Home »

Sep 14, 2015

Kordial Habbatus Sauda

Alhamdulillah

Satu produk baru telah masuk ke kedai online kami.

Kordial Habbatus Sauda!


Sebelum itu, jom kita baca apa itu Habbatus Sauda?

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara seperti Mesir, di selatan Eropah, Syria, dan sedikit di Asia Tengah seperti di Iran dan India.


Biji-bijinya berwarna putih dan akan bertukar hitam bila matang. Nama saintifiknya adalah Nigella Sativa. Ia juga dikenali dengan nama Black Seeds, Habbatus Sauda/Barakah (Arab), Kalounji (India), Black Cumin (Inggeris), Jintan Hitam (Melayu) serta banyak lagi.


Habbatus Sauda banyak disebut-sebut dalam kitab-kitab lama sebagai penawar pelbagai penyakit. Digunakan sebagai herba perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi dan tercatat di dalam banyak literature kuno mengenai ahli perubatan terdahulu seperti Ibnu Sina (980-1037M) dan Al-Biruni (973-1048M), Al-Antiki, Ibnu Qayyim dan Al-Baghdadi. Nabi Muhammad (SAW) telah mengamalkannya sejak seribu tahun dulu. Minyak Habbatus Sauda juga dijumpai tertanam bersama mumia Tutankhamen di Mesir sebagai ubat untuk bekalan di kehidupan lain seperti kepercayaan mereka.


Mereka yang ingin mencuba kordial Habbatus Sauda, satu botol dijual dengan harga RM 22.90 untuk 1 liter. 


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...