Home »

Jun 17, 2014

Bayi enggan menyusu

Terdapat beberapa situasi yang menyebabkan bayi ini menolak untuk disusukan oleh ibunya. Antara tanda-tanda bayi yang enggan menyusu adalah:-
  1. Selalunya, bayi ini berkelakuan seperti ingin menyusu tetapi apabila disuakan puting oleh ibunya, bayi akan menolak atau menangis.
  2. Kadang-kala, bayi sudah menyusu sekejap sebelum berhenti dan menangis seperti tidak mahu lagi disusukan.

Antara punca bayi yang enggan menyusu adalah:-
  1. Posisi bayi ketika menyusu tidak selesa.
  2. Pelekapan tidak betul. Contoh kerana lidah pendek (tongue tie) atau payudara bengkak.
  3. Bayi keliru puting.
  4. Bayi yang kesakitan atau tidak sihat.
  5. Bayi yang cerewet (bunyi bising/bauan ibu yang berbeza)
  6. Perkembangan fungsi otot motornya - bayi menunjukkan tanda sudah kenyang tetapi masih menunjukkan tanda-tanda seperti ingin menyusu semula seperti memasukkan jari ke dalam mulut.
  7. Perkembangan sosial. Bayi ingin berinteraksi dengan ibubapa. Ibu beranggapan bayinya masih lagi mahu menyusu sedangkan bayi masih kenyang. Justeru, bayi menolah atau menangis bila disusukan.
  8. Penghasilan susu berkurangan atau pengeluaran susu yang tidak lancar. Contoh: Duktus tersumbat.
  9. Bayi tersedak akibat pengeluaran susu yang bertambah secara tiba-tiba semasa refleks pancutan (let-down refleks).
  10. Bayi telah diberi susu formula melalui botol.
  11. Bayi yang lemah seperti bayi pramatang, kurang gula dalam darah, masalah metabolik, kurang hormon tiroid. Bayi tidak menangis tetapi hanya membiarkan puting di dalam mulutnya tanpa menghisap dan tidak aktif.
Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...