Nov 7, 2014

Bayi yang enggan menyusu daripada botol

Ibu mesti lebih risau terutama ibu-ibu baru yang ingin bekerja semula setelah melahirkan anak. Selain itu, ibu juga turut bimbang dengan meninggalkan anak di taska atau dirumah pengasuh jika anak menolak menyusu menggunakan botol.


Antara beberapa cadangan yang dapat dikongsikan adalah:-
  1. Menjadikan waktu penyusuan botol seperti permainan. Jangan paksa sekiranya bayi tidak mahu mengambil botol. Waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai kerana bayi berada dalam keadaan segar dan ceria.
  2. Elakkan terus menyusu daripada payudara sekiranya bayi menolak botol. Bermain-mainlah dengan bayi selama lebih kurang 10 minit dan cuba semula memberinya botol.
  3. Bukan ibu yang memberikan susu menggunakan botol. Minta tolong suami atau pengasuh.
  4. Beri botol semasa bayi masih baru bangun daripada tidur.
  5. Pelbagaikan posisi penyusuan.
  6. Bedung bayi dengan kain ataupun baju ibu supaya bayi terasa dekat dengan ibunya.
  7. Berikan botol sambil berjalan-jalan di luar rumah atau semasa memandikan bayi.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Nov 5, 2014

Tips mengawal kemarahan


Luangkan waktu
Sebelum bertindak balas terhadap situasi yang membuatkan anda marah, sebaiknya diam sejenak. Tarik nafas dalam-dalam, kira sampai 10. Beredar seketika untuk menghindari situasi yang tegang.

Setelah tenang baru luahkan
Setelah tenang dan boleh berfikir dengan jelas, baru ungkapkan rasa kesal anda dengan cara yang baik dan tidak berapi-api. Luah perkara yang mengganggu fikiran dengan jelas tanpa menyakiti orang lain.

Bersenam
Aktiviti fizikal mampu digunakan untuk mengendalikan emosi. Jika merasa kemarahan sudah berada di ubun-ubun, berjalan-jalan sejenak atau berlari. Habiskan waktu untuk melakukan aktiviti fizikal untuk mengalihkan perhatian daripada kemarahan. Aktiviti fizikal mengeluarkan hormon gembira.

Berfikir sebelum bercakap
Ketika kemarahan sedang meluap-luap, sering kali mereka mengeluarkan kata-kata yang kemudian disesali. Jadi sebelum memuntahkan semua kemarahan, sebaiknya berfikirlah dengan waras.

Cari penyelesaian
Daripada fokus kepada perkara yang membuatkan anda marah, sebaiknya fokus pada penyelesaiannya. Ingatkan diri bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan boleh membuatnya lebih tidak tentu arah.

Jangan berdendam
Maaf adalah penawar yang paling kuat. Jika membiarkan kemarahan dan perasaan negatif melebihi perasaan positif, anda kemungkinan akan bersikap buruk dan tidak adil. Untuk itu, lebih baik jika mampumemaafkan seseorang yang membuat anda marah. Jadikan kemarahan dan kesalahan orang lain sebagai pengajaran.

Berjenaka
Gunakan humor dan jenaka untuk membuat suasana lebih ringan. Jangan gunakan humor yang sarkastik kerana akan menyinggung orang lain dan membuat masalah semakin rumit.

Bertenang dan relaks
Ketika anda mula berasa marah, kemampuan untuk relaks mungkin sangat diperlukan. Lakukan latihan untuk menarik nafas dalam-dalam, membayangkan sesuatu dan meluahkan kata-kata yang boleh membuat rasa tenang. Anda juga boleh mendengar muzik, menulis jurnal atau melakukan yoga.

Tahu bila harus meminta bantuan
Jika masalah mengendalikan amarah menjadi semakin parah dan anda berasa tidak sanggup untuk melakukannya, sebaiknya segera cari bantuan orang lain. Ini boleh mencegah daripada melakukan perkara lebih buruk dan menyakiti orang yang anda sayangi.

Cara kawal kemarahan dari perspektif Islam
Berwuduk

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dibuat daripada api. Api itu hanya dapat dipadamkan dengan air.

Membaca al-Quran
Ayat-ayat al-Quran menjadi penawar sakit rohani dan jasmani. Jika badan dan emosi tidak stabil segerakan membaca surah-surah suci.

Berzikir dan beristighfar (memohon ampun)
Zikir paling mudah diamalkan. Boleh dibacakan untuk diri sendiri apabila berasa marah atau kepada orang lain untuk meredakan marah atau panas baran mereka. Dibaca diulang-ulang sambil menggosok dada.

Berselawat
Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi adalah kunci kepada penyelesaian banyak masalah.

Beriktikaf di dalam masjid
Minda kita perlu kepada kelapangan dan ruang. Sifat semula jadi minda kita sukakan ketenangan. Masjid merupakan kawasan lapang yang mampu meredakan kekusutan jiwa.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Nov 4, 2014

Petua redakan anak demam

Petua Redakan Anak Demam

Demam adalah penyakit biasa yang akan menyerang semua orang termasuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya serangan demam akan menyebabkan suhu badan si kecil meningkat dan panas, tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa. Ia amat merisaukan ibu bapa terutama yang perlu meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.

Bahkan bayi dan anak-anak kecil yang demam akan kerap merengek kerana tidak selesa dengan keadaan suhu badan yang panas.


Berikut adalah petua tradisional menurunkan suhu badan yang panas.
  1. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan.
  2. Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. Insya-Allah, panas badannya akan turun.
  3. Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.
  4. Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepal. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendir. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan.
  5. Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.
  6. Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan itu ditempekkan ke dahi bayi atau anak kecil yang demam. Bila parut sudah kering, gantikan dengan yang baharu sehingga suhu turun ke paras biasa.
Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...