Showing posts with label Dunia Laktasi. Show all posts
Showing posts with label Dunia Laktasi. Show all posts

Feb 28, 2017

Kursus Rakan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu

Kursus Rakan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu atau Breastfeeding Peer Counselor

  1. Anda seorang ibu yang belum berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya & ingin menambah ilmu buat anak anak di masa akan datang?
  2. Anda seorang ibu yang telah berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu & berhasrat membantu ibu ibu lain dengan ilmu yang sahih lagi tepat fakta?
  3. Anda seorang bakal ibu yang mahu mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan demi cahayamata yang bakal dilahirkan & mahu berbakti kepada masyarakat yang memerlukan bantuan?
  4. Mari bergabung tenaga dan sertai kami untuk menjadi sukarelawan rakan pembimbing penyusuan susu ibu (Breastfeeding Peer Counselor)
  5. Tenaga pengajar & sijil pengiktirafan daripada Pusat Laktasi Kebangsaan Malaysia (NLC).
  6. Pilihan untuk menyertai Group PC dan LC Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) di bawah satu bumbung.
  7. Syarat wajib untuk menjadi Lactation Counselor (LC) adalah bermula daripada pengambilan Kursus Peer Counselor (PC) ini yang memerlukan 20 jam kredit pembelajaran secara teori dan amali.
  8. Jangan terlambat. Daftarlah hari ini!
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Aug 8, 2016

Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2016 Peringkat Zon Selatan

Kepenatan Adilah,

Bila mana menemani saya menghadiri pelbagai program untuk Minggu Penyusuan Susu Ibu.

Bermula di Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2016 Peringkat Zon Selatan di Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Adda, Johor Bahru.

Tema tahun ini adalah Penyusuan Susu Ibu: Kunci kepada Pembangunan Lestari.

Majlis dimulakan dengan walkhaton bermula jam 8.00 pagi.

Antara acara yang dipertandingkan adalah:-

  1. Breastfeeding and babywearers walkathon
  2. Sepanduk paling kreatif
  3. Fotografi kategori ayah 

manakala untuk kanak-kanak adalah pertandingan warna yang bertempat di Genius Aulad yang terletak di atas Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Adda.

Terlebih dahulu, pengacara majlis menerangkan syarat-syarat pertandingan walkhaton dan sesi pemanasan badan dimulakan yang diketuai oleh Cikgu Azleen.

Kemudian, peserta berlepas selepas Dr Hairin Anisa meniup wisel.







Kemudian disusuli dengan Majlis Perasmian




Selain itu, saya turut membuka booth sepanjang program ini berlangsung.




Alhamdulillah, saya berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Sepanduk Paling Kreatif. Hadiah diambil oleh anak saya, Aisyah Insyirah.




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Catatan pengembara,
Ida Kamilia Mudzakir

Aug 3, 2016

Set penyusuan susu ibu

Kami menawarkan set penyusuan susu ibu khas untuk ibu-ibu yang gigih memberikan yang terbaik untuk anak.

Setiap pembelian dengan set yang tertera di bawah, akan mendapat hadiah eksklusif dari kami edisi terhad.





Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Aug 1, 2016

Walkaton Penyusuan Susu Ibu

Alhamdulillah,

Sempena minggu penyusuan susu ibu sepanjang minggu ini.

Menjelang kurang dari seminggu!

Jom siapkan sepanduk!


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Jul 14, 2016

Natal Teeth

Bayi yang mempunyai natal teeth perlu berjumpa dengan doktor gigi kerana gigi tersebut perlu dicabut.


Ini kerana, ia boleh menyebabkan puting ibu luka kerana kesukaran bayi untuk melekap.

Maklumat tambahan, natal teeth adalah berbeza dengan gigi susu!

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Jul 1, 2016

Tanggungjawab seorang ibu

Alhamdulillah...

Tanggungjawab seorang ibu.

Hak seorang anak.


