Home »

Nov 1, 2017

Lima langkah yakin diri

Dalam perkongsian Majalah Midi di ruangan Perhubungan dan Kehidupan, Kak Ida kongsikan lima langkah yakin diri.


Hindari mencari alasan
Ramai yang membantutkan semangat dalam diri mereka sendiri dengan memberi persoalan negatif dalam diri. Antara kata-kata yang "membunuh" diri mereka sendiri adalah, "Saya tidak boleh", "saya tidak mampu", "pendidikan saya tidak tinggi", "saya sudah tua" dan banyak lagi kata-kata negatif. Alasan yang diutarakan tidak dapat meningkatkan keyakinan diri. Alasan tersebut hanya membantu kita menyasarkan impian sebenar dalam hidup. Otak ialah tempat menyimpan data dan apa-apa sahaja yang kita simpan pasti akan terkeluar satu hari nanti. Oleh itu, gantilah dengan pemikiran yang positif sahaja.

Guna daya imaginasi
Otak mempunyai kemampuan yang tidak terbatas dan boleh membantu mencapai cita-cita yang tidak terbatas. Berikan gambaran kepada otak tentang apa yang kita inginkan dan semakin kita memikirkannya semakin besar harapan kita untuk mencapai yang kita impikan.

Tidak takut gagal
Ramai yang tidak berani mencuba kerana takut gagal. Setiap hari kita terlalu memikirkan kegagalan sehingga tidak pernah mencuba sesuatu apa pun dan akhirnya mereka tidak berjaya meningkatkan keyakinan diri.

Penampilan bentuk keyakinan diri
Penampilan luaran memang bukan segala-galanya tetapi sedikit sebanyak membantu kita pada penampilan pertama. Mungkin kita perlu mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk memberikan penampilan yang menarik. Tetapi kita juga perlu realistik tanpa perlu berlebih-lebihan dalam penampilan kerana akan meninggikan ego.

Catatkan kejayaan
Setiap orang pasti pernah mencapai kejayaan dalam hidup. Catatkan segala kejayaan yang telah kita capai dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar kejayaan yang pernah diraih. Kita boleh membaca kejayaan kita untuk dijadikan motivasi untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam hidup.

Bantuan kurangkan tekanan

  • Biasakan diri dalam keadaan berwuduk.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran.
  • Banyakkan solat sunat.
  • Selalu berdoa kepada Allah.
  • Bersangka baik dengan Allah.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat.
  • Menangis dengan sepuas hati.
  • Hargai kebolehan diri sendiri.
  • Cintai diri sendiri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...