Jul 24, 2014

Tips ketika berpuasa

Tips ketika berpuasa

Meski berpuasa namun anda harus tampil segar dan bertenaga. Bagaimana caranya sedangkan anda tidak makan dan minum seharian?


Berikut tips yang boleh diikuti.
  1. Sambut Ramadhan dengan senang hati yang memberi pengaruh pada kualiti berpuasa anda. Dalam keadaan senang hati, hormon epinefrin, endorphin dan aktiviti glucagon meningkat sehingga tubuh lebih kuat untuk menghadapi puasa.
  2. Jangan tinggalkan sahur kerana ia merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa yang amat disarankan. Ketika berpuasa, tubuh kita tidak mendapat gizi lebih dari 14 jam. Untuk itu, sel-sel tubuh memerlukan gizi dan tenaga yang mencukupi.
  3. Berbuka dengan kurma dan air madu untuk memulihkan kadar gula darah dengan cepat. Kemudian, terus bersolat sebelum kembali menikmati juadah yang lebih berat pula.
  4. Hindari berbuka dengan minuman sejuk kerana ia akan menyebabkan perjalanan darah tidak berada dalam keadaan optimum.
  5. Kunyah makanan dengan baik agar proses pencernaan menjadi lebih mudah dan ringan. Cuba kunyah makanan sebanyak 33 kali sebelum menyuap makanan yang lain pula.
  6. Kurangkan pengambilan makanan berlemak, makanan yang diawetkan, penambah perisa, minuman bergas dan bahan makanan yang tajam seperti cuka, cili ataupun asam.
  7. Usahakan minum banyak air putih atau air madu untuk melancarkan perjalanan darah dan mencegah hidrasi.
  8. Jangan tinggalkan olahraga, Berpuasa tidak bermakna terus berhenti menjalani aktiviti olahraga seperti biasa. Solat terawih juga merupakan satu aktiviti yang dapat memelihara kecergasan tubuh badan.
  9. Kendalikan emosi. Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan nafsu. Jadi, belajar kawal emosi dan banyakkan bersabar.

Jul 5, 2014

Double Bonus

Alhamdulillah, bulan Julai bulan double bonus untuk saya. Bonus pertama saya akan diterima pada 15 Julai sempena bantuan khas sempena Aidilfitri yang akan diterima oleh penjawat awam dari Gred 1 sehingga Gred 54.



Yang ini pula bonus dari Ana Edar yang saya akan terima setiap 20 hb. Bonus ini adalah bonus hasil dari APA YANG KITA BUAT, KITA DAPAT. Jadi, ia akan berubah-ubah mengikut usaha.

Yang paling penting, ini adalah rezeki anak-anak saya. Syukur Alhamdulillah.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Jul 4, 2014

Bengkak Tonsil

Tonsil adalah salah satu organ yang bertindak sebagai penapis untuk menghalang jangkitan kuman terutama di bahagian tekak. Disebabkan fungsi yang sedemikian, ia mudah dijangkiti kuman. Jangkitan kuman di tonsil adalah salah satu penyakit yang agak kerap berlaku dan menyerang kanak-kanak. Jika kanak-kanak menghadapi jangkitan penyakit tonsil, tonsil mereka akan bengkak, merah dan kadang-kala akan bernanah.


Tonsil mudah berjangkit kerana kuman selalunya disebarkan melalui udara apabila batuk atau melalui air liur dan ini dijangkiti secara perkongsian makanan atau alatan seperti sudu atau cawan. Tabiat menghisap jari selalunya tidak menyumbang kepada keadaan ini.

Jika anak ditempatkan di taska atau dirumah pengasuh, pastikan makanan atau minuman tidak dikongsi dengan kanak-kanak lain yang tidak sihat. Jika terdapat anggota keluarga lain yang sedang mengalami sakit seperti batuk dan selsema, mereka juga tidak boleh berkongsi makanan atau sudu dan cuba elakkan dari mencium anak yang lebih kecil untuk mengelakkan mereka daripada dijangkiti.



Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...