Home »

Apr 13, 2010

Aktiviti untuk Toddler

Disenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh toddler kerika di rumah.



Aktiviti-aktiviti Untuk Toddler Anda

  1. 1. Anak-anak pada usia toddler gemar memasukkan barangan ke dalam sesuatu, dan kemudiannya mengeluarkannya semula.
  2. Potongkan lubang di tengah-tengah penutup bekas plastik margerin. Pastikan tiada tepi yang tajam yang boleh melukakan. Gunakan untuk membolehkan toddler memasukkan pengepit baju, penggulung benang dan barangan lain yang selamat untuk mereka bermain.
  3. Buatkan playdough. Campurkan 3 cawan tepung gandum, 1 cawan garam, 3 sudu besar minyak dan 1 cawan air. Campurkan pewarna makanan supaya lebih menarik. Biarkan toddler anda gunakan penutup balang, kayu aiskrim atau penyepit baju untuk memotong dan membentuk doh tersebut.
  4. Kanak-kanak gemar bermain dengan air. Penuhkan satu timba dengan air. Berikan mereka sabun, cawan pengukur, botol plastik dan span untuk bermain di dalam air. Letakkan tuala di atas lantai supaya tidak licin. (Tetapi ibubapa perlu sentiasa awasi ketika kanak-kanak bermain dengan air).
  5. Toddler suka bermain dengan sesuatu yang berlendir. Campurkan tepung jagung dan air. Biarkan kanak-kanak bermain dengan campuran tersebut di dalam baldi atau mangkuk besar dengan cawan atau sudu besar.
  6. Jika anda ada kotak-kotak kadbod besar seperti kotak peti ais, potongkan pintu dan tingkap untuk membuat rumah mainan mereka. Mereka boleh melukis dan mewarna pada dinding rumah tersebut dengan crayon atau warna air menggunakan berus besar atau span.
  7. Toddler amat suka melukis dengan crayon yang besar. Berikan mereka kertas yang besar untuk mereka melukis sendiri.
  8. Mereka suka bermain ‘rumah-rumah’ atau pondok-pondok dengan anak-anak patung serta melakukan lakonan mengurus rumah dengan sudu, pinggan dan cawan mainan.
  9. Kebanyakan toddler baru belajar berjalan dan berlari. Banyakkan aktiviti berjalan bersama-sama, tetapi pastikan anda memegang sebelah tangan mereka.
  10. Biarkan toddler mengoyak kertas pembalut lama. Kemudian ajar mereka untuk gam semula untuk membentuk kolaj.
  11. Toddler sudah boleh menggunakan buaian dan gelungsur yang rendah dan selamat. Pastikan mereka sentiasa diawasi.
  12. Aktiviti finger-painting juga amat digemari dan membantu. Belikan cairan finger-painting untuk mereka. Atau buat sendiri dengan mencampur shaving cream dengan pewarna makanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...