempunyai kelebihan anti-radang yang boleh melegakan jangkitan saluran pernafasan.

Minuman suam


Penyelidikan yang dibuat, pesakit yang mempunyai tanda selsema apabila menghirup air panas atau suam, dapat memberi kelegaan kepada hidung, batuk, bersin, sakit tekak, menggigil dan keletihan.

Budaya Arab pula, jika anak sakit demam dan selsema ibu beri minum air teh yang dicampur dengan madu atau limau pasti melegakan. Cuba ya. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...