Home »

Oct 30, 2017

Tanda kanser payudara yang perlu kita ketahui

Tanda kanser payudara yang perlu kita ketahui. Terdapat tujuh tanda seperti yang dikongsi di Qaseh Gold HQ.

Jika kita tidak mengetahui bagaimana menyemak payudara, boleh dapatkan pemeriksaan awal di LPPKN atau di Klinik Kesihatan. Alang-alang menghantar anak, buatlah pemeriksaan payudara secara berkala.


Tanda-tandanya ialah:
👉 Puting masuk ke bahagian dalam
Bila anda merasakan keadaan yang sangat tidak wajar seperti puting masuk ke bahagian dalam segera waspada.

👉 Terasa gatal pada puting susu
Kulit disekitar payudara juga akan mengelupas dan ini sangat sakit. Pada tahap ini sebaiknya segera mendapatkan rawatan kerana kulit adalah bahagian yang sangat peka bila kita mula tidak sihat terutama bila terjadi pada bahagian payudara.

👉 Saiz payudara menjadi besar atau kecil tanpa sebab
Apabila perubahan saiz pada satu bahagian payudara berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab boleh jadi itu adalah tanda kanser.

👉 Warna kulit payudara menjadi merah
Bila anda mendapati ada yang berbeza dari warna kulit payudara anda seperti kelihatan merah atau gelap di salah satu sisinya maka anda mesti waspada.

👉 Tiba-tiba keluar cecair dari payudara
Terdapat dua jenis cecair iaitu cairan jernih atau cairan yang bercampur darah. Segera dapatkan rawatan doktor.

👉 Ketulan disekitar payudara
Ini adalah tanda yang mudah untuk kita peka tentang kehadiran kanser. Tetapi boleh jadi ia adalah ketulan yang tidak berbahaya. Jika perlu segera dapatkan rawatan.

👉 Leher dan bahu terasa kaku
Jika anda terasa kaku pada leher dan sakit bahu, ia bukanlah seperti yang anda sangka. Barah payudara biasanya akan merebak ke bahagian tulang belakang, belakang badan atau bahu yang menyebabkan kesakitan.

Semoga bermanfaat untuk semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...