Showing posts with label Homeschool. Show all posts
Showing posts with label Homeschool. Show all posts

Mar 9, 2017

Homeschool: Aktiviti Collage

Projek Homeshool Anak Junior.

Menghabiskan masa lapang kerana anak-anak cuti kuarantin kerana chicken pox, Kak Ida ambil keputusan untuk membuat projek homeschool.

Aktiviti hari ini Collage (Tampal-menampal).

Collage ialah kerja tampal-menampal yang menggunajan kertas-kertas contohnya suratkhabar, kertas berwarna atau sebarang kertas yang telah dikoyak-koyak.

Bahan yang diperlukan:
Kertas warna
Suratkhabar terpakai
Gam

Collage sangat menuntut hasil kreativiti kerana ianya memerlukan kesabaran, ketekunan dan kesungguhan dalam menghasilkan sesuatu collage yang berkualiti.

Inilah hasil collage dari Aisyah.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Feb 20, 2017

Lihatlah pada sebatang pensel

Sebenarnya, si dia sedang mengemas beg-beg sekolah Aisyah. Mana pensil yang tumpul, ditajamkan. Mana yang rosak, perlu dibuang, mana yang pendek juga perlu dibuang.

Teringat Kak Ida pada "Lihatlah pada sebatang pensil"

Lihatlah pada sebatang pensil,
"Kita pinjamkan pensil yang sudah diasah pada kawan pertama,
Kawan pertama pulangkan dalam keadaan baik, diasah selepas digunakan
Kita ambil dan letak dalam kotak pensil"

Begitulah juga dengan diri kita. Kalau kita pulang pada Allah dalam keadaan yang baik, maka Allah akan letak kita di tempat yang baik iaitu Syurga.

Lihatlah pada sebatang pensil,
"Kita pinjamkan pensil yang sudah diasah pada kawan kedua,
Kawan kedua pulangkan dalam keadaan mata patah,
Kita asah balik sebelum letakkan balik didalam kotak pensil"

Begitulah juga dengan diri kita. Kalau kita pulang pada Allah dalam keadaan yang kotor, Allah tentu akan menberi seksaan dahulu sebelum meletakkan kita ke tempat yang baik.

Lihatlah pada sebatang pensil,
"Kita pinjamkan pensil yang sudah diasah kepada kawan ketiga,
Kawan ketiga pulangkan dalam keadaan patah dua,
Kita bengang pada kawan kita, kemudian kita buang pensil itu ke dalam tong sampah"

Begitulah juga dengan diri kita. Kalau kita pulang pada Allah dalam keadaan yang di murkai, seperti murtad, neraka selama-lamalah jawabnya.

Lihatlah pada sebatang pensil,
"Tangan kita menulis apa sahaja mengikut acuan dan kehendak kita atas dasar baik ataupun buruk menggunakan pensil"
Begitulah juga dengan diri kita. kita akan mampu berjaya dalam kehidupan ini seandainya kita dibimbing oleh orang-orang yang positif. Lebih bagus dan pasti lebih berjaya jika kita sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Namun, jika kita membiarkan diri kita hanyut tanpa bimbingan, bergaul dengan mereka yang salah serta mengikut telunjuk syaitan. pasti kita akan rugi dan gagal.

Lihatlah pada sebatang pensil,
"Pensil yang tumpul haruslah kita asah banyak kali untuk meneruskan menulis, kalau pensil tu tumpul, susah kita nak menulis dengan sempurna"
Begitulah juga dengan diri kita. Hakikat hidup ini sentiasa penuh dengan liku-liku yang mencabar. Kadang-kadang kita berada di atas, esoknya kita berada di bawah. Semua kejadian dan ujian dariNya sebenarnya untuk membina dan mengasahkan lagi kekuatan diri kita, kekuatan iman kita, dan kekuatan ketaqwaan kita kepadaNya.

Lihatlah pada sebatang pensil,
"Kebanyakan pensil yang ada di market sekarang, mesti ada pemadam di hujungnya, maka boleh kita gunakan untuk memadam tulisan andai ada kesalahan pada penulisan"
Begitulah juga dengan kehidupan kita. Andai ada tersilap langkah, kita perlu memperbaiki kesilapan itu dan jangan mengulanginya. Ya, memang kita bukan manusia yang sempurna seperti maksumnya Nabi Muhammad S.A.W. Segala kesalahan akan mematangkan kita. Kegagalan adalah pengalaman yang berharga sebelum kita mencapai kejayaan. Kejayaan itu adalah kegagalan yang diputarbalikkan. Namun, jangan biarkan diri sentiasa dalam kegagalan. Sentiasalah berkeinginan untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik.

