Showing posts with label Qaseh Gold. Show all posts
Showing posts with label Qaseh Gold. Show all posts

Jul 18, 2021

Bagaimana buah Tiin dalam Qaseh Gold membantu meningkatkan sistem imun


Buah tiin atau buah ara merupakan buah istimewa yang diturunkan dari syurga telah disebutkan dalam kitab suci umat Islam, Al-Quran. Bukan hanya buahnya yang istimewa tetapi juga manfaat kandungannya mempunyai nutrisi yang penting untuk kesihatan tubuh badan kita lebih-lebih lagi anak-anak yang sedang membesar.

Antara manfaat kandungan di dalam buah tiin termasuklah dalam membantu mencegah kanser, penyakit jantung, hipertensi dan menjaga kesihatan tulang, gigi dan otot.

Haaa… semua tu penting untuk kekalkan kesihatan tubuh badan anda ke tahap yang optimum!

Jom sama-sama tingkatkan sistem imun badan anda dengan jus berkhasiat Qaseh Gold. Dapatkan daripada www.wasap.my/60196558504/QasehGold sekarang juga.


Aug 19, 2017

Sistem imun semulajadi untuk anak-anak

Memetik kata Dr. Shubin, Associate Professor Paediatrik, Universiti Of Maryland, Baltimore.
"Kita lahir ke dunia dengan kondisi sistem imun yang tidak bersedia menghadapi serangan."


Kak Ida kongsikan beberapa sistem imun semulajadi yang dapat menjadi pengawal peribadi harian anak-anak kita.

Lebihkan makan buah dan sayur-sayuran


Kajian menunjukkan diet pemakanan harian anak-anak yang kaya dengan phytonutrients seperti Vitamin C dan Carotenoids boleh melindungi anak-anak daripada penyakit kronik seperti kanser dan jantung.

Paling kurang lima kali hidangan sayur dan buah untuk anak anda setiap hari. Manakala setiap hidangan hanya dua sudu kecil untuk bayi dan satu cawan untuk anak-anak yang lebih besar.

Susukan anak dengan susu badan


American Academy of Pediatrics mengesyorkan ibu-ibu perlu menyusukan bayi untuk tempoh dua tahun. Jika tidak berkemampuan, tetapkan matlamat MESTI menyusukan bayi sekurang-kurangnya enam bulan untuk kesinambungan sistem imun bayi yang diterima dari uterus semasa dalam rahim ibu.

Menurut Dr. Shubin, kolostrum iaitu cecair berwarna kuning keemasan yang terdapat dalam premilk yang keluar pada hari-hari pertama kelahiran amat kaya dengan antibodi melawan penyakit.

Menjaga kebersihan


Secara teknikalnya menjaga kebersihan tidak merangsang peningkatan sistem imun badan anak-anak tetapi ia adalah teknik terbaik menangani stress pada kekebalan sistem imun anak-anak. Pastikan anak-anak membasuh tangan dengan AIR & SABUN.

Untuk mudahkan kerja ibu-ibu menyuruh anak-anak mengikut tabiat membasuh tangan di rumah, biarkan mereka memilih tuala tangan dan sabun mengikut bentuk, warna dan aroma yang mereka gemari.

Tidur yang mencukupi


Anak-anak yang tinggal di rumah penjagaan harian berisiko untuk kurang tidur kerana suasana riuh dan pelbagai aktiviti yang tidak memungkinkan mereka untuk tidur lena.

Dr. Kathi Kemper, Director Center for The Holistic Pediatric Education and Research di Children’s Hospital, Boston memberikan solusi, “Jika anak-anak anda tidak boleh atau tidak mahu tidur di siang hari, usahakan mereka untuk tidur awal di malam hari.”

"Zero" Asap Rokok


Anak-anak lebih terdedah kepada kesan bahaya asap rokok kerana anak-anak bernafas dengan kadar yang lebih cepat berbanding orang dewasa. Tambahan lagi, detoxification system semulajadi anak-anak kurang matang berbanding orang yang dewasa.

Sekiranya anda atau pasangan anda merokok, sila jauhkan anak anda. Asap rokok mengandungi lebih 4000 jenis toksin yang kebanyakannya boleh mengganggu atau membunuh sel-sel dalam badan (Beverly Kingsley, Ph.D, ahli epidemiologi, Smoking and Health di Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta)

Ikut nasihat doktor


Tiada manfaat memaksa doktor atau pakar pediatrik menulis preskripsi antibiotik apabila anak anda mendapat demam, selesema atau sakit tekak.

Ini kerana, antibiotik adalah untuk merawat penyakit yang disebabkan bakteria. Bukannya virus! Menurut seorang Prof. Paediatrik dan kesihatan awam di Boston School of Medicine, Howard Bauchner, M.D menjelaskan, “Majoriti penyakit kanak-kanak adalah disebabkan virus”.


Aug 18, 2017

Lima makanan terbaik untuk anak

Apa lima pilihan makanan terbaik untuk anak-anak.


