Seawal jam 7.00 pagi, anda perlulah menyusukan bayi terlebih dahulu. Jika bayi masih tidur, kejutkan dan susukan dia mengikut keperluan yang diinginkannya. Pastikan posisi penyusuan adalah betul. Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyebabkan anda sakit dan pada masa yang sama mengecewakan bayi.
Pastikan anda mengalami refleks let-down (pancutan susu). Refleks ini adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi berada pada posisi yang betul.
Paling penting, sepanjang tempoh berpantang ini, bayi perlu disusukan mengikut permintaan biasanya setiap dua atau tiga jam sekali. Untuk mengetahui dia mahu menyusu, dia akan menangis bila lapar. Namun, jika selepas tiga jam, dia masih tidur, anda perlu mengejutkannya untuk menyusu badan. Langkah ini penting kerana kekerapan penyusuan akan merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak susu dan seterusnya memudahkan anda menyusukan bayi.
Susukan bayi di kedua-dua belah payu dara pada setiap sesi. Selepas dia berhenti menghisap di sebelah payudara, tawarkannya ke sebelah payudara lagi. Selepas menyusu di kedua-dua belah payudara, masukkan hujung jari kelengkeng di hujung mulut bayi untuk melepaskan mulutnya daripada payudara anda. Jangan lupa sendawakan bayi selepas menyusu kerana dia mungkin memuntahkan kembali susu.
Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504
Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504
No comments:
Post a Comment