Lihatlah pada sebatang pensil,
"Tidak kiralah kita menulis samada di kertas mahupun di dinding, tetap meninggalkan kesan atau bekas tulisan dan pensil itu akan terus digunakan untuk menulis"
Begitulah juga dengan kehidupan kita. Dalam apa situasi yang kita buat kat dunia ini, pasti akan meninggalkan kesan baik ataupun buruk. Maka, banyakkanlah berbakti kepada ibu bapa kita, dan ornag keliling kita. Jangan sesekali kita menyakiti orang lain kerana mereka akan ingat selama-lamanya.

Terkedu Kak Ida bila merenung semula bait-bait Lihatlah pada sebatang pensil tersebut, 

Tiba-tiba Kak Ida mendapat idea yang menarik. Aktiviti homeschool yang mudah bersama Aisyah. 

Taddaa...



Sempat Kak Ida membuat pertandingan LIKE terbanyak di facebook. 

Ya, seperti yang sudah dijangkakan, Aisyah menang. Bukan menang nipis, tetapi menang dengan jayanya, Hihihi

Banyak sudut pandangan yang membuatkan Aisyah menang, antaranya zig zag yang banyak, glitter dari serbuk pensel yang ditabur, dan juga susun atur. Nampak sangat ibunya "tangan keras"!

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Jun 15, 2016

Kelebihan kanak-kanak bermain puzzle

Antara projek ‪#‎homeschool‬ dari RANIA saya.

Bermain puzzle dengan kotak ‪#‎QasehGoldJunior‬


Kelebihan kanak-kanak bermain puzzle.

1. Mengaktif, meransang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna.

2. Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak-kanak kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yang betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan-kepingan kecil puzzle.

3. Melatih pemikiran logik.

4. Melatih kesabaran dan ketabahan kanak-kanak ketika menyelesaikan puzzle.

5. Meningkat pengetahuan tentang bentuk dan ruang dengan meneliti kepingan dan bentuk-bentuk puzzle.

6. Meningkatkan kemahiran bermasyarakat dan merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa untuk berbual dengan kanak-kanak dan berkongsi menyelesaikan masalah bersama-sama.

7. Melatih kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Malah jigsaw paling mudah akan memerlukan mereka untuk berfikir tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk sempurnakan puzzle tersebut.

8. Puzzle juga boleh digunakan sebagai alat bantuan pendidikan untuk mengenal nombor, warna, huruf, dan lain-lain lagi.

Hendak tahu projek #homeschool akan datang dengan Qaseh Gold Junior dengan jemaah kami?


Jun 6, 2016

Perkongsian dari group homeschooling


1. Lewatkan masa bersahur. Tidak perlu sama waktu dengan orang dewasa. Sahur untuk anak yang berumur 4-6 tahun adalah pada jam 6 pagi.

2. Jika anak terlalu lapar, contohnya jam 11 pagi sudah merengek lapar susu, ibu berikanlah susu. Bagitahu pada anak,

"Adilah sudah buka puasa ni... Lepas minum susu, tutup balik puasa tadi ya..."

3. Alih perhatian anak-anak dengan aktiviti indoor yang tidak meletihkan badan..

4. Minta anak-anak tidur pada waktu tengahari.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504


Sep 12, 2014

Tips memberi nama anak

Tips memberi nama anak
Memberikan nama untuk anak itu sudah pasti sukar. Jika salah pilih mungkin akan menyusahkan anak itu nanti.

1. Nama itu mengandungi doa.
Pilih nama anak yang mempunyai unsur doa. Nama anak itu mencerminkan harapan ibu bapa.

2. Nama yang mudah disebut.
Nama anak mudah dibaca dan mudah ditulis. Jangan sehingga 8 suku kata. Dua suku kata adalah yang terbaik. Biasanya nama yang panjang akan dipendekkan. Contohnya Roslizawati akan dipanggil Ros.

3. Nama jangan terlalu panjang.
Nama yang panjang menyukarkan kepada anak itu untuk urusan rasmi misalnya ketika mengisi borang dan sebagainya. Malah sukar untuk diingati oleh kenalan baru.

