Assalammualaikum mommies,
Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Kursus Pengurusan
Pertubuhan Berkualiti Bil.4/2012 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di Negeri Johor (JPPMNJ) yang telah diadakan pada bulan 22 Disember 2013 yang lalu.
Kursus ini bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang bertempat di Auditorium, Aras 6, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Taman Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Terdapat pelbagai topik yang dikongsikan. Kursus ini dapat memberi pendedahan awal bagaimana prosedur dan perkara yang perlu dibuat untuk mendaftarkan Kelab Penyusuan Susu Ibu Negeri Johor. Insya-Allah, dalam jangka masa terdekat, Kelab Susu Ibu Johor akan didaftarkan dalam jangka masa terdekat.
Langkah pertama yang harus saya buat adalah membentuk Perlembagaan Undang-Undang bagi Kelab ini. Alhamdulillah, ia sudah 90% disiapkan.
Kemudian, ia akan didaftarkan selepas satu mesyuarat PC yang akan diadakan dalam jangka masa terdekat ini. Seterusnya dapat mengikut jejak langkah Kelab Penyusuan Susu Ibu Melaka.
Doakan saya kawan-kawan. Semoga penyusuan susuibu dapat dimartabatkan dan meninggikan peratusan penyusuan susuibu di Negeri Johor khususnya. Insya-Allah!
Doakan kami ya!
No comments:
Post a Comment