Insya Allah, murahkan rezeki Adilah Insyirah sehingga usia 2 tahun.

Amin!

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Jun 17, 2016

Konsep Asas Penyusuan

Perlu diingat:

KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU. 

Maka bagi ibu-ibu yang mengepam pastikan juga ibu mempunyai jadual mengepam yang tetap dan berdisiplin. Makanlah dengan banyak dan ditambah juga dengan supplement tetapi jika proses stimulasi (melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak tidak akan berlaku.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Kaunselor Laktasi

Jun 9, 2016

Cara menambah penghasilan susuibu

Alhamdulillah, saya kongsikan prinsip dan kaedah dalam menambah penghasilan susu ibu.

  1. Menyusu atau penghisapan seberapa kerap yang boleh. 10-12 kali dalam tempoh 24 jam dan tempoh yang lebih lama.
  2. Posisi dan teknik penyusuan yang betul.
  3. Praktis cara terbaik untuk merangsang refleks prolaktin.
  4. Ibu perlu rehat yang mencukupi.
  5. Ibu perlu mendapat makan dan minum mengikut keperluan.
  6. Bertenang semasa menyusu.
  7. Amalkan petua-petua dalam sesetengah komuniti.
  8. Keyakinan yang tinggi dan sokongan dari orang di sekeliling ibu.
  9. Ibu dan anak memerlukan sentuhan kulit ke kulit.
  10. Ubat-ubatan seperti maxalon dan domperidone (dalam pengawasan doktor perubatan) dapat membantu dalam keadaan terdesak.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Jun 6, 2016

Tips berpuasa untuk ibu menyusu

Tips berpuasa untuk ibu menyusu

Niat berpuasa malam hari kerana Allah swt.

Waktu bersahur dan berbuka, banyakkan minum air kosong, paling kurang 3 gelas.

Makan makanan yang berserat tinggi seperti oat, kurma. Ini bertujuan supaya perut dapat bertahan dari lapar.



Elakkan makan makanan yang pedas ketika sahur. 


Jika dahaga ketika puasa kerana anak menyusu dengan kerap, cuba ibu baca surah Al-Kausar dan sapu pada leher berulang kali.

Insya-allah rasa dahaga akan perlahan-lahan hilang. Surah ini di baca oleh Siti Hajar ketika mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.

Semoga bermanfaat

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

May 29, 2016

Bayi tidak cukup susu

Jom ibu-ibu kita semak mengapa bayi mungkin tidak mendapat cukup susu.







Anda ingin mencuba Qaseh Gold Adinda sebagai tambahan tenaga anda semasa berpuasa dan menyusukan anak?

Boleh berhubung dengan saya beserta konsultasi PERCUMA.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Oct 18, 2015

Berapa susuibu yang diperlukan?

Ibu selalu risau jika susu badan mereka tidak mencukupi untuk bayi. Namun, tahukah anda payudara ibu akan menghasilkan susu secukupnya untuk keperluan bayi kita.


Bagi bayi yang baru lahir, kolostrum yang anda hasilkan adalah bilangan secukupnya untuk penyusuan pertama bayi. Lazimnya, bayi yang baru lahir memerlukan susu antara 5ml hingga 7 ml pada hari pertama dan kedua selepas kelahiran.


Permintaan susu akan meningkat kepada 20ml sehingga 40ml pada hari ketiga dan keempat selepas kelahiran serta 40ml sehingga 60ml pada hari kelima sehingga hari yang ketujuh.

Perkongsian tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir
0196558504

Aug 11, 2015

Minggu Penyusuan Susu Ibu Tahun 2015

Alhamdulillah,

Untuk ibu-ibu yang menyusukan anak,

Sepanjang minggu lepas iaitu pada 1-7 Ogos 2015 saya menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu. Dengan tema Breastfeeding and Work, Let's make it work!


