Meski berpuasa namun anda harus tampil segar dan bertenaga. Bagaimana caranya sedangkan anda tidak makan dan minum seharian?
Berikut tips yang boleh diikuti.
- Sambut Ramadhan dengan senang hati yang memberi pengaruh pada kualiti berpuasa anda. Dalam keadaan senang hati, hormon epinefrin, endorphin dan aktiviti glucagon meningkat sehingga tubuh lebih kuat untuk menghadapi puasa.
- Jangan tinggalkan sahur kerana ia merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa yang amat disarankan. Ketika berpuasa, tubuh kita tidak mendapat gizi lebih dari 14 jam. Untuk itu, sel-sel tubuh memerlukan gizi dan tenaga yang mencukupi.
- Berbuka dengan kurma dan air madu untuk memulihkan kadar gula darah dengan cepat. Kemudian, terus bersolat sebelum kembali menikmati juadah yang lebih berat pula.
- Hindari berbuka dengan minuman sejuk kerana ia akan menyebabkan perjalanan darah tidak berada dalam keadaan optimum.
- Kunyah makanan dengan baik agar proses pencernaan menjadi lebih mudah dan ringan. Cuba kunyah makanan sebanyak 33 kali sebelum menyuap makanan yang lain pula.
- Kurangkan pengambilan makanan berlemak, makanan yang diawetkan, penambah perisa, minuman bergas dan bahan makanan yang tajam seperti cuka, cili ataupun asam.
- Usahakan minum banyak air putih atau air madu untuk melancarkan perjalanan darah dan mencegah hidrasi.
- Jangan tinggalkan olahraga, Berpuasa tidak bermakna terus berhenti menjalani aktiviti olahraga seperti biasa. Solat terawih juga merupakan satu aktiviti yang dapat memelihara kecergasan tubuh badan.
- Kendalikan emosi. Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan nafsu. Jadi, belajar kawal emosi dan banyakkan bersabar.
No comments:
Post a Comment