4. Ketahui erti nama
Ketahuilah erti nama anak. Jangan memberikan nama hanya kerana sedap disebut atau cantik apabila ditulis namanya. Bimbang nama itu membawa erti kejahatan dan kemiskinan.

5. Jangan kebaratan.
Tonjolkan budaya tempatan pada nama anak. Banggalah menjadi umat Islam yang mempunyai identiti dan maksud yang indah.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Jan 17, 2014

Panduan membawa anak keluar

Panduan membawa anak keluar
Membawa anak keluar sama ada mengunjungi pusat beli-belah, bersantai atau ke rumah saudara-mara pastinya memberi pengalaman berharga terutama kepada ibu bapa yang baru saja memperoleh cahaya mata pertama.


Pada usia tiga bulan, si kecil sudah boleh dibawa keluar asalkan ibu bapa membuat persediaan rapi dengan menyediakan keperluan dan memastikan keselamatan mereka. Antara panduan yang boleh diikuti ibu bapa ialah:
  1. Jika perjalanan melalui udara, berikan susu atau makanan ketika kapal terbang berlepas dan mendarat untuk menghilangkan kesakitan di telinga. 
  2. Bawa krim ruam lampin, beg untuk lampin terpakai serta lampin yang mencukupi sepanjang perjalanan. 
  3. Jangan lupa bawa semua ubat-ubatan sebagai persediaan sekiranya anak selesema atau demam terutama sekiranya anda ingin bermalam di sesuatu tempat. 
  4. Bawa topi, losen serta krim pelindung matahari (dengan perlindungan SPF15 atau lebih untuk bayi anda. Bayi di bawah usia enam bulan harus mengelak daripada cahaya matahari terutama antara jam 11 pagi hingga 3 petang pada hari yang cerah dan panas. 
  5. Dapatkan tirai yang boleh ditanggalkan untuk tingkap kereta supaya dapat melindungi kulit dan mata bayi anda daripada sinaran matahari. 
  6. Jika perjalanan dengan kereta, bayi patut sentiasa duduk di dalam kerusi kereta bayi yang menghadap ke belakang, sebaik-baiknya ia terletak di tempat duduk belakang kereta. Jangan letakkan kerusi ke 
  7. Luangkan masa sebelum anda bertolak untuk memastikan kerusi kereta bayi dan tali pinggang keledar dipasang dengan betul pada kerusi kereta bayi. Pastikan alat penahan kerusi dipasang dengan ketat dan kukuh pada bayi anda. 
  8. Jika anda tidak menyusui bayi, bawa susu formula, botol susu, air panas serta makanan seperti roti atau biskut bagi memastikan anak tidak kelaparan ketika dalam perjalanan atau di tempat yang dituju. 
  9. Bawa selimut bayi supaya anda boleh berhenti di taman untuk membenarkan bayi anda meregangkan kakinya atau melelapkan mata sejenak. 
  10. Bawa sebuah beg yang berisi beberapa barang mainan kesukaan bayi anda bagi mengelak dia bosan ketika bersiar-siar. 
  11. Sediakan juga baju simpanan anda dan bayi bagi memastikan anda dapat menukar pakaian dengan selesa sekiranya bayi muntah dan mengotorkan baju anda. 
  12. Pakaikan pakaian bayi mengikut keadaan. Jika anda ingin ke pusat beli-belah, pastikan bayi anda memakai pakaian labuh menutup tangan dan kaki serta bawa selimut bersama. Jika anda keluar ke tempat yang panas, pastikan bayi anda memakai pakaian nipis bagi mengelak bayi anda tidak selesa dan meragam. 
  13. Paling penting jangan lupa alat pembawa bayi untuk bayi yang masih kecil supaya dia dapat tidur nyenyak dalam dakapan anda. Anda juga mudah membawanya berjalan-jalan tanpa risaukan dia terjaga daripada tidur.

Apr 13, 2010

Aktiviti untuk Toddler

Disenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh toddler kerika di rumah.



