Home »

Sep 23, 2017

Scrub alami

Hari ini Kak Ida berada di bawah tekanan.

Jadi, untuk mengurangkan stress, Kak Ida suka memanjakan diri sama ada ke spa, cuci rambut di salon atau lepak di kedai buku.

Masalahnya, sudah lewat malam. Spa dan salon semua sudah tutup.

Jadi, Kak Ida tengok apa yang ada dirumah yang boleh kita jadikan mini spa dirumah.

Ahhhaa..

Ambil tiga sudu garam masakan Ana Edar dan curahkan tonik rambut juga dari Ana Edar.

Pastikan garam dan tonik dicampurkan sebati.


Tonik rambut adalah dari minyak zaitun yang dipercayai sangat elok untuk kulit.

Sangat jimat dan selamat kerana tiada bahan kimia dalam scrub ini. Best kan?

Murah pun murah. Kan?

Basahkan kulit dan mulakan scrub. Tiada rasa pedih (kecuali jika kulit ada luka). Sental dengan guna span yang agak kasar. Kemudian bilaslah dengan sabun mandi kegemaran kita.

Fungsi scrub adalah untuk membuang kulit mati yang ada dipermukaan kulit. Scrub tidak perlu dibuat selalu, memadai tiga empat kali dalam seminggu.

Manakala untuk muka pula, Kak Ida gunakan Gentle Facial Foam yang terdiri daripada minyak kelapa dara.

Gentle Facial Foam boleh bertahan selama dua bulan. Jimat kan?

Percayalah, kulit jadi lembut dan lembap dan yang paling penting....

Wangi ok. Hihihi

Bagi yang sudah mencuba, jangan lupa dropkan comment di blog Kak Ida ya.

3 comments:

  1. Wowww....bwstnye..nak try la..tq kak ida sayam...

    ReplyDelete
  2. Says Dah cuba scrub ini..mmg best. Mudah dan Sesuai dilakukan dirumah.. :)

    ReplyDelete
  3. Best sangat.. sejak pertama kali guna scrub ni, saya dah tak tinggal. Dah x cari scrub lain dah.. saya guna utk muka dan badan.. lepas guna tu asyik nk pegang2 je muka, ermmm rasa lembut sangat.. hai.. mcm nk berspa pulak malam-malam ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...