Selalu geram bila saya TERtengok menu ini di Pizza Hut. Bukan apa, kalau diorder dan dikongsi bersama suami, confirm tak cukup! :p Setelah membelek-belek satu resepi dari seorang rakan baik, saya cuba dan HASILNYA tidak mengecewakan. Bezanya, kawan baik saya menggunakan ayam dan saya lebih suka menggunakan daging.
Petang itu juga selepas saya balik dari pejabat, saya nekad untuk ke JUSCO dan malam itu juga saya bersama si dia mencuba resepi ini. Alhamdulillah, inilah hasilnya!
Bahan-bahan
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 1/2 biji bawang Jepun (dihiris)
- 1/2 biji lada benggala (warna hijau)
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- Satu paket kari (saya gunakan paket rempah kari Baba’s)
- Serbuk cili halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Daging meatballs
- Cheese Parmesan (saya membeli yang sudah diparut)
Cara membuat rempah masala
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dengan minyak.
- Gaulkan rempah kari dan serbuk cili halus terlebih dahulu dengan air sebelum dimasak. Kepedasan bergantung berapa banyak yang kita mahukan dengan menambahkan serbuk cili halus tersebut. Masukkan rempah kari dan serbuk cili halus ke dalam bahan tumisan tadi.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Pastikan rempah masala tadi masak dengan sebati.
- Kemudian, masukkan lada benggala dan tomato yang telah dipotong dadu.
- Rempah masala yang sudah dimasak, letakkan ke dalam bekas. Susun daging meatballs ke dalam bekas yang sudah diletakkan rempah masala tadi. Lapis lagi daging tersebut dengan rempah masala. Saya suka menggunakan meatballs jenama Figo kerana kecil. Bekas yang saya gunakan boleh memuatkan sebanyak 12 biji meatballs.
- Taburkan bawang Jepun dan cheese parmesan.
- Bakar selama 5 minit di dalam ketuhar.
- Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba kawan-kawan, jangan lupa sharekan hasil anda okkay!
No comments:
Post a Comment