Antara aktiviti yang dijalankan oleh saya di Facebook: Dunia Laktasi adalah dengan menganjurkan World Breastfeeding Week Challenge:


Sambutan yang diterima bagi cabaran ini amat-amat menggalakkan! Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua ibu yang melibatkan diri dalam cabaran ini. Saya sangat-sangat menghargainya.

Qaseh Gold Adinda juga amat-amat menyokong penyusuan susu ibu. Ini kerana, kandungan di dalam Qaseh Gold Adinda mengandungi kurma dan juga habbatus sauda yang dipercayai dapat menggalakkan pengeluaran susuibu.




Bagi ibu-ibu yang masih mencari makanan tambahan yang sesuai, Qaseh Gold Adinda amat sesuai bagi semua ibu. Insya-Allah.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Apr 6, 2015

Lovely Kid Expo 2015

Assalammualaikum,

Minggu ini pada 9-11 April 205, ada satu lagi program Lovely Kids Expo di Plaza Angsana.

Sudah masuk tahun ke-2, Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru, Johor bekerjasama dengan program ini. Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang dibuat antaranya Kaunseling Penyusuan secara percuma dan juga Bual Santai bersama Puan Noorul Syahadah binti Isam (Perunding Laktasi) bermula jam 10.30 pagi di Pentas Utama.

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu akan berada di Booth No: K6.



Jemput hadir beramai-ramai dan memeriahkan majlis ini ya. Kami tunggu! 

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Dec 25, 2014

Milk booster ibu menyusu

Salah satu milk booster secara semulajadi adalah jus pegaga.

Untuk makluman ibu, setiap 10g bahagian pegaga yang boleh dimakan mengandungi air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg.


Resipi untuk membuat jus pegaga.
100 gram pegaga (cuci daun pegaga dengan air garam dan bersihkan akarnya)
Sedikit gula perang
500 ml air masak
Secubit garam

Cara membuatnya
1. Masukkan pegaga dan letakkan gula perang (bergantung pada sukatan yang ibu suka), air masak dan sedikit garam ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar daun pegaga dan ambil jusnya.
3. Sedia diminum sama ada suam atau diletakkan dengan ais.

Selamat mencuba!

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Pray4PantaiTimur

Assalammualaikum.

Minggu ini kita dikejutkan dengan bencana banjir besar yang telah melanda di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah. Seramai 90,000 mangsa banjir telah dipindahkan di pusat-pusat banjir yang dibuka.


Bencana tahun ini adalah yang paling teruk setakat ini.


Saya amat-amat berharap ibu dapat menyusukan anak kerana ketika musim banjir ini berlaku, kekurangan air bersih amatlah kurang. Air yang bersih sangat diperlukan untuk mencuci botol susu, membancuh susu formula, mensteril peralatan penyusuan dan lain-lain lagi.

Jika tidak, bayi mudah dijangkiti dengan penyakit bawaan air seperti cirit-birit. Jadi, ibu-ibu kenalah lebih berhati-hati dalam menguruskan bancuhan susu formula. Pertingkatkan kebersihan untuk mengelakkan sesuatu yang lebih teruk akan terjadi.

Saya doakan mangsa banjir diberikan kekuatan dan semoga Allah permudahkan semua urusan.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Dec 10, 2014

Saiz perut bayi menyusu

Ramai ibu risau apabila tiada susu terhasil selepas bersalin. Risau sekiranya bayi menangis atau lapar. Tetapi apa yang perlu diketahui sebenarnya bayi yang baru lahir mempunyai saiz perut yang sangat kecil cuma sebesar biji ceri sahaja.


Jadi adalah tidak logik sekiranya payudara menghasilkan susu yang sangat banyak pada hari pertama. Pada awal kelahiran dengan perut bayi yang kecil, kolostrum yang dihasilkan secara purata sebanyak 37 mililiter sahaja yang sudah cukup untuk mampu menampung keperluan bayi anda.




Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...