Jom Kak Ida kongsikan disini.

Yogurt

Tindakan bijak memberikan yogurt kepada anak-anak terutama ketika sakit demam dan selsema.

Prebiotik adalah bakteria yang memberi manfaat menguatkan sistem imun.

Anak tidak suka yogurt kerana rasanya yang masam?
Sumber prebiotik selain yogurt seperti kultur susu juga boleh atau boleh dapatkan nasihat doktor pakar paedratik (pakar kanak-kanak) tentang makanan tambahan prebiotik untuk anak-anak.

Ubi Keledek


Warna oren pada ubi keledek menunjukkan kelebihan kaya dengan Vitamin A , nutrisi penting kepada sistem imun yang membanti tisu dalam mulut, usus, saluran pernafasan dalam keadaan sihat.

Hanya setengah cawan ubi keledek masak setiap hari cukup memenuhi keperluan Vitamin A anak-anak.

Resepi 'fries' ubi keledek boleh dimasak dengan oven tau. Sangat ringkas dan menyelerakan. Dapatkan resipi melalui Google dan Youtube.

Daging


Daging secara semulajadi kaya dengan protein merupakan komponen penting kepada sistem imun.

Daging selain kaya dengan protein juga kaya dengan sumber zink dan mineral yang digunakan badan untuk menghasilkan sel-T iaitu peranan penting dalam imunisasi.

Sup ayam


Macam tidak percaya, kan? Sup ayam yang 'ceroi' pun ada manfaatnya. Orang yang sakit pun macam tak sakit bila menghirup sup ayam!

Kelebihan sup ayam kerana pelbagai bahan seperti rempah-ratus dalam sup menjadikannya pesakit rasa lebih baik dan boleh menikmati makan dengan mudah kerana sup adalah berbentuk cecair.

Penyelidik menganggap kelebihan pelbagai bahan mempunyai kelebihan anti-radang yang boleh melegakan jangkitan saluran pernafasan.

Minuman suam


Penyelidikan yang dibuat, pesakit yang mempunyai tanda selsema apabila menghirup air panas atau suam, dapat memberi kelegaan kepada hidung, batuk, bersin, sakit tekak, menggigil dan keletihan.

Budaya Arab pula, jika anak sakit demam dan selsema ibu beri minum air teh yang dicampur dengan madu atau limau pasti melegakan. Cuba ya. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

May 26, 2017

Ramadan Value Combo

Alhamdulillah, Ramadan Value Combo telah dilancarkan.

Banyak penjimatan demi penjimatan yang dibuat.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

May 23, 2017

Tips kekal sihat dan bertenaga ketika berpuasa

Kak Ida kongsikan tips kekal sihat dan bertenaga ketika berpuasa.

Semoga bermanfaat ya.







Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Dec 5, 2016

Kekosongan jawatan RANIA QASEH

Sertai kami sekarang sebagai Rakan Niaga kami.


Kekosongan di setiap kawasan.
  • Bonus dan Skim komisen yang menarik.
  • Tiada had umur.
  • Tidak memerlukan lesen memandu.
  • Mempunyai kemudahan internet.
  • Latihan disediakan.
  • Percutian didalam atau diluar negara.
  • Jujur, rajin dan bertanggungjawab.
Berminat boleh hubungi
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Dec 4, 2016

Healing Crisis

Healing Crisis adalah proses hendak bersihkan, seimbangkan dan perbetulkan ketidakseimbangan dalam badan yang sudah berlarutan bertahun-tahun dan ianya memang akan mengambil masa.

Bayangkan menyimpan toksin bertahun-tahun tanpa kita sedari... memang ngeri.

Jika kita konsisten dengan Qaseh untuk membantu proses berterusan dan mengekalkan balik kestabilan badan.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

Jun 25, 2016

Perbezaan pemakanan sunnah dan makanan sunnah

Pemakanan dan makanan sunnah membawa makna yang berbeza.

Pemakanan sunnah secara umumnya merangkumi jenis makanan, adab, tatacara dan segala aspek berkaitan amalan kerohanian yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.

Makanan sunnah pula merujuk kepada makanan yang disebut di dalam Al-Quran dan hadis. Al-Quran dan hadis memperakui kehebatan dan manfaat makanan sunnah ini seperti madu ada disebut di dalam surah An-Nahl ayat:69

"Akan keluar daripada perutnya (lebah) minuman yang berlainan warnanya yang terdapat penyembuh bagi manusia di dalamnya"

Qaseh adalah berupa jus atau cecair yang diformulasi dari makanan sunnah ya.

Faham ya apa bezanya?


Kami sebagai Konsultan Qaseh tidak menjual agama dalam melariskan perniagaan.

Kami cuma ingin memperkenalkan makanan sunnah kepada anak-anak semenjak usia kecil lagi.

Jom, kita sebar manfaat makanan sunnah! 

Alhamdulillah

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...