Post kali ini Kak Ida kongsikan tips mengatasi anak sakit perut.
Lain orang lain cara masakannya. Ada yang suka makanan pedas, ada yang tidak boleh makan makanan yang pedas (seperti Kak Ida walaupun ada keturunan Negeri Sembilan). Hahaha. Tetapi, bagi anak yang masih kecil, sistem penghadamannya masih lagi lembut dan makanan yang pedas tidak sesuai bagi mereka. Oleh itu, ibu bapa kena mengawasi setiap jenis makanan yang diambil oleh anak. Seperti kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada merawati.
Selalu jika kita ke rumah sahabat atau menghadiri majlis, kita akan dihidangkan dengan pelbagai juadah dan air minuman pelbagai perisa yang sejuk dan semestinya menyelerakan. Betul? Jadi, silalah mengawasi anak-anak kita dari terlalu banyak minum minuman yang sejuk kerana mereka akan mudah terdedah mendapat sakit perut. Ini kerana, selain sumber air yang kita tidak ketahui, pengambilan minuman sejuk juga boleh menyebabkan minyak yang diambil bersama makaan bertambah likat. Ha... inilah menyebabkan proses pencernaan menjadi lambat. Jadi, ibubapa pastikan membawa air masak suam untuk mudah diminum pada anak.
Minuman berkarbonat antara minuman yang paling kerap dihidangkan. Selain mudah dihidangkan, ia juga sedap (kerana mempunyai kandungan gula yang tinggi). Anak-anak mesti "mengejar" air ini berbanding minuman panas. Perkara ini memang nampak mudah, tetapi jika kita tidak mengawal tabiat ini, anak akan lebih mudah mengalami kembung perut. Ini kerana jumlah karbon dioksida yang terkandung di dalam minuman ini menghasilkan gas yang lebih banyak dalam perut apabila panas.
Kadang-kadang, anak bila telah berjumpa dengan kawan dan saudara, si kecil akan makan atau minum terlalu cepat. Tindakan ini mengakibatkan makanan yang dimakan tidak dikunyah dengan betul sebelum ditelan. Ini menyebabkan jumlah udara yang ditelan lebih banyak sekaligus boleh mendatangkan ketidakselesaan perut pada si kecil. Jadi, ibubapa kena memujuk anak supaya makan atau minum terlebih dahulu sebelum bermain.
Kak Ida sudah kongsikan tips-tips bagaimana mengatasi anak sakit perut. Semoga ibu mendapat manfaat dari perkongsian ini.
Oh ya, jangan lupa sudukan Qaseh Gold Junior pada anak untuk mengelakkan anak mudah mengalami sakit perut. Kandungan kurma yang kaya dengan serat mampu mencegah anak-anak mengalami sakit perut yang berpanjangan. Insya-Allah.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia binti Mudzakir
No comments:
Post a Comment