Home »

Jul 4, 2014

Tanda anak cergas


Lincah dan aktif 

Anak yang cergas biasanya selalu aktif dan ceria. Biar pun anda mungkin pening kepala apabila anak anda sentiasa bergerak aktif ke sana dan ke sini serta tidak henti-henti bermain, anda tidak perlu risau kerana itu adalah tanda anak aktif. Sebaliknya anda perlu berhati-hati jika dia tiba-tiba lesu dan tidak berminat hendak bermain.

Bahagia dan responsif

Si manja akan sering mengadu atau bercakap mengenai segala perkara yang terlintas di kotak fikirannya. Dia mungkin akan bercerita tentang rakannya di taska atau dunia khayalannya bersama kereta F1 kesayangannya. Dia akan memandang anda dan mahu anda memandangnya sewaktu bercerita. Ada pendapat yang menyatakan bahawa hubungan mata adalah salah satu cara untuk mengetahui anak itu cergas atau tidak. Jika pandangannya lesu atau tidak mahu bercakap dengan anda, dia mungkin sedang sakit atau mengalami trauma.

Rambut sihat dan bersinar
Setiap kanak-kanak memiliki jenis rambut yang berbeza. Kesihatan rambut tidak dinilai dari segi rambut yang lebat atau halus dan jarang sebaliknya diukur dari segi keadaannya yang bermaya, kuat dan bersinar. Jika rambut yang mudah putus atau kusam, itu mungkin adalah tanda kekurangan zat seperti vitamin B kompleks dan zink.
Gigi putih

Gigi si manja tumbuh dengan baik. Jika selepas usianya setahun gigi pertamanya belum tumbuh atau giginya reput dan kekuningan, mungkin anak mengalami kurang kalsium. Begitu juga dengan masalah gusi berdarah akibat kekurangan vitamin C. Lakukan pemeriksaan 6 bulan sekali ke atas gigi anak. Keadaan gigi dan gusi yang baik akan meningkatkan kualiti hidup anak anda.

Kulit bersih

Jika kulit anak terlalu kering dan bersisik, dia mungkin akan mengalami kekurangan vitamin E. Jika hal ini dibiarkan, kulit anak anda mungkin akan merekah dan berdarah. Oleh itu anda perlu segera mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalahnya. Pastikan dia sentiasa membersihkan tangan dan kaki dengan sabun serta mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari supaya kulitnya tidak terdedah kepada bakteria yang boleh menyebabkan gatal-gatal dan kudis.

Suhu antara 36.5°C antara 37.5°C
Jika anak lesu atau lebih kerap tidur berbanding dengan bermain malah tidak lalu makan, segeralah periksa suhu badannya. Ada kemungkinan dia demam atau mengalami masalah lain.

Berselera makan

Cara makan anak bergantung tahap perkembangannya. Sebagai contoh, jika pada usia 2 tahun dia masih mengemam makanannya, mungkin dia mengalami gangguan menguyah dan menelan makanan gara-gara dia tidak melalui ‘masa emas’ belajar makan dengan baik pada usia 6-12 bulan. Dia mungkin akan mengalami kekurangan zat. Masalah ini juga boleh menganggu kemampuannya bertutur yang berpunca dari kegagalan otot oromotor iaitu organ mulut berfungsi dengan baik.

Mudah buang air
Dia boleh buang air kecil dan besar dengan teratur. Tidak sembelit dan tidak cirit-birit. Hal ini menunjukkan fungsi organ pencernaannya baik. Sembelit yang berpanjangan akan menyebabkan gangguan organ dalam kerana sisa makanan tersimpan terlalu lama. Manakala cirit-birit pula menunjukkan gangguan pencernaan sehingga penyerapan makanan kurang baik.

Persekitaran selamat dan selesa
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, anda perlu memastikan persekitaran kediaman, bilik dan taman permainan adalah selamat, bersih dan selesa untuk si manja. Jangan biarkan makanan dan minuman terdedah kepada bakteria. Bakteria mudah tersebar melalui udara atau agen bakteria lain seperti lalat atau lipas.

Tidak mudah sakit
Pada usia satu hingga enam tahun, anak anda mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan amat cenderung untuk menerokai persekitarannya. Dia mungkin terdedah kepada kekotoran pembawa kuman, bakteria, dan mikroorganisma. Kanak-kanak yang dibekalkan dengan daya keimunan yang kuat tidakk akan mudah diserang penyakit walaupun dia bergaul dengan rakan-rakan yang tidak sihat seperti demam, batuk dan selsema.

Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...