Showing posts with label Treatment Gel 6 in 1. Show all posts
Showing posts with label Treatment Gel 6 in 1. Show all posts

Sep 2, 2017

Manfaat treatment gel 6 in 1

Krim treatment gel 6 in 1 ini memberi "sentuhan mesra" pada kulit terutama kulit kanak-kanak yang mampu membantu menyembuhkan luka dan membasmi kuman.

Antara kebaikan treatment gel 6 ini 1 ini ialah:-


Treatment gel 6 in 1 dapat melindungi luka dengan cara memperlambatkan bakteria yang ada pada luka. Secara tidak langsung, krim ini membantu menghalang jangkitan kuman.


Pembentukan sel kulit baru juga dapat dipercepatkan dengan membentuk sel kulit baru pada luka serta meningkatkan pembentukan kolagen sehingga luka dapat segera pulih dan tidak meninggalkan kesan parut.


Membantu mengatasi pelbagai jenis luka yang ringan termasuk luka terbakar (Peringkat 1) serta luka kerana gigitan serangga.

Treatment gel ini juga dapat digunakan untuk membantu mengatasi luka akibat jerawat.

Jun 1, 2016

Cara hendak menghilangkan ruam lampin

Alhamdulillah,

Berkesempatan untuk membuat perkongsian tentang bagaimana cara hendak menghilangkan ruam lampin.












Semoga bermanfaat

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504


Oct 15, 2015

Ekzema

Bayi sering mengalami ekzema di dahi, dagu dan kulit kepala. Ekzema ialah kulit kering dan gatal yang timbul di sekitar badan bayi bermula dari usia tiga atau empat bulan. Jika dibiarkan, ekzema akan menjadikan kulit kelihatan merah, bernanah dan berkerak.

Lazimnya, kulit bayi yang mengalami ekzema tidak dapat berfungsi dengan baik dan kurang efektif untuk melindungi kulit daripada kehilangan lembapan, panas dan jangkitan bakteria. Ekzema sering terjadi apabila kulit sangat kering dan berhubung dengan sumber-sumber yang menyebabkan iritasi atau alergik serta apabila kulit dijangkiti.


Ekzema memerlukan rawatan untuk bagi masalah kulit kering dan radang kulit.

Rutin mandi yang baik dan penggunaan produk yang selamat dan lembut adalah perkara penting untuk merawat masalah kekeringan kulit.

Anda boleh mencuba Treatment Gel 6 in 1. Kerana ia membantu merawat sebarang masalah kulit.


Treatment gel ini mengandungi gabngan 6 ramuan yang terkenal di dunia iaitu:-
  1. Gamat - merupakan kolagen semulajadi yang dapat memulihkan sel rosak.
  2. Virgin Coconut Oil (VCO) - mudah meresap untuk melembapkan kulit.
  3. Propolis - mencegah jangkitan kulit.
  4. Aloe Vera - merawat sel rosak untuk kulit lebih sihat.
  5. Gingko Biloba - sebagai anti oksida.
  6. Vitamin E - untuk kulit lebih lembut dan sihat.
Treatment gel 6 in 1 didatangkan dalam bentuk tiub supaya lebih mudah untuk dibawa kemana-mana.

Testimoni pengguna treatment gel 6 in 1


Perkongsian tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

www.bykamilia.com

Jun 19, 2014

Ekzema

Apa itu Ekzema
Anak anda berkemungkinan mendapat ekzema jika ada ahli keluarga yang mempunyai masalah ini atau mengalami alahan yang lain. Ekzema boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur. Kira-kira 85 peratus kanak-kanak yang menghidap ekzema, mengidapnya pada umur bawah 5 tahun.



Tanda

Tanda-tandanya ialah kulit kering dan gatal, tompok merah dan kasar pada pipi, celah siku, lutut dan buku lali, kulit kepala dan leher. Pada bayi, ruam ekzema biasanya muncul pada bahagian pipi dan dipanggil ruam susu. Kadang-kadang ia boleh timbul pada kulit kepala, menyerupai kelumumur.

Punca

Masalah kulit ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dan ini menyukarkan rawatannya. Antara pencetus ekzema ialah:
  • Alahan terhadap susu lembu.
  • Wangian pada sabun, syampu dan losyen.
  • Faktor persekitaran seperti habuk, debunga dan bulu haiwan.
  • Alahan terhadap makanan - bayi yang menyusu juga tidak terkecuali kerana dia mungkin alah kepada sesuatu yang dimakan oleh ibunya.
Rawatan tidak dapat menyembuhkan masalah ini sepenuhnya, tetapi ia dapat dikawal.

Pencegahan
Sekiranya anak anda mempunyai masalah ekzema, segera bawanya berjumpa doktor. Selain itu, anda dapat mencegahnya dengan:-
  1. Memastikan pakaian anak anda diperbuat daripada gentian semulajadi seperti kain kapas.
  2. Elakkan daripada menggunakan sabun basuh dan pelembut kain yang mengandungi wangian.
  3. Pastikan air mandian tidak terlalu panas dan guna pembersih kulit tanpa wangian. Gunakan krim pelembap tanpa wangian selepas mandi.
  4. Bilik tidur dan tempat bermain perlu bebas daripada permaidani.
  5. Elakkan daripada memelihara haiwan kerana bulunya boleh menyebabkan alahan.




Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Jan 17, 2014

Penjagaan punggung bayi

Penjagaan punggung bayi
  1. Bayi perempuan akan mengalami kebasahan di bahagian belakang ketika kencing. Cara yang paling baik ialah melipat lampin dalam bentuk segi empat supaya dapatkan lebih lapisan di belakang. 
  2. Bayi lelaki pula mengalami kebasahan di bahagian hadapan lampin. Oleh itu, lipatkan lampin dalam bentuk layang-layang supaya dapat lebih lapisan.
  3. Jika anda menggunakan kepala pin sentiasa dihalakan dari badan bayi. Pastikan anda menggunakan pin yang mempunyai penahan keselamatan di hadapan. 
  4. Kepala pin, letakkan tangan anda di antara lampin dengan badan bayi untuk melindungi kulit bayi daripada tercucuk. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...