Home »

Aug 12, 2016

Bila sudah terjebak...

Bagaimana saya terjebak dengan Qaseh

Sebenarnya, saya sudah bergiat aktif dalam facebook semenjak tahun 2010. Tetapi, apa yang sering saya naikkan status adalah status yang bagi saya tiada manfaat pada orang sekeliling. Bila saya baca status saya sekarang, memang boleh mengucap atau beristighfar panjang.

"Sudah makan?"

"Melayan drama xxx, benci betul dengan pelakon xxx"

Ada kalanya...

Ada ketika, terselit rasa menyesal mengapa saya tidak mulakan bisnes dari dulu lagi. Sedangkan, kawan saya yang sudah bermula dahulu sudah senang sekarang. Alhamdulillah.

Tetapi, saya berpegang pada prinsip... tiada istilah TERLEWAT dalam menentukan kejayaan hidup kita.

Sehingga saya terpandang satu status dari Puan Noor Hasyimah tentang Qaseh membuatkan saya terdetik hati ingin cuba berniaga.

Soalan yang sama...

Macam mana hendak menjual Qaseh?

Kenapa saya keluarkan soalan yang bagi orang lain beranggapan soalan 'bodoh'.

Sebab saya bukan latar belakang bisnes. Saya PERTAMA KALI hendak berniaga. Saya langsung 'buta'.

Tetapi rupa-rupanya saya tidak keseorangan, kerana SEMUA ORANG perlu mengalami proses yang sama. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Mesti bertatih dari bawah. 

Itu belum lagi, 

Saya malu.

Saya segan nak approach orang untuk membeli produk saya.

Saya tiada perbankan internet. Sanggup saya beratur panjang untuk masukkan duit menggunakan CDM.

Saya tidak tahu bagaimana hendak menentukan harga pos barang sehingga terlebih ambil duit pos.

Saya tidak tahu apa itu untung runcit.

Segala-galanya saya tidak tahu!

Iklan?

Saya bantai sahaja. Copy paste iklan orang, tukar no telefon. Hihi

Tiada kod 9:1

Tiada tiga kali sehari.

TIADA.

Semua membuat dengan membuta tuli.

Kawan yang unfriend di facebook pun ramai bila saya sudah mula berniaga. Dulu saya 'tersentap', sekarang saya boleh katakan saya sudah menjadi katak pekak! 

Melibatkan modal yang terhad serba-serbi, saya juga sama.

Hari ini orang order Junior, saya beli stok Junior.

Hari ini order Kopi Rindu, saya beli stok Kopi Rindu. Tiada pun stok dalam tangan kerana kengkangan duit yang cukup. 

Saya bermula dari bawah. Ikutkan hati, Allah kenapalah berniaga ini susah sangat. Lebih baik saya makan gaji, cukup 'haul' saya boleh terus mengadap dinding!

Tetapi, betul kata orang...

Bila mana kita bertahun-tahun hidup di zon selesa, kita SUKAR untuk membuang saka. Tetapi, apa yang menentukan kejayaan kita adalah BIG WHY kita yang menjadikan kita seperti hari ini. Kita sanggup kurangkan waktu tidur, kita sanggup beratur lama di CDM, kita sanggup tebalkan muka, kita sanggup segala-galanya.

Kalau bertahun-tahun berniaga, tetapi masih di takuk lama...

Segala soalan perlu anda tanya diri anda sendiri.

Anda hendak membaca kisah bagaimana saya terjebak dengan Qaseh?

Alhamdulillah, dalam masa tiga tahun saya sudah berQaseh, saya bersyukur dengan pencapaian yang saya ada. 

Jika anda seorang yang kental dan ingin menjadi sebahagian dari jemaah saya, boleh WA saya

>>> 019-6558504

Nantikan entry selanjutnya.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...