Home »

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Assalammualaikum dan salam sejahtera

May 14, 2017

Corat-coret Bisnes Review

Corat-coret Bisnes Review Ana Edar.
  1. Pertama kali Kak Ida berpeluang mengikuti trip Ana Edar membuat Bisnes Review di luar dari HQ Ana Edar. Kali ini HQ memilih PD Sanctuary, Port Dickson, Negeri Sembilan.
  2. Trip bisnes kali ini Kak Ida tidak membawa Aisyah kerana beliau perlu menghabiskan Peperiksaan Pertengahan Tahun di sekolah agama.
  3. Gara-gara terbaca status Kak Ann supaya menapau nasi, Kak Ida sampai di PD Sanctuary jam 2.30 petang. Beberapa kali berhenti kerana melihat "asap" di tepi jalan. Rupa-rupanya ada menu "salai ikan keli". Malangnya, Kak Ida tidak memakan ikan sungai.
  4. Kak Ida dan keluarga duduk dibilik Studio C3-5. 
  5. Suasana "camp" membuatkan Kak Ida rasa seperti menjalani Kursus Induksi kali kedua. 
  6. Jadual yang padat bila kali ini membuatkan Tuan Izzuddin menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya ketepatan masa. 
  7. Kumpulan QKN kali ini diketuai oleh PPN, Cik Puan Noor Hasyimah Idris dan Abe Noor, barisan PPW, Tuan Mohd Shahril, Cik Puan Nuraihan Nordin dan Cik Puan Azurah. Manakala PP pula ialah KY, IK dan Lin.
  8. QKN duduk di kumpulan dua yang diketuai oleh KY.
  9. Mujur Syim tidak meng'IC'kan anaknya dengan 05.
  10. Ketua kumpulan "berhak" memilih sesiapa untuk dijadikan sebagai "presenter". Jadi, sesi BR pertama teruk "dibelasah" oleh PP Nuraihan.
  11. Tuan CEO menyatuni kami pada waktu petang. Dalam Ana Edar bukan untuk jadi penjual, tetapi mendidik minda menjadi usahawan atau entrepeuners.
  12. Tuan Amran kami gelarkan "muka bonus" gara-gara isu berkaitan bonus akan dirujuk pada beliau. 
  13. Slot bersama Tuan Amran yang menarik perhatian Kak Ida adalah berkaitan dengan Ana I-Shoppe. Video tentang Qaseh Gold Junior juga tidak kurang menariknya. Sama-sama kita nantikan.
  14. Kak Ida bersyukur bila mana di Ana Edar Kak Ida kerana berpeluang bertentang mata dengan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Ustaz menyampaikan ceramah "Bagaimana menjadi "driver" yang terbaik. Insya Allah, di post akan datang Kak Ida akan berkongsi tentang intipati ceramah.
  15. Sifu Nasiron sempat "meninggalkan" task yang perlu dihantar keesokan harinya pada jam 6.45 pagi.
  16. Menu BBQ yang disajikan sangat sedap. Ada kambing, ikan cencaru, sosej, ayam. Turut disediakan nasi goreng dan nugget. Tinggal perut boleh makan atau tidak sahaja.
  17. Hari kedua membuatkan kami tertanya-tanya apakah program pada waktu pagi. Adakah 10 ribu langkah yang diketuai oleh Sifu Nasiron? 
  18. Rupa-rupanya tidak. Kami cuma perlu melangkah beberapa tapak. Tetapi jalan tersilap langkah, kami akan di"bom" oleh Sifu. Objektif program ini adalah untuk memastikan kami fokus dan strategi.
  19. Sesi ini sangat mengerikan kami bila Syim juga "mengambil bahagian".
  20. Kak Ida berkesempatan juga untuk personal coaching dengan Cikgu Rosman. Alhamdulillah.
  21. Percaya atau tidak, ada leader yang menikmati bonus rangkaian RM15K sebulan.
  22. Bisnes Review melibatkan banyak aktiviti dalam kumpulan. 
  23. Sesi "pecah kepala" adalah pada BR sesi terakhir. Berasap-asap kepala leader. Semua jumlah yang keluar adalah tujuh angka.
  24. Kumpulan QKN dapat tempat kedua keseluruhan.
  25. Sesi terakhir adalah bergambar. Tidak lengkap rasanya tanpa sesi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...