Tetapi saya terjun ke dunia MLM dengan zero knowledge tentang MLM.
Yang saya tahu, setiap hujung bulan, saya akan terima satu whatsapp dari upline,
"Kak Ida, cukupkan satu saham..."
ataupun,
"Kak Ida, lagi dua NM sahaja lagi nak cukupkan lagi satu saham..."
Ha? Satu saham?
... dan selalunya Kak Ida akan abaikan kata-kata tersebut.
Berdetik di hati,
"Aku dah berniaga pun dah cukup baik, ini nak paksa-paksa pula cukupkan satu saham!"
Hampir setengah tahun Kak Ida membazirkan masa dengan menjadi "budak sombong!"
Sehingga Kak Ida ternampak status Syim beliau menghadiri Malam Extravaganza.
Tidak silap Kak Ida, tema ketika itu merah dan hitam.
Eh?
"Kenapa aku tidak dapat?"
"Rasanya aku pun menjual juga?"
Di sinilah bermulanya titik pusing atau "turning point" Kak Ida.
Tahun 2015, Kak Ida mula belajar. Belajar dari bawah.
Apa itu MLM.
Apa itu konsep berjemaah.
Kak Ida PAKSA diri Kak Ida untuk belajar sesuatu yang baru.
Yang di luar bidang Kak Ida. Kiranya tidak terjangkau dek fikiran yang sekarang betul ke aku hendak berniaga? Yang memerlukan berganda-ganda kali usaha berbanding makan gaji.
Di sinilah Kak Ida akui "part" inilah ramai RANIA akan mengalah.
Ibarat berundur dari medan peperangan sedangkan perang belum bermula.
Bila mana RANIA menjual tanpa ilmu.
Bila mana RANIA membuat sesuatu dengan semberono atau membuta tuli.
Betul kan?
Kita membuat perkara di luar kebiasaan kita.
Selalunya hujung minggu kita sedang bergolek-golek dengan anak.
Selalunya hujung minggu kita sedang enak lagi di atas katil.
Tetapi, bila sudah berniaga kita terpaksa pula ke kelas ilmu.
Terpaksa pula itu...
Terpaksa pula ini...
Disinilah, betapa pentingnya kita duduk dengan orang yang positif.
Orang yang sentiasa "ada" dengan kita.
Dulu Kak Ida akan mudah tersentap, bila RANIA left group.
Sekarang, Kak Ida sudah menganggap perkara biasa. Mereka belum ingin bersama-sama dengan Kak Ida untuk mencapai kebebesan kewangan.
Untuk berjaya adalah dari dalam DIRI SENDIRI.
Bukan Kak Ida,
Bukan Sifu Nasiron...
Waima Ustaz Haslin!
Semuanya DIRI SENDIRI.
Anda yang mencorakkan kehidupan dan kewangan.
Anda hendak RM 3000 sebulan, tetapi usaha seperti RM 30?
Sedangkan dunia tidak berhutang apa-apa pun dengan kita.
Allah akan pandang setiap usaha kita. Setiap letih kita, setiap air mata kita, setiap apa yang kita kerjakan.
Alhamdulillah, Kak Ida bersyukur dipertemukan dengan Qaseh.
Catatan sang pengembara
8.23 am
Allah akan pandang setiap usaha kita. Setiap letih kita, setiap air mata kita, setiap apa yang kita kerjakan.
Alhamdulillah, Kak Ida bersyukur dipertemukan dengan Qaseh.
Catatan sang pengembara
8.23 am
No comments:
Post a Comment