Aktiviti-aktiviti Untuk Toddler Anda

  1. 1. Anak-anak pada usia toddler gemar memasukkan barangan ke dalam sesuatu, dan kemudiannya mengeluarkannya semula.
  2. Potongkan lubang di tengah-tengah penutup bekas plastik margerin. Pastikan tiada tepi yang tajam yang boleh melukakan. Gunakan untuk membolehkan toddler memasukkan pengepit baju, penggulung benang dan barangan lain yang selamat untuk mereka bermain.
  3. Buatkan playdough. Campurkan 3 cawan tepung gandum, 1 cawan garam, 3 sudu besar minyak dan 1 cawan air. Campurkan pewarna makanan supaya lebih menarik. Biarkan toddler anda gunakan penutup balang, kayu aiskrim atau penyepit baju untuk memotong dan membentuk doh tersebut.
  4. Kanak-kanak gemar bermain dengan air. Penuhkan satu timba dengan air. Berikan mereka sabun, cawan pengukur, botol plastik dan span untuk bermain di dalam air. Letakkan tuala di atas lantai supaya tidak licin. (Tetapi ibubapa perlu sentiasa awasi ketika kanak-kanak bermain dengan air).
  5. Toddler suka bermain dengan sesuatu yang berlendir. Campurkan tepung jagung dan air. Biarkan kanak-kanak bermain dengan campuran tersebut di dalam baldi atau mangkuk besar dengan cawan atau sudu besar.
  6. Jika anda ada kotak-kotak kadbod besar seperti kotak peti ais, potongkan pintu dan tingkap untuk membuat rumah mainan mereka. Mereka boleh melukis dan mewarna pada dinding rumah tersebut dengan crayon atau warna air menggunakan berus besar atau span.
  7. Toddler amat suka melukis dengan crayon yang besar. Berikan mereka kertas yang besar untuk mereka melukis sendiri.
  8. Mereka suka bermain ‘rumah-rumah’ atau pondok-pondok dengan anak-anak patung serta melakukan lakonan mengurus rumah dengan sudu, pinggan dan cawan mainan.
  9. Kebanyakan toddler baru belajar berjalan dan berlari. Banyakkan aktiviti berjalan bersama-sama, tetapi pastikan anda memegang sebelah tangan mereka.
  10. Biarkan toddler mengoyak kertas pembalut lama. Kemudian ajar mereka untuk gam semula untuk membentuk kolaj.
  11. Toddler sudah boleh menggunakan buaian dan gelungsur yang rendah dan selamat. Pastikan mereka sentiasa diawasi.
  12. Aktiviti finger-painting juga amat digemari dan membantu. Belikan cairan finger-painting untuk mereka. Atau buat sendiri dengan mencampur shaving cream dengan pewarna makanan.

Perkembangan 1-2 tahun



"Toddler" - 1 tahun dan 2 tahun
Apabila kanak-kanak mula belajar berjalan mereka dipanggil “Toddler”. Selalunya perkataan ini digunakan untuk kanak-kanak berumur 1 - 2 tahun. Fasa “toddler”adalah paling penting di dalam kehidupan kanak-kanak. Pada waktu perantaraan antara dunia bayi dan kanak-kanak inilah mereka belajar dan membesar dengan banyak cara. Segala yang berlaku kepada mereka amat bermakna. Setiap peringkat dan kemahiran yang dikuasai anak-anak ini adalah permulaan kepada satu aras yang baru.

Pembesaran ini berlainan untuk setiap anak-anak. Setiap mereka ada jadual perkembangan tersendiri. Pada masa ini kebanyakan mereka belajar berjalan, bercakap, menyelesai masalah, berhubung dengan orang lain, dan banyak lagi. Satu tugas mereka yang penting adalah untuk belajar berdikari. Sebab itulah mereka selalu mahu melakukan sesuatu dengan sendiri, mempunyai idea sendiri mengenai bagaimana sesuatu perkara mesti berlaku dan mengatakan “tidak” banyak kali dalam sehari. Peringkat ini dikenali dengan banyaknya perkembangan dari segi tumbesaran dan perubahan variasi perasaan yang kadang-kadang kelihatan negatif. Mereka sangat kuat semangat tetapi terbatas dari segi kemahiran. Sebab itulah pada usia begini mereka selalu memaparkan kekecewaan dan perangai meragam.

Kanak-kanak pada umur ini penuh dengan tenaga dan idea untuk meninjau persekitaran mereka. Anda hendaklah memastikan mereka boleh meninjau persekitaran yang selamat. Mereka mahu menjadi bebas, walaupun masih memerlukan anda dalam keadaan yang lain. “Toddler” sangat mengambil berat terhadap kehendak dan idea mereka sendiri. Sebab itulah kita jangan mengharap mereka akan berkongsi. Mereka kadang-kadang menjadi kecewa kerana tiada kemahiran bertutur untuk menyatakan kehendak mereka. Selalunya mereka juga menghadapi kesukaran memisahkan diri dari ibubapa. Kebiasaanya antara umur 2 ½ hingga 3 tahun, kanak-kanak ini mula berminat untuk dilatih berdikari ke tandas. Apabila melepasi umur 3 tahun mereka sudah boleh mula belajar secara tersusun.

