Home »

Jun 18, 2014

Mengendalikan kanak-kanak bermasalah

Setiap kanak-kanak mempunyai masalah dalam tingkah lakunya yang kadang-kadang merisaukan ibu bapa. Lazimnya, kita akan mengatakan anak bermasalah apabila dia menunjukkan sikap agresif, bermusuhan dan sukar untuk dikendalikan.



Disertakan tips-tips untuk mengendalikan kanak-kanak yang bermasalah.
  1. Ajar mengenai disiplin dan katakan ia bukan hukuman. Disiplin mengajar kanak-kanak untuk mengawal dirinya dan sedar akan had kanak-kanak.
  2. Belajar untuk mengenali tanda awal kekecewaan si kecil. Sedarilah bahawa apabila kanak-kanak menghadapi masalah atau situasi yang mereka tidak dapat kendalikan, kebimbangan bermula untuk mengambil-alih.
  3. Menggunakan cara 'time-out' (berhenti seketika) untuk mengajar si kecil mengawal diri sendiri. Dia 'berhenti seketika' mungkin di kawasan sudut sebuah kerusi, sedang melangkah atau dimana-mana sahaja. Pastikan ketika itu dia bukan bermain dengan alat-alat permainan, televisyen atau aktiviti-aktiviti lain.
  4. Apabila anda mengambil keputusan untuk bertindak balas terhadap anak, segera lakukan. Kelewatan memberi tidak balas terhadap tingkah lakunya akan memberi kesan kepada dirinya.
  5. Jangan menunggu sehingga anda hilang sabar dengan kerenah anak anda. Berikan amaran kepadanya terlebih dahulu.
  6. Kenal pasti ganjaran yang dapat membantu anda menguruskan tingkah laku anak anda. Bagaimanapun, peningkatan-peningkatan dalam tingkah laku ini bergantung kepada bentuk apa ganjaran yang diberi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...