Kebanyakan keresahan dan kesusahan dalam hidup berpunca dari pandangan yang salah terhadap kehidupan.
10 langkah membina kepercayaan diri positif
- Selami bakat semulajadi dalam diri. Setiap insan dikurniakan bakat yang terpendam. Cuba selam. Pasti ada. Setiap manusia dikurniakan keistimewaan yang tiada pada orang lain.
- Hargai dan syukuri keunikan diri sendiri, jangan bandingkan dengan orang lain. Diri kita adalah terbaik sebagai kita.
- Beri sokongan penuh dan padu kepada diri sendiri. Beri sebab kepada setiap keputusan, jangan cuma ikut-ikutan.
- Beri komitmen sepenuhnya untuk kebahagiaan diri di dunia dan akhirat.
- Bersikap jujur kepada diri sendiri.
- Beri penghargaan kepada setiap kejayaan diri walaupun sekecil-kecilnya.
- Berkata-kata dengan diri sendiri dengan kata-kata positif pembangun jiwa.
- Melakukan tindakan, bukan alasan.
- Jangan putus asa dengan impian dan cita-cita.
- Percayalah, sekiranya kita sudah membuat keputusan dan berusaha tetapi kita tidak mendapatnya, ia adalah kerana ada yang lebih baik tersedia untuk kita.
No comments:
Post a Comment