UMUR SETAHUN
Perkembangan Fizikal – Mereka mungkin kurang makan tetapi lebih kerap. Mereka mula lebih pandai makan sendiri walaupun selalu tertumpah atau comot. Kadar tumbesan mereka akan lebih perlahan berbanding semasa bayi. Kebanyakan akan boleh berjalan tanpa bantuan ketika berumur setahun 2 bulan. Kebanyakannya boleh berjalan ke belakang dan menaiki anak tangga ketika mencecah setahun 10 bulan. Mereka boleh minum dari cawan dengan sedikit bantuan. Mereka juga boleh menconteng dan menyusun blok.

Perkembangan Sosio-Emosi – Mengamuk dan meragam adalah kebiasaan. Mereka susah untuk berkongsi mainan dan amat mengawal barangan mereka. Mereka mahu melakukan sesuatu sendiri, tanpa bantuan. Mereka tidak ingat larangan. Perasaan mereka berubah dengan pantas. Perasaan mereka selalunya sangat kuat tetapi tidak berpanjangan. Mereka suka bermain sendirian atau di sebelah kanak-kanak lain. Mereka menganggap diri mereka sebagai tumpuan semua orang. Mereka mungkin sentiasa mahukan ibubapa. Mereka juga mula memaparkan perasaan baru seperti cemburu, sayang, bangga dan malu.

Perkembangan Kepintaran – “Toddler” akan menamakan objek atau orang yang mereka biasa. Kadar perhatian mereka amat pendek. Mereka juga sentiasa curiga. Mereka selalu menggunakan perkataan “tak”. Mereka menunjuk kepada objek yang mereka mahu. Mereka boleh menyebut nama anggota badan dan gambar-gambar yang sudah biasa. Mereka meniru bunyi binatang. Mereka boleh memegang pensil dan menconteng. Mereka menggabung dua perkataan untuk membuat satu ayat asas. Mereka menggunakan objek mengikut keperluan mereka. Mereka juga mula memasukkan orang kedua di dalam permainan atau lakonan olok-olok mereka.

UMUR 2 TAHUN
Perkembangan Fizikal
– Mereka boleh berjengket. Mereka mengikut bola dan menendang ke depan. Mereka berjalan, berlari, memanjat, naik dan turun tangga sendirian dan mengorek. Mereka boleh melompat dengan dua kaki. Mereka tidak selesa dengan lampin basah atau kotor. Mereka memisahkan sesuatu objek dan memasang semula. Mereka suka mengetat dan melonggarkan penutup balang atau botol. Mereka juga selalunya amat aktif berbanding peringkat lain di dalam umur mereka.

Perkembangan Sosio-Emosi – Mereka selalu mempertahan keputusan mereka dengan berkata “tak”. Mereka suka meniru kelakuan orang dewasa. Mereka mahu menolong kerja-kerja rumah. Mereka mula bermain permainan mudah dan lakonan olok-olok. Lakonan mereka selalunya pendek dan mudah. Ia selalunya tidak melibatkan orang lain. Kadang-kadang mereka sengaja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang diarah. Selalunya mereka mementingkan diri sendiri dan masih susah untuk berkongsi. Mereka suka bermain berdekatan dengan kanak-kanak lain, walaupun tidak bermain bersama mereka. Mereka tidak menolak untuk membantu. Mereka amat mudah kecewa. Mereka juga masih perlu berasa selamat.

Perkembangan Kepintaran – Mereka menyatakan perasaan dan kehendak. Mereka boleh mengikut arahan-arahan ringkas. Tetapi mereka masih mempunyai jangkamasa penumpuan yang singkat. Mereka menggunakan 3 atau lebih perkataan yang digabung untuk membina satu ayat. Mereka boleh menyambung lagu-lagu mudah. Mereka mempunyai kesukaran membuat pilihan, tetapi mereka tetap mahu membuat pilihan sendiri. Mereka juga mula berfikir tentang sesuatu sebelum melakukannya.

Kredit to: Orange biz :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...